Rabu, 29 September 2010

Taman Singa Laut & Dolhpin Di Melaka

Aku pernah bagi pandangan sebelum ni.. sebagai negeri pelancongan perlulah giat produk pelancongannya.. kalau tak pelancong takkan datang berulangkali kecuali la macam Langkawi yang mempunyai kelebihan dari segi zone free tax dia.

Nasib baik Negeri Melaka ni mempunyai Ketua Menteri yang aku rasa agak agresif dan boleh dipuji. Mungkin beliau ada kelemahan lain yang aku tak tahu tapi kali ni aku amat respek sebab akan terbina lagi priduk pelancongan terkini Melaka iaitu TAMAN SINGA LAUT DAN TAMAN IKAN LUMBA-LUMBA


Taman Singa Laut.

Gambar di atas hiasan semata-mata. Kebarangkalian wanita tersebut di
Taman Singa Laut memang 0% kot.

Taman Singa Laut ini dijangka siap pada 15 November 2010 bagi merebut situasi cuti sekolah. Tempatnya adalah di Pulau Melaka iaitu belakang banda hilir tuuu. Kalau nak terperinci pasal Pulau Melaka.. sila minta map.. nanti aku bagi ataupun nak mudah minta map kat tok google.

Kawasan seluas 0.729 hektar ini mampu menampung 1,500 orang penonton pertunjukan dalam satu-satu masa dengan bayaran tiket RM10 seorang. Dijangka pertunjukan selama 45 minit.

Pertunjukan ini akan diuruskan oleh sebuah syarikat swasta, namun hasilnya sebanyak 30% setahun akan dipungut oleh Kerjaan Negeri Melaka.

Taman Pertunjukan Ikan Lumba-lumba



Bagi taman ini pula, dijangka bakal disiapkan dalam tempoh 2 tahun di atas tapak keluasan 1.269 hektar dan bakal mulakan pembinaan tidak lama lagi.

Walaupun aku tahu akan wujud segelintir yang membantah dengan pelbagai alasan, namun sebagai rakyat Melaka yang berorientasikan pelancongan.. aku suka semua ni.. Melaka bukan sahaja jadi tumpuan pelancong domestik malah peringkat antarabangsa.

Tahniah Melaka. Moga sejahtera sentiasa.

4 comments:

Tanpa Nama berkata...

suruh pak ali rostam buat betul-betul susur jalan ke taman singa laut dan dolphin tu..

aku bajet mesti sesak giler kalau tak rancang dengan betul part jalan nak tuju ke taman tu.

apek berkata...

hahaha.. incik gen.. sila baca post saya pasal pelebaran jalan banda hili (http://bumimelaka.blogspot.com/2010/09/satu-lagi-kaedah-atasi-jem-banda-hilir.html)

dan ada satu lagi cadangan untuk mengatasi kesesakan tapi aku tak paparkan lagi sehingga pengesahan dibuat oleh kerajaan negeri.

novanexus berkata...

taman mini malaysia tu baik pulih semula dan upgrade jadi bagus.. buat malu orang melaka je

apek berkata...

Lama betul aku tak pergi mini Malaysia.. setahu aku tempat ti telah diswastakan.. sekang apa khabau agaknya... kalau tak dipelihara mau runtuh rumah-rumah tu.. lebih 20 tahun kot usia mini Malaysia. Masa aku sekolah rendah lagi dah ada.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Penafian: Segala maklumat yang tercoret ini adalah hasil idea dan maklumat yang diperolehi TIDAK BOLEH digunakan sebagai rujukan utama atau bahan bukti dalam apa jua tindakan.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kemudaratan yang terjadi selepas menggunakan web ini.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab atas segala ulasan yang dibuat oleh pembaca. Oleh itu, semua pengulas dapat mengulas dengan mengikut tatasusila tanpa menyentuh kepentingan agama, bangsa dan politik tanahair.

Segala kisah dan cerita di dalam ini tiada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang mati kecuali kesahihannya disahkan oleh sumber yang boleh dipercayai.

Pihak pengurusan web bersedia membetulkan apa jua fakta yang dirasakan tersilap dengan menghubungi di email miey77@hotmail.com