Isnin, 20 September 2010

Satu Lagi Kaedah Atasi Jem Banda Hilir Melaka

Memang semua rakyat Melaka tahu bahawa kawasan Banda Hilir atau yang paling tepat jalan Merdeka depan Mahkota Parade tu jem giler waktu musim pelancong mari sini.


Namun, semalam Utusan Malaysia melaporkan satu berita baik iatu jalan tersebut akan di besarkan kepada 5 lorong!!!. Untuk berita lanjut.. baca petikan dibawah (aku amik full story sebab kadang-kandang utusan online delete bagi berita-berita yang lepas.

Jalan Merdeka dibangunkan

MELAKA 18 Sept. - Masalah kesesakan di Jalan Merdeka di hadapan Dataran Pahlawan terutama pada hujung minggu dan cuti umum dijangka dapat diatasi tidak lama lagi apabila ia akan dilebarkan daripada dua lorong kepada lima lorong.

Beberapa perubahan turut akan dilakukan bagi membangunkan persekitarannya agar menjadi seperti Orchard Road di Singapura.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, kerja-kerja pelebaran Jalan Merdeka bermula dari Menara Taming Sari hingga ke Hatten Square melibatkan laluan sepanjang kira-kira satu kilometer.

Menurut beliau, kos melebarkan jalan tersebut akan ditanggung sepenuhnya oleh syarikat pengurusan pusat beli-belah Dataran Pahlawan.

"Syarikat terbabit akan menanggung semua kos termasuk merobohkan pembahagi jalan bagi menjadikannya lima lorong.

"Kita juga akan memastikan lintasan pejalan kaki diletakan di beberapa tempat seperti di Menara Taming Sari dan pasar raya besar Carrefour bagi memudahkan orang ramai melintas jalan apabila ia dilebarkan," katanya ketika ditemui di kediamannya di Seri Bendahara di sini, baru-baru ini.

Jelasnya, kerja-kerja melebarkan Jalan Merdeka dijangka bermula minggu depan.

"Selain itu, kerajaan negeri juga telah membenarkan pembinaan sebuah pondok menunggu bas di jalan raya bersebelahan Hospital Mahkota yang ketika ini menempatkan beberapa buah kedai makan.

"Jalan selorong itu juga akan dilebarkan menjadi dua lorong manakala tapak kedai-kedai makan itu akan dijadikan tempat letak bas. Kedai-kedai itu pula akan dipindahkan ke dalam bangunan bersebelahan," katanya lagi.

Apabila kerja-kerja pelebaran siap kelak, Mohd. Ali berkata, kerajaan negeri berhasrat membangunkan jalan tersebut seperti di Orchad Road.

Selain itu katanya, satu jalan baru juga akan dibina bersebelahan Jabatan Imigresen di Banda Hilir terus menuju ke Jalan Syed Abdul Aziz untuk ke jalan pesisiran pantai tanpa perlu melalui pusat bandar.

Langkah itu katanya, akan membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas tanpa perlu melalui Jalan Merdeka untuk ke Jalan Syed Abdul Aziz.


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Penafian: Segala maklumat yang tercoret ini adalah hasil idea dan maklumat yang diperolehi TIDAK BOLEH digunakan sebagai rujukan utama atau bahan bukti dalam apa jua tindakan.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kemudaratan yang terjadi selepas menggunakan web ini.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab atas segala ulasan yang dibuat oleh pembaca. Oleh itu, semua pengulas dapat mengulas dengan mengikut tatasusila tanpa menyentuh kepentingan agama, bangsa dan politik tanahair.

Segala kisah dan cerita di dalam ini tiada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang mati kecuali kesahihannya disahkan oleh sumber yang boleh dipercayai.

Pihak pengurusan web bersedia membetulkan apa jua fakta yang dirasakan tersilap dengan menghubungi di email miey77@hotmail.com