Rabu, 8 September 2010

Car Boot Sale II ( Benda Paling Simple Untuk Kauorang Jual)

Sebelum ni aku pernah citer pasal car boot sale.

Satu benda yang kauorang perlu amik tahu dan menambah pendapatan ialah... adanya tempat untuk jual barang kitar semula. Hah! maksudnya kalau kauorang memang tak tahu nak jual apa dan malas bebenau nak berniaga.. bawak je barang yang boleh dikitar semula seperti kertas, botol dan tin untuk dijual kepada gerai PPSPA (Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Perbersihan Awam). Diaorang akan beli ikut timbang. Berapa sen tu aku tak pasti plak... tapi kira dapat la duit...

Amacam???

So, boleh start kumpul surat khabau hari ni... dan jual hujung minggu untuk buat beli surat khabau akan datang.

Untuk keterangan lanjut, kauorang boleh hubungi PPSPA di Tingkat 7 Graha Maju di talian 06-2838953 atau 06-2838954.

Aku pujilah PPSPA Melaka ni turun padang macam tu sekali.. dalam melaksanakan tugas hakiki mereka bagi menguruskan sisa domestik ni.. boleh pula beri peluang orang awam memperolehi duit poket.

Tahniah PPSPA Melaka.

1 comments:

helmie zul berkata...

bagus.. boleh aku turun melaka tiap minggu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Penafian: Segala maklumat yang tercoret ini adalah hasil idea dan maklumat yang diperolehi TIDAK BOLEH digunakan sebagai rujukan utama atau bahan bukti dalam apa jua tindakan.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kemudaratan yang terjadi selepas menggunakan web ini.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab atas segala ulasan yang dibuat oleh pembaca. Oleh itu, semua pengulas dapat mengulas dengan mengikut tatasusila tanpa menyentuh kepentingan agama, bangsa dan politik tanahair.

Segala kisah dan cerita di dalam ini tiada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang mati kecuali kesahihannya disahkan oleh sumber yang boleh dipercayai.

Pihak pengurusan web bersedia membetulkan apa jua fakta yang dirasakan tersilap dengan menghubungi di email miey77@hotmail.com