Isnin, 5 April 2010

Laksa Shake @ Mydin Melaka

Minggu lepas aku pergi makan kat Laksa Shake tingkat 2 Mydin Ayer Keroh. Sesekali nak makan makanan antarabangsa... Tambahan plak badan kurang sihat.. Order Roti Arab Rendang Tok, Mee Laksa + Limau suam & Milo Ais dan 1 Bungkus Briyani Kambing..

Aku tak tahu la sama ada tekak aku yang tak sedap ataupun makanan tersebut. Tapi aku beratkan tekak aku kot sebab aku dalam keadaan kurang sihat.

Lepas makan.. bil datang RM50.50. Wah boleh tahan jugaklah harganya.. patutlah table aku je terisi orang dalam Laksa Shake ni..

Namun, bagi aku sesekali makan ok pe.. cuma kalau aku boleh bagi pandangan pada owner Laksa Shake.. Cubalah pertimbangkan sikit harga tu.. Memang orang semua mampu nak bayar.. cuma kalau nak regular customer kena pandai juga seimbangkan penawaran dan permintaan. Buat apa letak harga tinggi tapi volume of customer takde. Tul tak??

Kepada yang nak try makan Laksa Shake pastikan bawa duit cukup. Kalau tak jenuh wey nak lari ke bawah mesin ATM. Tambahan pulak anak berderet.. Sesekali nak bawa anak bini rasa makanan standard sikit.. apa salahnya... jom ke Laksa Shake.








Roti Arab Rendang Tok




Mee Laksa


6 comments:

bukhairiah berkata...

first, tq coz dtg...komen anda amat la kami alu-alukan...xpe, xsalah if mcuba n bg pandangan... if anda de sbrg pandangan ke utarakan je kt kaunter...atau bjumpe En Bukhari...owner kedai tue

mngenai harge, sbnrnya, harga tue standard dgn Laksa Shack d sluruh malaysia...KL, JB, Penang dll...rsnya pon standard mngikut SOP...erm...rsnya, harga sketul ayam d KFC pon mahal kan bbanding bli n grg sndri? kenapa tidak mnyokong mknn malaysia sendiri n buatan malaysia?

anyway, pandangan anda akan kami k utarakan ke HQ kami...

Bukan senang nk puaskan selera semua pelanggan...

Lekir berkata...

eh eh bukhairiah owner ek?? sorry.. just bagi pandangan jujur..
saya support makanan malaysia la tu sebab saya makan kat situ... ^_^

bukhairiah berkata...

eh, xmarah la... biasa la adat bniaga...sy suke dgr pandangan y mbina..kami blh improve...

sy suka singgah blog awak coz de information pasal melaka.this week kan de byk acara sempena Melaka bandaraya Bersejarah...hupdate ek leh sy g redah pesta2 tu nnt..

Lekir berkata...

yup. 9 - 11 ni banyak betul aktiviti terutama sekitar MITC. nanti petang saya update

geneticthylon berkata...

perghh...

respon membina dari owner..

wa caya lah.

harga tu aku rasa dah okay. Dalam RM50 ikut menu encik lekir tu; kira okay lah; tapi kalau dapat RM45 lagi okay... hehe

cuma ada masa kena selaras harga dengan permintaan sesuatu kawasan
supaya ada kesimbangan antara penawaran dan permintaan

Lekir berkata...

perghhh gen mengulas macam cikgu Macroekonomi form 6 la..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Penafian: Segala maklumat yang tercoret ini adalah hasil idea dan maklumat yang diperolehi TIDAK BOLEH digunakan sebagai rujukan utama atau bahan bukti dalam apa jua tindakan.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kemudaratan yang terjadi selepas menggunakan web ini.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab atas segala ulasan yang dibuat oleh pembaca. Oleh itu, semua pengulas dapat mengulas dengan mengikut tatasusila tanpa menyentuh kepentingan agama, bangsa dan politik tanahair.

Segala kisah dan cerita di dalam ini tiada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang mati kecuali kesahihannya disahkan oleh sumber yang boleh dipercayai.

Pihak pengurusan web bersedia membetulkan apa jua fakta yang dirasakan tersilap dengan menghubungi di email miey77@hotmail.com