Khamis, 30 September 2010

Perkampungan Hang Tuah Sebagai Produk Pelancongan

Kerajaan Negeri Melaka bakal membangunkan Kampung Hang Tuah iaitu di Duyong Melaka. Yelah dulukan dikatakan perkampungan Hang Tuah lima saudara adalah di Duyong Melaka dan di Duyong inilah wujudnya sebuah perigi yang dikatakan perigi Hang Tuah.




Tok Ali berkata pembangunan kampung itu melibatkan RM135 juta di atas tanah seluas 24.705 hektar termasuk Sungai Duyong.

Mengiku laporan BERNAMA:

Kata Tok Ali fasa pertama akan mengambil masa selama dua tahun melibatkan baik pulih 20 rumah tradisional milik penduduk di kawasan itu dan 25 rumah tradisional di sekitar Melaka yang akan dipindahkan ke perkampungan berkenaan supaya suasana di perkampungan itu menyerupai keadaan di zaman kegemilangan Hang Tuah dahulu.
Tok Ali juga berkata selain pembangunan rumah tradisional Melaka, projek itu juga akan melibatkan pembangunan sebuah muzium, gelanggang silat, pusat perniagaan, tempat riadah, surau dan pelbagai kemudahan awam yang lain.

"Kerajaan negeri juga bercadang untuk membina sebuah replika kapal milik Hang Tuah iaitu Mendam Berahi yang akan menjadi salah satu tarikan utama di kawasan ini," katanya.



Wah aku membayangkan memang sebuah kampung Melayu lama wey... Kalau boleh Tok Ali, nak masuk kampung tu semua berkaki ayam dan tiada kenderaan. Barulah suasana tu menjadi. Malam hari plak guna lampu pelita dan andang.

Alang-alang buat biarlah sampai nampak real.... barulah boleh tunjuk kat pelancong. Amacam??



3 comments:

DREAMBOX - rio helmie berkata...

pada tahun 1998 dulu aku penah design perkampungan Hang Tuah tu ..architectural proposal..sampai sekarang tak jadi - jadi lagi ke..

apek berkata...

apa kata ko pergi sekali lagi.. direct dengan Tok Ali.. ko jumpa org2 dia ni.. bukan apa.. takut tak sampai jer.

helmie zul berkata...

aku bentang cadangan tu kat Tok Ali le..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Penafian: Segala maklumat yang tercoret ini adalah hasil idea dan maklumat yang diperolehi TIDAK BOLEH digunakan sebagai rujukan utama atau bahan bukti dalam apa jua tindakan.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kemudaratan yang terjadi selepas menggunakan web ini.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab atas segala ulasan yang dibuat oleh pembaca. Oleh itu, semua pengulas dapat mengulas dengan mengikut tatasusila tanpa menyentuh kepentingan agama, bangsa dan politik tanahair.

Segala kisah dan cerita di dalam ini tiada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang mati kecuali kesahihannya disahkan oleh sumber yang boleh dipercayai.

Pihak pengurusan web bersedia membetulkan apa jua fakta yang dirasakan tersilap dengan menghubungi di email miey77@hotmail.com