Isu Sekolah Pelajar Hamil semakin hangat diperkatakan.. ada yang setuju... tak kurang jugak yang membangkang.. dan yang paling hawau bila dia tak tahu citer hujung pangkal tapi komen mengalahkan si pembuat dasar. ceiitt.. last-last rupanya salah teori. cam hawau!!
Semalam Tok Ali umumkan akan bina Sekolah tersebut sebagai tanda kesungguhan beliau menangani gejala pembuangan bayi.
Dibawah ni aku petik kata-kata Tok Ali dalam fb beliau:
Sekolah khas untuk pelajar hamil yang dibiayai kerajaan Melaka akan dibuka di Jasin dalam masa terdekat ini.
Saya cadangkan sekolah ini di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) di bekas bangunan rumah kadi daerah itu adalah untuk mereka yang secara sukarela mahu ke situ.
Pendekatan kerajaan negeri untuk membantu keluarga miskin menikahkan anak mereka bertujuan mengurangkan isu hamil di luar nikah dalam kalangan pelajar, terdapat remaja tegar yang terjebak kepada pelacuran dan sukar untuk balik kepada pangkal jalan setelah mengandung anak luar nikah.
Jika mereka telah berkahwin tiada siapa akan memarahi mereka dan kalau mereka mengandung ibu bapa boleh tanggung, jika tidak boleh tanggung, kerajaan negeri akan tanggung bayi dilahirkan. dar
Memanglah banyak pandangan dan teori dikeluarkan masa ni terutama dikedai-kedai kopi. Bagi pandangan aku secara peribadi aku melihat kepada objektif penubuhan sekolah ini. Kalau untuk mengelakkan zina dikalangan remaja yang bernafsu tinggi dan mencegah lahirnya keturunan-keturunan anak luar nikah. Aku sokong idea Tok Ali ni.. Yelah setakat kempen.. berapa peratus yang berjaya. Boleh dikatakan hampir tidak berjaya. Nak hukum?? makin ramai plak bayi terbuang. Namapun dah nafsu.. silap gaya Tok Imam pun boleh terkehel solat Subuh kalau hujan renyai-renyai dan isteri tidor di sebelah dengan wajah yang manis.
Dan bayi-bayi luar nikah ni akan membesar dan tidak mustahil boleh jadi ahli keluarga sesiapa sahaja. Tentu sebagai ibubapa kita inginkan menantu dikalangan keturunan yang baik-baik dan sah status asal usulnya. Kita bukan kira mak bapak menantu kita kawin umur berapa. Tapi mungkin fikir dua kali bila menantu kita adalah anak luar nikah. Kalau pompuan lagi teruk sebab tiada wali sah. Itu belum kita citer yang nak amik anak angkat. Bagi pilihan antara anak halal dan anak haram.. mana jadi pilihan jikalau terpaksa amik anak angkat? Amacam??
Okey kalau itu objektif Tok Ali memang idea ni boleh digunapakai. Walau bagaimanapun aku bukan pengampu Tok Ali. So, kena jugak sama-sama fikir pulak kesediaan pasangan menempuh alam rumahtangga dari segi ilmu dan tanggungjawab. Si isteri perlu taat pada suami.. takde dah dok lepak-lepak Mahkota Parade dengan geng tanpa izin suami.. dan yang lelaki tahu memimpin isteri di atas landasan institusi kekeluargaan terutama sudut agama. Tokleh dah.. duk merempit.. tukar-tukar pasangan. Namun, aku yakin kalau semua sepakat, ikhlas dan sama-sama bersedia mengembleng tenaga dan buah fikiran.. IDEA BERANI Tok Ali ni mampu mengurangkan sedikit sebanyak gejala zina dan penglahiran anak luar nikah di Malaysia ini. InsyaAllah...

1 comments:
kalau budak bawah umur yg sepatutnya belajar kahwin muda dan beranak pinak, tok ali tolong bukakan peluang pekerjaan buat mereka pula ya? suap selagi boleh!
sbb bila x de ilmu dan ikut hati muda kawen awal, tanggungjawab paling utama. nanti jgn anak dah sederet setiap tahun, bosan. cerai berai pulek.
oh! jgn terlalu muakan sudeyy!
bukalah dulu sekolah dan tgk berapa orang yg akan belajar dan berapa juta duit rakyat habis dan di perguna dgn baik.
jangka masa panjang dan pendek perlu di teliti juga!
Catat Ulasan