Isnin, 20 Disember 2010

Parking MBMB Vs Parking MPHTJ

Sekarang ni orang ramai mula konfius mana satu kawasan parking MBMB dan mana satu kawasan parking MPHTJ??? Lagi payah bila kita kena pergi dua kawasan berhampiran.. nak kena sediakan 2 kupon.. kes naya betul..



Nasib baik semalam Datuk Bandar MBMB umum akan selaraskan kupon parking bagi MBMB dan MPHTJ mulai Januari 2011. Maknanya akan ada dua logo.. Walau bagaimanapun kadarnya RM0.40 sejam kekal dan tiada sebarang kenaikan.

Buat masa ni hingga Januari 2011, kupon MBMB boleh digunakan di kawasan Hang Tuah Jaya dan sebaliknya.

Fuh!!.. Lega sikit...

Rabu, 15 Disember 2010

Jawatan Di Kerajaan Negeri (15-12-2010)

Kat bawah ni macam kelabukan iklan jawatan kosong.. cuba acu kauorang klik.. Aku amik kat MHI.. ada 2 agensi.

  1. Planetarium Melaka
  2. Invest Melaka
Iklan.. sila klik aaa...




Selasa, 14 Disember 2010

Hantu-hantu Filem Merayau di Menara Taming Sari

Bagi peminat mistik di hujung cuti sekolah ni... bermula 1 Disember - 31 Disember 2010 bertempat di Dataran Taming Sari.

Diceritakan bahawa hantu-hantu yang disolekkan pada manusia merupakan watak daripada filem-filem hantu.. silap gaya hantu gigi dalam filem Pendekar Bujang Lapok pun ada kot.

Bayaran yang dikenakan adalah RM5.00 untuk dewasa dan RM3.00 untuk kanak-kanak dengan masa operasi adalah daripada jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam.

Ada Bran?? Jom terjah.. tak payah bawak surah Yassin.. itu semua hantu solekan seperti yang aku bagitau tadi..


Khamis, 2 Disember 2010

Melaka International Tourism Show 2010

Mulai 3 Disember 2010 Melaka International Tourism Show 2010 bermula.

Sempena cuti sekolah ni pelbagai tempat / pakej pelancongan menarik disediakan termasuklah persembahan-persembahan yang boleh mengisi masa lapang anak-anak kita.

Jadi, jom kita serbu MITC..




Selasa, 30 November 2010

Vandalisme Tahap Sekolah Rendah

Klik untuk baca penuh

Dipetik daripada MHI

Waktu Solat Bulan Disember 2010

Jumaat, 19 November 2010

Ekspo Pengguna 2010

Mulai esok dan selama 9 hari kat MITC ada Ekspo Pengguna. Apa ada di sana??? tengoklah brosur kat bawah ni...



Untuk jadual aktiviti (tentatif) kauorang boleh klik gambar bawah ni...



Chow..

Khamis, 18 November 2010

Saintis NASA Datang Melaka

National Aeronautics and Space Administration (Nasa) Amerika Syarikat bersama 8 orang saintis NASA akan datang ke Planetarium Melaka bersama-sama berkongsi idea dan pengalaman bersama pengunjung pada 22 - 28 November 2010.

Pengetahuan ini akan dikongsi menerusi bengkel dan seminar. Jadual tepat, pembaca boleh telefon di talian di banner bawah ni..

Harga tiket Dewasa RM8 dan Kanak-kanak RM5. Kalau cikgu cikgi bawak rombongan anak murid jauh lebih murah... cuba telefon tanya.




So, inilah aktiviti cuti sekolah untuk anak anda... mana tahu anak anda menjadi saintis satu hari nanti????


Selasa, 16 November 2010

Sukan Paralampiad @ Melaka

Pada 21 - 26 November 2010 ni seramai 1,926 orang atlet dan pegawai akan datang dan bertarung dalam paralampiad mewakili 16 kontijen seluruh negara.

Sebanyak 16 acara sukan dipertandingkan

  1. Badminton
  2. Basikal
  3. Boling Padang
  4. Bola Keranjang Kerusi Roda
  5. Catur
  6. Goalball
  7. Futsal
  8. Olahraga
  9. Pentaque
  10. Perahu Layar
  11. Ping Pong
  12. Powerlifting
  13. Renang
  14. Tenis Kerusi Roda
  15. Boccia
  16. Tenping Boling


Bagi yang ada masa... jom pergi tengok. Gambar atas ni adalah maskot bernama Jantan. Memang orang Melaka nama jantan tu normal. kira macam sejatilah.. kalau sebut 'anak jantan' tu kira boleh banggalah.. itulah orang Melaka...


Pasaraya Besar Di Melaka

Semalam aku shopping la kat salah satu pasaraya besar kat Melaka ni... dulu dia memang sangat terkenal sekarangpun terkenal. Cuma yang aku kurang berpuas hati ialah proses pembayaran dikaunter. Punyalah ramai orang... bukaknya tak sampai 10 kaunter. Lebih kurang 5 jer kot... dahlah beratur punyalah panjang mengalahkan nak amik tiket balik kampung...

Aku dengar citer kes ini berlaku kerana kekurangan pekerja cashier. Mungkin salah satu faktor utama ialah pembukaan banyak pasaraya besar hinggakan pekerja terutama cashier yang berpengalaman mempunyai pilihan mana yang lebih baik. Bagus untuk rakyat (pekerja). Jadi, aku tak percaya kalau ada budak yang datang sembang dengan aku berkata susah nak cari kerja kat Melaka. Pembohong... tak caya kauorang roundlah mana-mana hypermarket ni.. mesti ada stall yang memerlukan pekerja.. Begitu juga restoran-restoran makanan segera. Isunya disini memilih sangat kot.

Balik pada citer aku tadi, secara tak langsung akupun rasa serik nak shopping kat pasaraya berkenaan. Percayalah kalau berterusan setahun.. mungkin terpaksa tutup kot.. Bukannya sebab tak de pelanggan tapi pelanggan lari disebabkan 'penat' nak menunggu di kaunter. Lepas tu kat Melaka ni memang banyak sangat pilihan... Jadi aku sarankan agar isu pekerja ni perlulah di atasi kalau ingin berkembang maju.

Meh aku senaraikan pasaraya besar kat Melaka



ADA DUA


ADA TIGA


ADA TIGA




ADA DUA



ADA SATU + Satu lagi (dimaklumkan oleh Nabilah)


ADA SATU


Itu yang aku ingat.. yang terlupa lagi...

Jumlah rakyat Melaka lebih kurang 724,000 orang.. tapi pasaraya punyalah banyak. Sebab utama ialah ada pelancong yang melawat pasaraya ini kemudian membeli terutama dari Singapura. Itu alasan bos salah satu pasaraya di atas ni...


Rabu, 10 November 2010

Karnival Usahawan 2010

Aktiviti Hujung Minggu ini di Melaka...

Jom penuhi hujung minggu bersama keluarga.

Apa yang ada kat sana??? Dengar citer macam-macam gerai jualan ada di sana.


Selasa, 9 November 2010

PKNM Ada 1 Jawatan Kosong (Sebelum 22/11)

Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) untuk jawatan Pembantu Tadbir atau dalam bahasa lain kerani dengan 1 kekosongan.

Mungkin harapan untuk dapat sangat tipis. Namun, macam aku bagitau sebelum ini.. kalau dah rezeki yang telah ditetapkan olehNYA kepada kauorang sapapun kat dalam dunia ni tak mampu halang. Yakinlah bahawa sesungguhnya Allah yang memberi rezeki kepada kita.. bukannya penemuduga atau kabel dalam.

So, borang kauorang boleh amik kat www.pknm.com

Tarikh tutup permohonan 22 November 2010 (ISNIN).

Selamat mencuba...

Isnin, 8 November 2010

P1 M1max Mau Turun Melaka

aku semak dalam website P1 W1max, nampaknya hujung tahun ini rangkaian internet tu akan sampai ke Melaka. Fuh!!

Selamat tinggal broadband kuning yang pendirian speed tak kukuh. Kalau aku duk kawasan sempadan Pahang boleh la terima akal.. ini aku duduk kawasan Hang Tuah Jaya. Si gemuk kuning pun tak berapa laju... ceiit.. nasib baik aku tak amik pakej si merah yang memerlukan ikat kontrak. Kalau si biru tu lagi hangus kat Melaka ni.. member aku asal on je internet guna si biru mesti sumpah seranah...

Kepada P1M1max.. jangan plak kau jadi sipot dari rerakan lain tu.. memang aku campak je kat Sungai Melaka.

Berita tentang P1M1max kat Melaka kat bawah ni

2 November 2010

MELAKA TO HAVE P1 4G BROADBAND AS EARLY AS END 2010

Petaling Jaya- Packet One Networks (Malaysia) Sdn. Bhd. ("P1"), Malaysia's largest 4G broadband service provider, announced today that it will extend its coverage to Melaka as early as the end of 2010. The expansion is a step closer for P1 to cover 65 per cent of the Malaysian population by 2012.

Melaka is the last state in the Peninsular to get access to P1 4G coverage.

Chief Executive Officer, Michael Lai, said "P1 4G is living up to the promise of our new ad campaign 'Getting Stronger, Wider, Faster, by the Day' by widening our network. After two years of nationwide deployment we are very excited to be completing our national coverage (Peninsular Malaysia) with the inclusion of Melaka."

Lai said, "It is fitting that Melaka, recently declared a 'developed state' will now have fast wireless broadband combining the best of both worlds, history and heritage with the best technology available today. This is great news for serious broadband users."

Lai explained that current P1 customers download an average of 10GB per month, which is equivalent to 20 movies or 2500 songs in a month. Rich media downloads account for 58 per cent of P1's subscriber activity.

"P1 4G customers are rich media users. They are constantly on Facebook, uploading pictures, uploading videos, watching YouTube and sharing files. With our new Super Broadband packages, they can now enjoy that rich media experience at home or on-the-go. For just RM20 extra per month, a subscriber with a wireless Home package gets a portable USB modem so they take P1 4G with them wherever they go," said Lai. "We are the only company to offer this service - a home modem and a mobile USB modem on the same package."

Packages for new subscribers start from as low as RM69 per month for both home and on-the-go broadband.

First to get a taste of P1 4G in Melaka will be those living near Jalan Graha Maju, Jalan Bendahara, Jalan Ujong Pasir, Multimedia University in Ayer Keroh, Jalan Taming Sari, Taman Batu Berendam Putra, Menara MITC in Ayer Keroh, Melaka Sentral, Masjid Kampung Tun Razak, Masjid Negeri Al Azim. Lai said efforts are being made to expand the coverage as quickly as possible.


Bengkel Fotografi Di Melaka

Semalam ada kawan minta tolong war-warkan satu program anjuran organisasi beliau tentang satu bengkel fotografi. Memang dia tawarkan murah sedikit daripada yang luar tu.. tempat yang disediakan terhad 20 sahaja. Sehingga hari ini tinggal 8 sahaja lagi tempat. So, baik cepat.. kalau kauorang telefon tu bercakap dengan En. Nazri bagitaulah jumpa info dari blog ni... boleh jugak aku tengok keberkesanan aku mewar-warkan melalui blog ni..

Tentang bengkel ni.. dulu aku ingatkan hanya kamera level tinggi je boleh join rupanya gambar yang diambil berdasarkan teknik bkannya kapasiti kamera. Dia kata kamera handphone pun boleh!!

Ok info detail macam kat bawah



Borang macam kat bawah ni..


Chow!

Rabu, 3 November 2010

Jawatan Kosong Di Tabung Haji (12 November 2010)


http://www.ziddu.com/download/12343417/JawaTANKOSONGDITABUNGHAJInew.pdf.html

03 : Persidangan Dewan Kecoh Pasal Melaka Maju Email Jon Hall

Mengikut kefahaman aku menghadiri Sidang Semalam:

ADUN Ayer Keroh (DAP) mengatakan bahawa beliau memperolehi email daripada Jon Hall menerusi salah satu website di Malaysia ini (aku tak mahu sebut) menganggap Jon Hall tidakpun mengiktiraf Melaka Maju. Ini disebabkan Jon Hall yang hadir ketika majlis memaklumkan beliau tidak memahami perjalanan majlis kerana melaksanakan dalam Bahasa Malaysia.

Beberapa ADUN BN membantah kerana ianya daripada website pembangkang dan tidak mengesahkan bahawa email tersebut daripada Jon Hall yang asli.

(Keraguan ini boleh diterima. Yelah dalam dunia serba IT ni sesiapa je boleh bikin email macam tu)

Walau bagaimanapun aku respek jawapan ADUN BN Sungai Udang memberi perumpamaan

“Kita ni hidup bagai dalam satu keluarga.. walaupun gaji RM800, makan cukup, kemudahan ada, kereta ada, hati senang.. yang orang lain rasa iri hati kenapa? ” Aku rasa pernyataan ini merujuk kepada laman web tersebut yang tiada kaitan dengan Melaka tapi begitu mencemburui Melaka hingga sanggup mencari kesalahan.

Perkara ini disokong oleh seorang lagi ADUN BN yang mengatakan lebih kurang bahwa

"Saya tak faham la dengan DAP yang beria-ia benar nak menafikan Melaka ni negeri Maju. Rasa dengki dan iri hati itu nampak sangat bila sanggup cari jalan menafikannya”.

ADUN BN lain menambah lebih kurang begini "Jika rasa tak nak maju, tak payahlah duduk Melaka”

Di Akhir sesi Tok Ali menjawab perkara tersebut.

"Ini surat original tau.. ada tulis OECD Paris” sambil menunjukkan sekeping surat berkepala surat OECD Paris”.

Mari saya baca... dalam bahasa inggeris... (lepas tu dia bacalah.. aku bukan ada tape recorder)

Lepas tu kecoh lagi..

Sioott ini macam sampai besok tak abis.. sebelah pihak tak nak terima jawapan, sebelah pihak lagi mempertahankan prinsip.

Bagi aku rakyat Melaka.. aku rasa bangga bila Melaka diiktiraf Melaka Maju.. apa salahnya? Yang orang luar rasa dengki dan iri hati sangat kenapa ek?? Kat US berjuta orang menganggur dan berjuta tidur bawah jambatan, takdepun negara lain cakap dia tak maju! Kalau US dah rasa dia maju.. biarlah..

Macam tu jugaklah Melaka. Kalau negeri lain rasa nak buat maju jugak buatlah.. takde sapa halang kerana definasi maju itu sendiri tiada pengukurnya.


Nota: Aku hanya membuat penceritaan ini berdasarkan pancaindera penglihatan dan pendengaran aku semalam.. namun sebarang kesilapan yang kauorang dapat kesan (jika kauorang hadir sama), sila maklum kepada aku untuk dibetulkan dengan segera. Ini kerana dalam menyampaikan maklumat ini, aku tidak menyebelahi mana-mana pihak.

02 : Sidang Dewan Melaka Hari Kedua Panas

Macam aku janjikan semalam.. aku jadi pemerhati di Sidang Dewan. Hari ni tak pergi aku kena kerja.



Memang kepanasan aku kat dalam dewan undangan negeri semalam.. baru nak tidur.. terpekik-pekik.. baru nak khayal dah terjerit-jerit. Agaknya dalam dewan ni barulah YB-YB kita ni nak lepaskan suara. Yelah depan rakayt kalau pekik-pekik macam tu mahu PRU nanti tercekik dibuatnya.

Banyak jugak isu dan penerangan dibuat semalam dan aku akan buat beberapa entry mengikut isu yang best.

Tapi kali ni aku nak citer kepanasan dalam dewan tersebut ada satu isu yang aku anggap strategi politik kot.

Semalam ADUN Duyong (MCA-BN) mengatakan bahawa ADUN Kota Laksamana (DAP) ditikam belakang oleh kawan-kawan baiknya.

Kemudian ADUN Kesidang pula memberitahu bahawa ada juga rakan ADUN Duyong yang juga melakukan perkara yang sama.

Maka berlakulah jerit-jerit yang aku sebut tadi. Kecoh bangat.. tak dengar butirpun apa mereka cakap tapi aku paling suka ADUN Sungai Udang (BN) dan ADUN Kota Laksamana (DAP).. walau apapun berlaku nampak dia cool je... Respeks. Adalah beberapa ADUN BN yang macam tu jugak. Relaks jer.. Tapi ingat relaks sangatpun tak kena jugak.. Kalau sebelah pihak cakap lebih.. sebelah pihak diam jer.. nanti orang kata apa yang sebelah pihak cakap tu betul. Lagi satu pemerhati mengantuk seh. hahahaha

Tok Ali?? dia lagi la cool... bersuara pada sesi terakhir membidas semua persoalan.


Mydin 24 Jam Tukar Mydin 18 Jam

Gambar : hazimin.blogspot.com

Melaka ada satu Mydin 24 jam yang telah beroperasi selama 2 tahun. Kini operasinya telahpun disingkatkan kepada 18 jam.

Ini kerana lewat tengah malam memang takde pelanggan. So, rugilah kalau bukak, elektrik jalan.. gaji jalan...

Sebenarnya asalnya Mydin ni nak beroperasi untuk memudahkan orang ramai membeli belah lewat malam tapi kita bukannya macam di Singapura, pukul 3 pagi pergi membeli belah. so, tak sesuai.



Selasa, 2 November 2010

01 : Persidangan Dewan Undangan Negeri Melaka

Maklumat daripada dalaman..

Semalam Persidangan Dewan Undangan Negeri Melaka telah mula bersidang sehingga 4 Nov. Ia tertumpu kepada perbentangan dan perbahasan bajet di Negeri Melaka.


Gambar sebenar dalam Persidangan Dewan.
Barisan bulat dalam tu, barisan Exco yang bakal menjawab soalan oleh YB
Barisan bulatan luar tu, YB yang bakal menanyakan soalan

Yang tengah tercaduk sorang tu Setiausaha Dewan.
Yang Depan sana tu Yang Dipertua Dewan

(berdasarkan penerangan kawan aku la... kalau dia tipu.. tipulah aku)

Semalam baru pembukaan oleh TYT Negeri Melaka. Lepas tu ada la sikit soal mulut antara YB Betty dengan Tok Ali pasal Melaka Maju. Uishh letih nak terangkan pada yang buat-buat tak faham.

Hari ini mula perang mulut... tapi kauorang janganlah terpengaruh.. mereka tu bergaduh dalam dewan je.. keluar dewan minum pagi terkekek-kekek ketawa bersama. Kita kan satu Malaysia mana main nak gaduh-gaduh besar ni... Kata kawan aku lagi.

Mungkin ada yang terfikir boleh ke datang tengok??

Aku rasa boleh sebab berdasarkan cerita kawan aku, kita pergi je ke seri negeri tu.. pergi kaunter kat depan dewan DUN.. tinggalkan kad pengenalan amik pas PEMERHATI..

tapi kalau dalam bentuk rombongan.. perlukan kebenaran daripada Bahagian Dewan Undangan tut.

Lepas tu perhatilah..

p/s: aku macam nak pergi jadi pemerhati pagi ni.. kalau ada isu besar yang sesuai aku update esok. Tapi anything aku kena roger dulu kawan aku tu.. kalau sorang-sorang buatnya kena tangkap. Naya aku.
Tempat Ketua Jabatan dibawah dan pemerhati di atas tu
(kata kawan aku jugak)
Tapi aku nak naik ikut mana ek???


Jumaat, 29 Oktober 2010

27 SYARIKAT CARI PEKERJA DI ADTEC (9 NOV 2010)

Pada 9 November 2010 ini, sebanyak 27 syarikat akan mengadakan temuduga terbuka di ADTEC Melaka, Taboh Naning.



Jadi kepada mereka yang masih ingin mencari pekerjaan datanglah beramai-ramai bawa sekali salinan kad pengenalan dan sijil-sijil berkaitan.



Pengajaran Kepada Orang Tunjuk Kuat

Bawah ni aku amik keratan berita daripada Melaka Hari Ini. Kepada semua kaki pukul atau konon-konon cukup kuat, berita kat bawah ni boleh dijadikan pengajaran.

Walaupun mamat tersebut minta haknya sendiri tapi tak pasal-pasal dah rugi RM2,300 lepas tu kena penjara plak lagi. Kena ingat kita hidup dalam negara yang mempunyai undang-undang.

Jesteru itu, baiklah ikut syariat Islam.. sabar itu banyak faedahnya... dan tak yahlah tunjuk samseng.. esok kat akhirat akan menyembah minta tolong jugak.

Jom baca berita berkenaan

.


Khamis, 28 Oktober 2010

Nak Berniaga Di Kota Fesyen RM1 sehari

Kepada para usahawan yang masih mencari tapak untuk meniaga tetapi mempunyai modal terhad. Kerajaan Negeri Melaka tawarkan satu tempat yang agak baik iaitu di Kota Fesyen, Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya iaitu area pusat pentadbiran Kerajaan Negeri.

Iklan penuh jom belek bawah ni..




Karnival Barangan Buatan Malaysia 2010

Hari ini bermulalah Karnival Barangan Buatan Malaysia di Melaka. Tempatnya di MITC Melaka. Ia bermula hari ini iaitu 28 Oktober - 31 Oktober 2010.



Sebenarnya kempen ini dah lama sangat dah.. sejak zaman Tun M lagi dan apa yang dilakukan ini memang bertepatan dalam membangunkan ekonomi negara. kalau kita lihat Korea Selatan, rakyatnya memang sangat patriotik dan mengutamakan barangan sendiri berbanding barangan import.

Bagi aku, aku akan beli barangan buatan Malaysia kalau ia meyakinkan seperti kualiti, namun dari segi barang makanan memang menjadi keutamaan sebab lebih rasa selamat.

Aku rasa rakyat Malaysia pasti akan menyokong barangan buatan Malaysia asalkan ia berkualiti dengan harga berpatutan. Jadi, kepada pengusaha barangan buatan Malaysia pastikan produk anda berkualiti dan aku yakin satu hari nanti produk kauorang bukan sahaja digunapakai oleh orang Malaysia malah menjadi kebanggaan sebagai produk import di luar negara.

Walau bagaimanapun, karnival ni apa salah kita pergi jengah.. mana tahu terjumpa produk yang menepati citarasa kita. Amacam?


Rabu, 27 Oktober 2010

Pertandingan Rekabentuk Kasut Sukan 2010

Kerajaan Negeri Melaka menerusi Bahagian R&D Jabatan ketua Menteri dikhabarkan akan membuat satu Pertandingan Rekabentuk Kasut Sukan 2010.




Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar IPTA dan IPTS Seluruh Malaysia. Banyak juga syarat yang perlu dipenuhi. Namun hadiahnya pertama RM3,000; kedua RM2,000; ketiga RM1,000 dan 6 saguhati RM200.

Tarikh Tutup 12 November 2010 bagi pusingan pertama.

Dapat saguhatipun sapa nak bagi wey??

Kalau sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi 06-2320606.

Borang dan syarat penuh pertandingan pasal pusingan pertama dan kedua tu.. klik kat SINI


Nombor Telefon Jabatan Kerajaan Negeri Melaka

Mungkin ramai yang tercari-cari no telefon bila nak telefon pejabat-pejabat kerajaan Negeri Melaka. Dah 2 tahun kot Kerajaan Negeri Melaka menyediakan satu nombor untuk menghubungi pejabat-pejabat / jabatan Kerajaan Negeri Melaka.

06-2333333

Dengan No. ni kauorang boleh telefon dan minta disambungkan atau mendapatkan talian untuk pejabat tetentu. Telefonis mereka ni nampak berbudi.. kalau kauorang rasa kurang ajar amik je nama dia dan laporkan je ke Jabatan Ketua Menteri Melaka. Biar dia rasa... keje memain.

Selasa, 26 Oktober 2010

Sate Ikan Melaka


Melaka dah ada sate ikan rupanya.

Pengusahanya Hazlinda Hussain, 38 memperkenalkan sate ikan ini dengan bimbingan Jabatan Perikanan Negeri Melaka menggunakan ikan air tawar seperti ikan patin. Dengar citer ramai orang yang dah mencuba...

Sejak September 2010 produk ini dipasarkan ke kedai-kedai sate di negeri Melaka dan mungkin produk ini bakal dikeluarkan dalam bentuk sejukbeku. Aku dengar citer kalau kat Batu Berendam ni, kat sebelah Jabatan Perikanan Batu Berendam ada kedai menjualnya.

Kata mereka yang mencuba.. rupanya macam ayam tapi rasa macam ikan.

Gambar diambil dari bernama.com


Bagi mereka yang mengidam, carilah kat Jabatan Perikanan Batu Berendam. Ikut peta kat bawah ni... Kalau dari kilang infineon atau NS.. kauorang strait je ke arah LTAM kemudian ikut jalan Batu Berendam lepas tu masuk jalan Mohd Zin tu lepas tu pusing kanan lalu jalan M2 tu.. lepas tu pusing sekali lagi kanan masuk semula jalan Batu Berendam. Kat situ la area jabatan perikanan.. carilah kedai yang jual sate ikan. (Untuk makluman jalan segitiga tu jalan one way. pusing 200 kalipun orang tak marah).


Aku dah cuba?? Maaflah aku belum mengidam lagi nak makan sate ikan tu.. tapi kalau kauorang dah makan.. meh kongsi dengan aku kat sini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Penafian: Segala maklumat yang tercoret ini adalah hasil idea dan maklumat yang diperolehi TIDAK BOLEH digunakan sebagai rujukan utama atau bahan bukti dalam apa jua tindakan.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kemudaratan yang terjadi selepas menggunakan web ini.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab atas segala ulasan yang dibuat oleh pembaca. Oleh itu, semua pengulas dapat mengulas dengan mengikut tatasusila tanpa menyentuh kepentingan agama, bangsa dan politik tanahair.

Segala kisah dan cerita di dalam ini tiada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang mati kecuali kesahihannya disahkan oleh sumber yang boleh dipercayai.

Pihak pengurusan web bersedia membetulkan apa jua fakta yang dirasakan tersilap dengan menghubungi di email miey77@hotmail.com