Semalam aku shopping la kat salah satu pasaraya besar kat Melaka ni... dulu dia memang sangat terkenal sekarangpun terkenal. Cuma yang aku kurang berpuas hati ialah proses pembayaran dikaunter. Punyalah ramai orang... bukaknya tak sampai 10 kaunter. Lebih kurang 5 jer kot... dahlah beratur punyalah panjang mengalahkan nak amik tiket balik kampung...
Aku dengar citer kes ini berlaku kerana kekurangan pekerja cashier. Mungkin salah satu faktor utama ialah pembukaan banyak pasaraya besar hinggakan pekerja terutama cashier yang berpengalaman mempunyai pilihan mana yang lebih baik. Bagus untuk rakyat (pekerja). Jadi, aku tak percaya kalau ada budak yang datang sembang dengan aku berkata susah nak cari kerja kat Melaka. Pembohong... tak caya kauorang roundlah mana-mana hypermarket ni.. mesti ada stall yang memerlukan pekerja.. Begitu juga restoran-restoran makanan segera. Isunya disini memilih sangat kot.
Balik pada citer aku tadi, secara tak langsung akupun rasa serik nak shopping kat pasaraya berkenaan. Percayalah kalau berterusan setahun.. mungkin terpaksa tutup kot.. Bukannya sebab tak de pelanggan tapi pelanggan lari disebabkan 'penat' nak menunggu di kaunter. Lepas tu kat Melaka ni memang banyak sangat pilihan... Jadi aku sarankan agar isu pekerja ni perlulah di atasi kalau ingin berkembang maju.
Meh aku senaraikan pasaraya besar kat Melaka

6 comments:
family store ada berapa ek. rasa nya kat duyung, jasin, batu berendam n masjid tanah. hahahhaha.. ni termasuk list pasaraya besar di melaka ke. baik shoping kat sini. pampers murah. susu beli kat kedai senseh murah. hahahha
hahaha.. ye asfaliza betul tu... saya terlupa memang family store pun bagus jugak.
econsave ada dua....baru sahaja di buka di area sg udang... ;)
jom ke APA KATA HATI pulak,
MISS RED HILANG
rasanya tempat paling murah shopping
Family Store la
slalu g yang kat batu berendam 2
besh2
Admiral Hafiz Official Website: Admiral'z Legacy
yup.. thanks kepada nabilah sbb lagi advance daripada saya..
Hafiz.. mmg lebih murah tapi keadaan dia begitu sesak buat tak selesa nak melenggang-lenggang membeli.. kat sana selalu beli barang dapur jer. pastu balik.
aku dengar Jusco Melaka paling untung antara semua Jusco kat Malaysia
Catat Ulasan