Mengikut kefahaman aku menghadiri Sidang Semalam:
ADUN Ayer Keroh (DAP) mengatakan bahawa beliau memperolehi email daripada Jon Hall menerusi salah satu website di Malaysia ini (aku tak mahu sebut) menganggap Jon Hall tidakpun mengiktiraf Melaka Maju. Ini disebabkan Jon Hall yang hadir ketika majlis memaklumkan beliau tidak memahami perjalanan majlis kerana melaksanakan dalam Bahasa Malaysia.
Beberapa ADUN BN membantah kerana ianya daripada website pembangkang dan tidak mengesahkan bahawa email tersebut daripada Jon Hall yang asli.
(Keraguan ini boleh diterima. Yelah dalam dunia serba IT ni sesiapa je boleh bikin email macam tu)
Walau bagaimanapun aku respek jawapan ADUN BN Sungai Udang memberi perumpamaan
“Kita ni hidup bagai dalam satu keluarga.. walaupun gaji RM800, makan cukup, kemudahan ada, kereta ada, hati senang.. yang orang lain rasa iri hati kenapa? ” Aku rasa pernyataan ini merujuk kepada laman web tersebut yang tiada kaitan dengan Melaka tapi begitu mencemburui Melaka hingga sanggup mencari kesalahan.
Perkara ini disokong oleh seorang lagi ADUN BN yang mengatakan lebih kurang bahwa
"Saya tak faham la dengan DAP yang beria-ia benar nak menafikan Melaka ni negeri Maju. Rasa dengki dan iri hati itu nampak sangat bila sanggup cari jalan menafikannya”.
ADUN BN lain menambah lebih kurang begini "Jika rasa tak nak maju, tak payahlah duduk Melaka”
Di Akhir sesi Tok Ali menjawab perkara tersebut.
"Ini surat original tau.. ada tulis OECD Paris” sambil menunjukkan sekeping surat berkepala surat OECD Paris”.
Mari saya baca... dalam bahasa inggeris... (lepas tu dia bacalah.. aku bukan ada tape recorder)
Lepas tu kecoh lagi..
Sioott ini macam sampai besok tak abis.. sebelah pihak tak nak terima jawapan, sebelah pihak lagi mempertahankan prinsip.
Bagi aku rakyat Melaka.. aku rasa bangga bila Melaka diiktiraf Melaka Maju.. apa salahnya? Yang orang luar rasa dengki dan iri hati sangat kenapa ek?? Kat US berjuta orang menganggur dan berjuta tidur bawah jambatan, takdepun negara lain cakap dia tak maju! Kalau US dah rasa dia maju.. biarlah..
Macam tu jugaklah Melaka. Kalau negeri lain rasa nak buat maju jugak buatlah.. takde sapa halang kerana definasi maju itu sendiri tiada pengukurnya.
Nota: Aku hanya membuat penceritaan ini berdasarkan pancaindera penglihatan dan pendengaran aku semalam.. namun sebarang kesilapan yang kauorang dapat kesan (jika kauorang hadir sama), sila maklum kepada aku untuk dibetulkan dengan segera. Ini kerana dalam menyampaikan maklumat ini, aku tidak menyebelahi mana-mana pihak.
5 comments:
Kalau negeri kita maju pun, tetapi hutang dengan orang nak megah buat apa, Kau tahu tak lebih 187 kontraktor yang buat keja untuk SUKMa dengan duit sendiri belum satu sen pun dibayar oleh kerajaan Negeri. Kalau hidup kita ashik menindas orang untuk kepentingan Politik peribadi nak buat apa.Berdegar degar dengan negeri maju nak buat apa , hutang dengan rakyat bayarla dulu.Kalau kita bermegah dengan hasil duit orang buat apa, tak kemana. Malulah terutama Ali Rustam. Negeri tak berduit tetapi berbelanja macam berbilion duit dlm akaun. Kau tahu tak Kerajaan Melaka berhutang dengan kami semua. Melaka ni ibarat Kokok Berderai derai Ekor BergelumANG tAHI..ITU LAH SIKAP aLI rUSTAM. kALAU KAU TAK PUAS HATI KAU TANYA SENDIRI KONTRAKTOR YANG KEBANYAKANNYA MELAYU.
Relaks la light.. lepas geram kat aku plak nampak. hahaha
Walau bagaimanapun aku setuju dan faham kalau ko marah kat kerajaan negeri.. Kalau akupun dah penat-penat buat kerja duit tak dapat.. hangin jugak satu badan.. kalau setakat upah boleh tahan lagi.. ni siap dah keluar belanja dan berhutang dengan supplier perit jugak.
Walau bagaimanapun aku pernah sembang dengan kawan aku seorang kontraktor bumiputera.. dia kata kalau boleh memang dia tak nak buat projek kerajaan ni sebab banyak masalah daripada untung.. aku tahu ko faham maksudnya terutama dah nak dekat pilihanraya ni..
Senang hati dia tak buat langsung projek kerajaan. Buat projek sendiri.. projek apa aku tak tahu sebab aku bukan kontraktor.
Tapi asasnya dia tidak bergantung kepada kerajaan negeri sebab dia rasa tak percaya pada kerajaan negeri.
Mungkin lightpun boleh amik iktibar atas perkara ini.
bagus la ade blog ni..sape owner dia..congrtz2 sb buat blog ni..aku nak cakap sket la bab melaka maju..em..cane ek nak stat..? klu korang igt lagi la kan,cube korang bayangkan cane melaka ni dulu..aku lahir tahun 1986, klu imbas balik,mse tu jalan highway depan masjid AlAzim pon xde lg ka? even,msjid tu pon xwujud lg..pastu,aku igt time 1995.jalan depan hospital besar melaka tu,da mula dilebarkan..then,projek utk buat hghway AMJ pun bemula(time tu xde la org pngl AMJ)..pastu muncul banda hilir mula diangkat utk jd pusat pelancongan..MP pun mula naik.haha..time form 3 dulu ayat ni famous kat bastand depan ocean tu "Mahkota Mahkota Mahkota"..korag igt x bastand tu cane? kotorkan? tikus besau leengan pun ade..skg ni da ganti ngn melaka sentral..cantik tu bro..pastu klu korg igt la,kat air keroh dulu,cume ade zoo,tmn buaya n tasik..n..1 gelangang tenis,klu korg perasan n paya kat sekeliling nye..skg ni tempat paya tu da jadi ape ek..? ade mydin,ade plnetrium,ade mamak subaidah..haha,ade msjid,ade PKNM,ade MITC..mcm2 ada..haha..eerm,lg ape ek? dulu klu g pasar besau tu korg akn rase ape? busuk x? sbb bau pasar plus bau sg melaka yg eee..ssh nak sebot,biawak besepah2 kat sungai tu..cian org kg.Morten..skg ni jadi ape ek..? sg.melaka siap ade bot lg..cek main ramai mat saleh beratur nak naik..untung org kg.morten,dpt usha awek mat saleh ats bot..hikhik..jgb marah ek..pastu korg igt x? dulu kat krubong tu tempat ape? xde pape kat ctu selain hutan..tempat jin betendang org kate..skg ni,ade plak stadium..cian jin,da xde bola nak tendang,sbb plyer mlake da rembat bola dorg..besau gak kan stadium tu..hehe..haa...ni lg 1, korg igt x tanah lapang depan tmn cempaka tu?? dulu xde ape pon kat ctu..yg ade lalang yg xditebas..skg ni ade pe ek..? amek ko,sket punye besau jusco..tesco pon ade..pastu klu dulu,banda hilir tu,org dtg msti masuk muzium je keje nye..xpon,bli kraft tgn..skg ni ade pe ek..? aduyai,ade kering paling tinggi tu bro,siap pusing2 plak tu time nak naek ats..menara taming sari..klu korg igt,ade padang bola kat ctu..bnyak kan pdg bola kat ctu dulu? skg ni ade pe ek? mula2 aku igt mid valey megamall,rupenye dataran pahlawan mall..kagum tu bro..bnyak lg yg aku bole tulis,tapi xlarat,sbb da kul 5.15,time balik umah..cuma aku nak pesan..aku ni anak melaka yg keje d luar melaka..aku slalu outstation..bole kate sume negeri dlm mlysia aku da g..tiap kli aku blk melaka,bile msk je tol air keroh,aku rasa bangga sgt tgk kemajuan melaka..susah nak tgk kemajuan ni kat negeri lain(jgn compare dgn KL n Selangor la ye..) pada org yg mempertikaikan melaka maju 2010,cuba korang pk,klu pun melaka ni x di iktiraf melaka maju,tapi berdasarkan perubahan yg berlaku dri dulu smpi skang,melaka ni maju x? aku yakin korg akn ckp jugak melaka ni mmg da maju..berkenaan hal pembayaran tu,mungkin disebabkan sistem yg lambat..mmg sakit ati bile keje siap,tpi duit xdapat,so aku harap sgt Y.A.B Datuk Ali dpt atasinye..bangga dengan ape yg ade di negeri kite..sebab ade org yg merempat di negeri mereka sendiri..
salam melaka Maju
-pyan-
anak melaka diperantauan
mak ai.. pjgnye penjelasan ko.. walau bagaimanapun mmg tepat apa pandangan ko tu.. semua tu secara nyata. blh nampak
Catat Ulasan