Selasa, 24 November 2009

Berita : Siasat Pembantu Perubatan Enggan Beri Bantuan Kecemasan Kepada Bayi

Harian Metro 24/11/2009
MELAKA: Siasatan rapi akan dilakukan berhubung dakwaan seorang ibu muda mengenai tindakan pembantu perubatan sebuah Klinik Kesihatan Sungai Rambai di Jasin, dekat sini, yang enggan memberi bantuan kecemasan terhadap bayinya yang diserang sawan hingga meninggal dunia.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Datuk Dr Azmi Hashim, berkata pihaknya masih menunggu laporan mengenai dakwaan wanita terbabit.

Menurutnya, pihaknya berjanji akan menjalankan siasatan menyeluruh berhubung kes itu.

Katanya, pihaknya tidak boleh mengambil tindakan terhadap pembantu perubatan terbabit selagi siasatan belum selesai.

“Sepatutnya di setiap klinik kesihatan kerajaan ada petugas perubatan yang bersedia walaupun pada hari cuti."

“Dalam kes ini (di Sungai Rambai) kita akan menilai berdasarkan laporan siasatan,” katanya.

Harian Metro semalam melaporkan seorang ibu muda tidak akan melupakan peristiwa hitam yang dialami apabila bayinya berusia tiga bulan menghembuskan nafas terakhir apabila diserang sawan selepas usaha mendapatkan bantuan kecemasan daripada seorang pembantu perubatan di sebuah klinik kerajaan tidak dilayan pada Sabtu lalu.

Ibu bapa bayi berkenaan, Muhammad Suhaimi Rahim, 17, dan Nurul Ainshah Md Shah, 19, dari Sungai Rambai mendakwa anak mereka Siti Fairus meninggal dunia sejam selepas gagal mendapat bantuan terbabit.

Lepas aku baca harian metro ni... gerampun ada... akupun ada anak daaa.. kau bayangkan muka budak umur 3 bulan menahan sakit. Mungkin pembantu perubatan tu ada alasan sendiri dan aku memang nak dengar sangat apa alasan (hasil siasatan) dia.. kalau setakat alasan penat atau gabra... pundek betul la.. Nyawa seorang bayi menahan sakit kau bandingkan dengan penat.. ceiittt.. busuk punya orang. Kesian aku kat ibubapa tersebut.. kalau la kita ditempat mereka apa yang bakal kita buat?????

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Penafian: Segala maklumat yang tercoret ini adalah hasil idea dan maklumat yang diperolehi TIDAK BOLEH digunakan sebagai rujukan utama atau bahan bukti dalam apa jua tindakan.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kemudaratan yang terjadi selepas menggunakan web ini.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab atas segala ulasan yang dibuat oleh pembaca. Oleh itu, semua pengulas dapat mengulas dengan mengikut tatasusila tanpa menyentuh kepentingan agama, bangsa dan politik tanahair.

Segala kisah dan cerita di dalam ini tiada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang mati kecuali kesahihannya disahkan oleh sumber yang boleh dipercayai.

Pihak pengurusan web bersedia membetulkan apa jua fakta yang dirasakan tersilap dengan menghubungi di email miey77@hotmail.com