Sedang beberapa tempat di Semenanjung Malaysia bergelut dengan hujan dan banjir.. Melaka pada 24 - 25 November tiada hujan langsung. Malahan 8pagi 25 November mentari telah terbit terik.
Hujan Untuk Pengantin
"Wah! langit macam nak runtuh je ni angah.. ni mesti anak kau makan cencalok ni.. Tulah anak dara orang kata jangan makan cencalok.. degil!!" Riuh Pak Long kepada adiknya yang sedang bersiap-siap nak laksanakan kenduri kahwin pada hari ini.
"Alahai... abis la aku along.. tolong la aku... macam mana ni?? abis becaklah rumah aku ni nanti..." Resah Mak Long...
"Amik baju pengantin cepatttt!!" jerit busu timah sambil macam nak terbukak butang baju kebaya dia.. Dah macam kesampukan hantu jer aku dengar...
Suara katak semakin menjadi-jadi macam baru lepas telan ubat batuk jer... Kadang-kadang aku dengar katak tu macam gelakkan manusia yang pelbagai ragam takutkan hujan pun ada..
Dengan segera baju si pengantin pun diambil dan diserah kepada busu Timah...
"Bismilllah... sook.. sikki soo sek.. ptuihh" konon2 busu Temah baca pada baju pengantin lagak seperti mak Lampir.
"Nah! baling atas atap" arah Busu Temah..
Tanpa melengah panjang si Kunip capai dan terus baling ke tengah atap rumah. Aku rasa dia bertindak begitu sebab aku dengar dia calon pegang bunga manggar.. Dia takut tak dapat pegang kot kalau hujan..
"Woi!! makan sampau punya budak.. lahabau tul la" Jerit Busu Temah. Aik Kerasukkan ke Orang tua ni...
" Aku tak suruh kau yang baling tapi pengantin la hawau" Tambah Busu Temah kepada si Kunip. Terkebil-kebil Kunip dengan muka yang macam dah tahu confirm dia tak dapat jadi pemegang bunga manggar.
"Dah... dah.. takde masa ni.. gelap betul langit tu... pergi amik pelita cepat" Jerit Alang Jenal plak.. Nampaknya Alang Jenal pun tak nak terlepas peluang menunjukkan kepandaiannya..
Maka berlari anak la Si Poji ke bangsal... "Alang, pelita tak de.. andang boleh tak?"
"Ceitt.. budak ni.. andang buat bakar rumah la badigol" bisik hati kecilku..
"Tak boleh la.. aku nak bakar bawah dapur... Likurpun boleh la" Jerit Alang Jenal lagi.
Maka Pelita Likurpun dibawa dan alang mula membaca ayat yang tak berapa aku dengar kecuali bunyi angin yang keluar gari celah giginya yang jarang tu...
"Nah bakar pelita likur ni bawah dapur kamu Angah" Kata Alang yang terkembang hidungnya sebab merasakan dapat menyelesaikan masalah...
10 minit kemudian datang semula angah...
" Dah aku dah bakar dah... tapi kenapa macam makin berat je langit tu..." Kata Angah.
"Tak pe.. kejap lagi oklah tu..." Keyakinan Alang membuak sambil menjeling sinis kepada Busu Temah.
Si Kunip berkira-kira sama ada dapat tak pengang bunga manggar hari ni..
"errr.. tapikan alang... aku nak tanya sikit kat kamu" Kata Angah
"Ye.. Apa dia?" Kata Alang.
"Nanti kamu ganti ye dapur yang aku bakar tu" Kata angah tu buat alang rasa bukan langit sahaja gelap tapi dunia nipun gelap bersama-sama hujan yang menderu selebat-lebatnya...
Si Kunip turut mengalirkan air mata kerana confirm dia tak bawa bunga manggar tu..
Angah juga seakan kena sawan babi bila hujan melokuskan badan dia....
Akupun terkebil-kebil kerana aku cuba imbas balik Alang suruh bakar pelita bawah dapur atau bakar dapur?
Keriuhan orang juga berlaku selang seli dengan keriuhan katak.. Kadang-kadang tak dapat dipastikan tu suara katak ke suara manusia.
Disebalik kekecohan tu.. tiba-tiba tersenyum sepasang manusia dari celah tingkap... Sepasang pengantin yang baru nak salin baju.. terpaksalah ditangguhkan dan terjalanlah adegan pemanas badan ketika kesejukan.
Semuanya dari Allah jua..