Khamis, 31 Mac 2011
Bagaimana Melaka Boleh tewas Di Tangan Portugis
Perubahan Pembangunan Melaka
Isnin, 28 Mac 2011
Pameran Raja Sehari
Pengumuman kepada bakal pengantin dan si suami yang BERANI nak naik pelamin sekali lagi.. pada 31 Mac - 3 April ni.. ada pameran Bakal Raja Sehari bertempat di Melaka Mall.
Terdapat jugak pertandingan Andaman yang menawarkan hadiah RM500.00, pertandingan Fotografi, Pertandingan Seni Reka Pelamin, dan pertandingan karaoke. Paling best bila ada persandingan sepasang Raja Sehari pada 3 April 2011.
Jadi selamat pengantin baru ye. Dengar lagu kat bawah ni.. baru mari sikit 'gigil' nak bersanding.. jom layan...
Jumaat, 25 Mac 2011
SunPower Melaka Perlukan Ribuan Pekerja
Terkini!!
AOU Sunpower Sdn Bhd iaitu salah satu perindustrian berasakan tenaga solar memerlukan lebih 2,000 pekerja bagi pelbagai jawatan!!!
1) Operator - L - 1,000 kekosongan
2) Techinichian - L - 800 kekosongan
3) Process Technician - L - 200 kekosongan
4) Screen Print Technician - L - 20 kekosongan
5) Equipment Engineer - L/P - 30 kekosongan
6) Metal lab Process Technician - L - 30 kekosongan
7) Yield Technician - L - 30 kekosongan
8) Manufacturing Supervisor - L/P - 30 kekosongan
9) Chargeman - L/P - 30 kekosongan
Amacam?? Jom rebut rezeki yang halal ini.. Takpun untuk adik / adik sedara/boiprenn dan sebagainya..
caranya..
Sila ke temuduga di Jabatan tenaga Kerja pada hari SELASA - RABU Jam 9.00 pagi - 4 petang atau di Sunpower pada hari KHAMIS - SABTU Jam 9.00 pagi - 4.00 petang.
Aku tak pasti hingga bila.. tapi boleh tel En. Rizal di talian 06-3308800
untuk ke SUN POWER sila ke alamat berikut:
AOU Sunpower Sdn. Bhd, Melaka World Sollar Valley, 78000 Alor Gajah, Melaka.
Seminar Melaka Maju Negeri Bandar Teknologi Hijau
28 - 29 Mac ni ada Seminar Melaka Maju Negeri Bandar Teknologi Hijau bertempat di MITC Melaka.
Jadi kepada sesiapa yang berminat nak tahu apa itu teknologi hijau ada 21 orang pakar dari dalam dan luar negara (Australia dan Singapore) akan membincangkan perkara ini. Dengan permulaan ini menunjukkan betapa seriusnya Ketua Menteri Melaka mencapai sasaran Melaka sebagai negeri bandar teknologi hijau pada tahun 2020. Yeah.. Melaka boleh!!
Kepada yang suka sangat membangkang terutama tentang dasar Kerajaan Negeri.. apa kata dalamkan ilmu dulu.. lepas ni nak berdebat pun ada la standard sikit.. Nak kritikpun nampaklah macam terpelajar.. Jadi, aku rasa kauorang sebagai rakyat Melaka boleh jugak kot datang bersama.. Walau bagaimanapun, apa-apa hal kita tanya urusetia.
Kepada yang berminat sila hubungi En. Ahmad Basyar atau Farah Zabidi di talian 06-2333333 di UPEN.
Rabu, 16 Mac 2011
Jawatan Kosong Di MICOST 16 Mac 2011
Jadi kepada yang berminat klik iklan di bawah untuk tumbesaran
Selasa, 15 Mac 2011
Kekangan Pembangunan Pulau Besar
Akhir-akhir ini Kerajaan Negeri Melaka giat cuba untuk membangunkan semula pulau tersebut. Pelbagai infrastruktur telah dibina dan dibaiki semula termasuklah Muzium Pulau Besar, Bazaar, Kedai Makan dan Resort.
Namun, yang menjadi kekangan utama membangunkan Pulau ini ialah infrastruktur utama iaitu TENAGA ELEKTRIK. Setakat ini Pulau Besar menggunapakai generator set (besar) untuk menghasilkan tenaga elektrik. Pihak TNB dikatakan tidak mampu menyalurkan tenaga elektrik ke Pulau berkenaan disebabkan kos membina kabel dasar laut memakan belanja RM90juta.
Alternatif lain??
1) Kincir Angin
Satu kajian telahpun dibuat dan hasilnya di Pulau tersebut angin kuat yang bertiup secara purata 3 jam sehari serta tidak mampu menghasilkan 1 megawatt sehari sepertimana yang dikehendaki.
2) Tenaga Solar
Kos bagi membina alat ini ialah RM10juta dan masih tidak mampu menampung tenaga yang diperlukan kerana hanya mampu menghasilkan 2 megawatt je.
Untuk makluman, aktiviti di Pulau ini memerlukan sekurang-kurang 8 megawatt terutama bagi memastikan pembangunan berjalan lancar.
Walau bagaimanapun, aku yakin Kerajaan Negeri tidak akan berputus asa dan tetap mencari jalan terbaik membangunkan Pulau ini.
Konsert Double Trouble in Melaka
Aku masih ingat tahun 1991, kedua-dua kumpulan lagenda ni muncul kat RTM pepagi buta... aku ingat diaorang nak buat konsert ke... alih-alih arwah Tok Mat yang merupakan menteri Penerangan masa tu (al-fatihah untuk beliau) bermesra dengan mereka.. kemudian diberikan gunting.. lalu digunting rambut dua rockers tersebut. Meleleh air mata rockers-rockers Malaya.. kemudian sayup-sayup aku dengar rockers sebelah rumah aku menjerit macam kena santau.. meraung-raung macam kucing cari anaknya yang dah masuk dalam longkang.
Mereka semua kena gam disebabkan dasar RTM pada ketika itu mengharamkan artis lelaki berambut panjang.
Setelah bebas, tahun 1992 diaorang bergabung dan lancarkan album double trouble. Antara lagu menggila ialah Gemuruh, Mabuk 7 Lautan, Seribu Satu Natijah, Gema Di Inderaloka, Cakap Memang Murah, Akhirnya, Nazar, Kau Masih Berdegil, Malam Gelisah dan Ikutkan saja.. Hayati lirik semua macam protes je..
Dulu akupun ada kaset diaorang yang aku dapatkan secara tidak sah. hahaha.. intro album ni best.. layan kat bawah ni..
Selepas 20 tahun double trouble kembali lagi... untuk konsert terakhirnya di Melaka
Difahamkan Lagenda Rockers ni datang Melaka sejak 14 April untuk bertemu peminat. Pada hari itu juga, Search dan Wings akan dibawa ke Mydin MITC Ayer Keroh, Melaka, jam 5 petang.
Pada 15 April pula, mereka akan dirai Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, untuk jamuan makan malam bersama anak-anak yatim di Hotel Permaisuri.
Manakala pada 16 April, iaitu malam kemuncak konsert DT, pengunjung bertuah bakal membawa pulang hadiah istimewa daripada acara cabutan bertuah, yang akan dilakukan sendiri oleh kumpulan rock berkenaan. wow!!
Pada 16 April 2011 itu juga di stadium Hang Jebat, konsert ini berlangsung berkonsepkan amal kebajikan. Tiket berharga RM80 dan RM100 dengan sebahagian daripada kutipan akan disalurkan kepada Badan Kebajikan.
Kepada budak sezaman aku atau lebih tua.. pasti berderau darah dengan dua lagu di bawah ni... rasa darah muda menyerap kembali... walaupun aku takdelah tua sgt.
GEMURUH
IKUTKAN SAJA
Terima kasih.
*semua gambar dan video aku amik kat google dan youtube.. kepada pemilik asal boleh letak kredit masing-masing kat ulasan.. tq.
** Berita lanjut pasal penangguhan
Isnin, 14 Mac 2011
Nak Sewakan Rumahpun Susah.. cesss
semalam 3 daripada ahlinya telahpun diberkas... tahniah dan terima kasih kepada abang-abang polis.. salute to u all..
MELAKA 13 Mac - Polis menumpaskan kumpulan samun yang berpura-pura menyewa kedai dan rumah sebelum menyamun mereka dikenali sebagai 'Geng Ah Nga' dengan tertangkapnya tiga ahlinya di sini, baru-baru ini.
Ketiga-tiga lelaki itu diberkas di Lebuh AMJ menghala ke Melaka pada pukul 12.05 tengah malam 17 Februari lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah memberitahu, kesemua suspek yang ditahan berusia antara 44 tahun hingga 51 tahun.
"Modus operandi kumpulan ini ialah menghubungi pengiklan rumah atau kedai sewa yang disiarkan di akhbar-akhbar dan menunjukkan minat untuk menyewa.
"Namun sebaik sahaja berjumpa dengan mangsa, suspek akan mengikat dan menyamun apa sahaja barang yang ada pada mangsa," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, di sini kelmarin.
Tambahnya, dalam tangkapan itu, polis turut merampas beberapa barang disyaki dicuri dan digunakan untuk kegunaan samun.
Antara yang dirampas ialah sebuah kereta Proton Iswara, sebuah Perodua Kancil, sebilah parang, cota, tali, pita pelekat, empat unit telefon bimbit, tiga utas jam tangan, seutas rantai leher emas dan seutas rantai leher jed hijau.
"Siasatan lanjut juga mendapati, terdapat tiga lagi ahli kumpulan ini yang masih diburu dikenali Yong Ah Kong bernombor kad pengenalan 600206 -05-5349 dan Pak Tiew Liau serta seorang lagi yang masih belum dikenal pasti identitinya.
"Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis berdekatan," katanya.
Tambahnya, dengan tertangkapnya ahli kumpulan itu, pihak polis percaya telah berjaya menyelesaikan 50 kes samun berkawan di sekitar negeri ini, Perak dan Johor.
Dalam kes berasingan, Raja Shahrom berkata, polis berjaya menyelesaikan sekurang-kurangnya 15 kes samun dan ragut setelah menumpaskan kumpulan samun dikenali 'Geng Halim' pada 4 Mac lalu.
"Berdasarkan maklumat diperolehi, polis berjaya menahan dua suspek lelaki di sebuah rumah di Bukit Rambai selain turut menahan empat lagi suspek dalam tiga serbuan berasingan untuk membantu siasatan.
"Suspek yang berumur antara 20 tahun dan 30 tahun termasuk ketuanya dikenali sebagai Halim berumur 28 tahun disyaki terlibat dalam kes samun salun, stesen minyak, kedai serbaneka 24 jam dan ragut," katanya.
Menurut beliau, polis juga merampas beberapa barang kes iaitu sebuah motosikal curi, dua unit telefon bimbit, sebilah pisau pemotong daging, sebilah pisau lipat, dua paket serbuk disyaki dadah, 28 gulung wang kertas RM1 dan satu alat pelekat plastik.
Tambahnya, kedua-dua kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan.
sumber: utusan.com.my
Khamis, 10 Mac 2011
Keputusan Malaysia vs Pakistan Pusingan Kedua. Lepas ni???
Namun, apakan daya.. kalau ikut hati memang nak pergi pakistan tengok sendiri...
Keputusan semalam seri tanpa jaringan dan akhirnya Malaysia layak ke pusingan kedua dan bakal bertemu sama ada Arab Saudi, Australia, Syria, Bahrain, China, Jepun, Korea Utara, Korea Selatan, Iraq, Lebanon, Qatar, Uzbekistan atau Vietnam. Undian akan dibuat 30 Mac ini di Rumah AFC, Bukit Jalil.
Perlawanan 19 Jun dan 23 Jun..
tungguuuu..
Isu Kecil Di Sidang Dewan Melaka
Aku dengar citer Persidangan Dewan telahpun habis hari ini.. Memang tak de isu besar.. cuma 1 perkara jer hangat.. iaitu cara Syarikat Air Melaka Berhad menangani aduan pelanggan masih dianggap lemah.
Keadaan ini berlaku disebabkan beberapa minggu lepas Paip Air di salah satu kawasan di Melaka telahpun pecah... dan isu yang timbul ialah
- Tiada makluman cepat kepada para penduduk hingga penduduk tertanya-tanya kenapa tiada air untuk 2-3 hari
- Ada beberapa kawasan yang tidak dimasuki oleh lori air menyebabkan keperluan air terputus
Perkara ini menyebabkan pucuk pimpinan tertinggi Melaka naik hangin... dan akhirnya satu arahan dikeluarkan bahawa SAMB perlu tangani masalah aduan pelanggan dalam tempoh satu hari.
Berdasarkan perkara tersebut, kita berharap SAMB betul-betul dapat perbaiki mutu perkhidmatan.
Sebagai muslim kita maafkan perkara yang lepas dan semoga SAMB dapat menjadi lebih baik..
Rabu, 9 Mac 2011
Persidangan Dewan 1/2011
Tak seperti yang lepas-lepas.. kali ini boleh dikatakan tiada isu untuk diperdebatkan... semua isu-isu bawak gurau.. Cuit sana sikit.. cuit sini sikit.. Yelah kalau serius sangatpun mengantuk jugak.. Tapi secara keseluruhan tiada kekecohan besar.
Itupun ada jugak yang tersengguk-sengguk menahan ngantuk
Esok penggulungan dan seterusnya penutupan Sidang Dewan pertama bagi tahun 2011.
Perlawanan Kedua Malaysia vs Pakistan
Isnin, 7 Mac 2011
N27 Merlimau : Analisa Kedai Kopi
Semua dah tahu BN menang di DUN Merlimau dengan majoriti 3,643 undi di mana BN memperolehi 5,962 undi manakala PAS mendapat 2,319 undi. Jumlah undi rosak pula ialah 132 undi. Peratusan keluar mengundi 78.98% (8,413 pengundi)
Bandingkan dengan keputusan PRU12 (2008) di mana BN memperolehi 4,981 undi berbanding PAS 2,827 undi. Majoriti sebanyak 2,154. Jumlah undi rosak 149 undi. Peratusan keluar mengundi 75.99% (7,957 pengundi).
Dari segi undi yang diperolehi BN meningkat sebanyak 981 undi manakala undi PAS berkurang sebanyak 508 undi. Pengundi yang keluar pula meningkat sebanyak 456 pengundi.
Kalau ikut congak mudah alah-alah tahap Tadika Mesra Upin dan Ipin.. tambahan 456 pengundi yang keluar telahpun menyokong BN dan 508 pengundi PAS pada PRU12 lalu turut beralih arah memilih BN.. menjadikan jumlah undi tambahan 964. BN dapat 981.. lagi 17 undi, BN perolehi daripada undi rosak yang berkurangan bagi PRK ini.
Bagi pandangan peribadi aku.. rakyat mula beralih semula kepada Barisan Nasional walaupun aku difahamkan ada dikalangan pengundi Cina masih berpihak kepada mengundi PAS.
Walau bagaimanapun, BN di Merlimau tidak harus tidur lena sebab kalau ikut rekod PRU11 majoriti BN adalah sebanyak 5,087 pada 2004. Jadi kena kerja keras maaa...
Kalau kauorang bawak budak kecik.. jangan la lalu kat sini.. buat jahanam pemikiran budak.. balik diaorang plak jerit perkataan tu kat rumah. haru... ingatkan akhlak Islam tersemat di dada penyokong.. rupanya sama dua kali lima jer. Kalau semua penyokong sangat berakhlak.. akhirnya pengundi terpikat jua. Percayalah... Kalau rasa meroyan nak menjeritpun.. jeritlah perkataan elok-elok.. barulah boleh jadi contoh. Kata-kata ini aku tujukan kepada parti yang berlandaskan Islam la.. mudah sikit nak jadi contoh..
eh.. eh.. aku tak kata PAS ye.. sebab parti lain pun banyak jugak orang Islam.. Jadi, kenyataan aku umum.. aku tujukan kepada parti di Sepanyol.
Jumaat, 4 Mac 2011
Gambar Biasa Untuk Orang Luar Biasa
Realitinya gambar ni menunjukkan betapa Ketua Menteri ni sangat mesra rakyat. Dari segi layanan kepada rakyat.. tak de sapa boleh lawan.
Kerana apa???
Kerana beliau jugak lahir dalam keluarga seperti rakyat biasa. Memang tak perlukan lakonan supaya nampak mesra pada rakyat. Bab kerja aku tak fikir ada pemimpin lain dalam Melaka ni layak menandingi beliau. Dalam Melaka ye.. luar Melaka aku tak tahu.. tengoklah pemimpin masing-masing..
Aku doakan beliau terus sehat dan mampu memimpin negeri bertuah ini.. dan aku yakin Melaka terus maju dibawah pentadbirannya.
Selasa, 1 Mac 2011
N27 Merlimau: Lepas Geram Isu Melaka
Aku cuma cari isu-isu yang boleh membangunkan DUN Merlimau.. tak kiralah di kedua-dua belah pihak. Keluarkan manifesto yang dikatakan 'power'.. Bagi aku tak yahlah buruk-burukkan pihak lawan.. Taktik tu zaman tahun 80an. Zaman pengundi tak boleh fikir.
Penduduk Merlimau walaupun ramai berlatar belakang orang kampung tapi mereka sebenarnya mampu berfikir rasional. Kauorang ceritalah sampai berbuih mulut.. kepala diaorang hangguk tapi hati diaorang masih bertapis setiap fakta tu...
Aku faham pembangkang akan ceritakan tentang keburukan Melaka terutama produk-produk Pelancongan di Melaka. Tidak aku nafikan ada produk yang gagal tapi dalam 10 yang dibina, 8 bagus.. takkan seumur hidup nak citer yang tak bagus 2 tu???
Contoh mudah.. bini kauorang baik.. taat.. hari-hari masak nasi.. mesti lauk best giler.. tup-tup sekali tu masak masin sikit.. Takkan yang sekali tu kauorang nak burukkan sampai liang lahat?? yang dia masak best hari-hari tu tak plak kauorang puji!!! Kalau memang itulah tabiat kauorang.. memang sahlah kauorang jenis yang tak tahu bersyukur!
Mungkin bagi yang berkata pembangunan tak perlu.. sangat selesa sepertimana hidup di beberapa negeri lain...yang mungkin milik pembangkang, itu bagi kauorang.. tapi rata-rata aku tanya penduduk Melaka.. mereka sangat senang sebab dapat hidup di negeri yang mempunyai infrastruktur lengkap. Jalan raya yang luas.. kemudahan disekeliling.. hidup aman damai.
Aku faham kauorang nak cari isu pembaziran yang berlaku... tapi buatlah kaji selidik betul-betul. Ini dalam satu video di Youtube mengatakan Menara Taming Sari rugi. Waklu Sepaku.. kalau cuti sekolah beratur orang nak naik benda tu.. Orang Kelantanpun dah beribu-ribu orang naik benda tu. Orang KL lagi la ramai.. Orang Singaporepun boleh tahan.
Yang kedua isu Sekolah Harapan.. membazir?? membazir kejadahnya?? banyak kali aku bagitau.. Sekolah Harapan bukan untuk sekolah mempelajari cara-cara bersetubuh. Hah!! kan aku dah hangin!. Dia untuk budak-budak bangang yang dahpun bersetubuh. Lepas tu tak tau nak pergi mana dan 70% merasakan bayi dalam kandungan harus DIBUNUH!. Sekolah Harapan datang..
"meh.. meh nak.. tak yah bunuh.. kami akan bantu anak... dan kami ingin anak bertaubat serta kembali ke jalanNYA. Sesungguhnya Allah Maha pengampun".
Itu je hawau!! Duit yang bantu budak-budak ni.. kauorang suruh buat kempen cegah maksiat?? Kepala bana! Kalau sekadar kempen dah berjaya.. aku yakin generasi malaysia tak kenal dah apa itu ROKOK!. Cuba buktikan kat kerajaan kauorang bahawa dengan kempen je, zina berjaya jadi sifar. Baru boleh ngata orang. Kalau ikutkan jumlah pelajar di rumah harapan tu.. ada beberapa orang datangnya daripada beberapa negeri di Malaysia termasuk negeri serambi Mekah. Tapi Tok Ali tak sampai hati nak halau suh ngadu kat rumah Menteri Besar kauorang atau Menteri Besar lain. Terima jugak budak-budak tu... sebab fikirkan objektif nak selamatkan bayi dalam kandungan tu daripada dibuang dan terbunuh begitu saja. Duit makan minum ada Kerajaan Negeri Melaka mintak kat Menteri Besar lain????? semua tu rakyat Melaka tanggung!! Semoga Allah balas kebaikan duit rakyat Melaka yang disalurkan tersebut.
Dahlah.. letih aku layan orang tak guna akal ni.. errr.. tapi aku tahu kauorang memang ada akal.. itu sebab ligat cari apa salah orang.
wey.. cari salah orang lagi mudah daripada buat kebaikan... dan budak tadikapun pandai cari salah orang.. so, nak jadi pemimpin mesti bijak buat kebaikan.
Setakat ni aku masih lagi respek dan salute kepada Ketua Menteri Melaka dengan bantuan Kerajaan Persekutuan.. sebab walaupun tanah sangat kecik Melaka terus membangun hingga lebih popular daripada beberapa negeri di semenanjung ni di peringkat antarabangsa. Ini fakta. Inilah bukti kebijaksanaan..
Segala kelemahan tu.. tegurlah.. juga dengan bijaksana... bukan level budak tadika.
Bagi yang terasa kenyataan aku di atas aku mohon maaf.. aku bukan kata kau.. aku kata diaorang... (budak bernama diaorang tu tak duduk Malaysia tapi duduk negara Adi Ababas sana)
Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kemudaratan yang terjadi selepas menggunakan web ini.
Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab atas segala ulasan yang dibuat oleh pembaca. Oleh itu, semua pengulas dapat mengulas dengan mengikut tatasusila tanpa menyentuh kepentingan agama, bangsa dan politik tanahair.
Segala kisah dan cerita di dalam ini tiada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang mati kecuali kesahihannya disahkan oleh sumber yang boleh dipercayai.
Pihak pengurusan web bersedia membetulkan apa jua fakta yang dirasakan tersilap dengan menghubungi di email miey77@hotmail.com