Isnin, 14 November 2011

Melaka Air Mulakan Operasi

Melaka Air yang pernah dikhabaukan sebelum ini telahpun mula beroperasi pada 11.11.11 dengan penerbangan terus Melaka - Medan.

Dengan menggunakan perkhidmatan Fire Fly (ATR 72-500) akan ada penerbangan ke Medan dua kali seminggu iaitu Jumaat dan Isnin.


Sebelum ini penerbangan ke Medan daripada KLIAN atau LCCT terpaksa mengambil masa agak lama. Namun daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) masa dapat dipendekkan ke 40 minit dan terus ke Medan.

Lepas 21 November nanti terdapat juga penerbangan Melaka - Subang dengan kadar RM60.00 sehala.

Fasa kedua 2012 operasi akan dikembangkan lagi ke destinasi terus ke Pulau Pinang, Batam dan Palembang.

Tak mustahil ianya dapat dikembangkan lagi ke Phuket, Singapura dan Kota Baharu pada masa akan datang.

Untuk sebarang jadual penerbangan atau tempahan sila layari www.fireflyz.com atau hubungi Putri Holiday 06-2820576

6 comments:

Unknown berkata...

senang dah dekat. tak payah g lcct dah pasni

julierosarina berkata...

wah best ni...bila air asia nak masuk plak,lagi best kalau naik airbus nih. p bandung ada tak? xyah bazir minyak p klia pasni...

apek berkata...

rasanya Air Asia dan Mas fikir tak ramai kot guna flight kat Melaka ni. Meh kita sama-sama buktikan pd Air Asia dan Mas bhw LTAM blh buat untung kpd mereka..

Unknown berkata...

org tak guna flight pun ramai je dtg melaka. ni dh ada lagi la ramai.

amigosa17 berkata...

mkz-malacca international airport

http://www.skyscrapercity.com/showthread.php?t=825332&page=23

Uzeri berkata...

actually kalau tak ramai buat le flight singgah2... mcm dari klia ke melaka lepas tu ke Senai.... jadi tak de le kapal terbang tu kosong...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Penafian: Segala maklumat yang tercoret ini adalah hasil idea dan maklumat yang diperolehi TIDAK BOLEH digunakan sebagai rujukan utama atau bahan bukti dalam apa jua tindakan.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kemudaratan yang terjadi selepas menggunakan web ini.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab atas segala ulasan yang dibuat oleh pembaca. Oleh itu, semua pengulas dapat mengulas dengan mengikut tatasusila tanpa menyentuh kepentingan agama, bangsa dan politik tanahair.

Segala kisah dan cerita di dalam ini tiada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang mati kecuali kesahihannya disahkan oleh sumber yang boleh dipercayai.

Pihak pengurusan web bersedia membetulkan apa jua fakta yang dirasakan tersilap dengan menghubungi di email miey77@hotmail.com