Selamat menempuh alam persekolahan terutamanya bagi Tadika atau Tahun satu. Sekarang ni ibu bapa plak lebih excited daripada anak-anak.
Terimbas plak zaman aku mula-mula masuk Tadika ketika tahun 80an. zhiingggg zass (time machine).
Aku ingat lagi aku kena tadika KEMAS kat kampong aku tapi oleh kerana rumah Wan (nenek) aku dekat dengan sekolah tu, maka malam pertama alam persekolahan aku kena tidor umah Wan sebab mak aku tak larat nak hantar. Ini semua adik aku punya pasal… Tak pasal-pasal sebahagian hidup kecil aku ada bersama arwah wan. Itu sebab selalu kena sekel dengan aku dan lepas tu mak aku plak libas aku…
Sambung citer aku.. malam yang damai tu aku tidur umah wan yang sememangnya Aki aku dah meninggal dunia. Jadi, keesokan pagi aku dipimpin mesra oleh Wan ke tadika yang kira-kira 300 meter daripada rumahnya. Sampai di Tadika, aku tengok budak-budak ni macam kena hysteria, yang meraung-meraung, yang berpaut kat kain makpun ada.. sampai terkial-kial mak diaorang pegang kain takut terlondeh.. itu belum aksi anak berlari bersama bapa keliling gelongsor. Lepas aku tengok cikgu aku bersama pembantu.. hati aku menjadi kecil.. dan semakin kecil.. akhirnya akupun rasa tak nak tinggal di tadika tu. Kauorang tak caya tengok gambar cikgu aku kat bawah. Betul kan?? takut kan?? tak macam Maya Karin dan Lisa Surihani pun?. Itu sebab semua nangis…
Then, sudut hujung ada budak nama Salleh (ini nama sebenar) panggil aku yang sedang menggeleng-geleng pada Wan aku sambil berkata “tak mo cikgu ni.. tak mo.. nak cikgu Maya Karin dengan Rozita Che Wan”.
Wan aku terus memujuk dan akhirnya aku terleka dengan jam burung hantu. Aku main dengan asyik. Tiba-tiba, aku toleh Wan aku dah hilang??? eh! mana plak orang tua ni?? Kalau kat Supemarket boleh la aku buat announcement. Oleh kerana aku tiada lagi pelindung, maka aku terus kepada Salleh, main buaian dengan dia sambil ditemani seorang budak perempuan yang sangat putih bernama Emily Yanti (ini juga nama sebenar). Aku rasa semua budak lelaki tertumpu pada budak ni. sebab semua sangka dia anak mat saleh. Yelah namapun Emily beb. Aku tengok budak perempuan lain, Rozana la, Khadijah la, Zarina la, Wati la, Fatimah la…
Sampai masa, semua kena beratur… pergi amik satu cawan plastik warna merah bertangkai + sepiring dua ketul donat. Dah sudah makan lari lagi… sampai masa balik, aku tengok Mak aku plak muncul.. Wah macam tak caya.. rupanya Mak akupun rindu kat aku..
Aku paling ingat aku sekolah sampai bulan 6 jer.. Kesnya, satu hari cikgu buat rombongan ke Kota A-Famosa, Bandar Hilir. Aku cakap dengan mak aku, dia kata takde duit. Isnin tu semua orang pergi sekolah untuk menghadiri rombongan kecuali aku. So, aku tak pergi la sekolah… Cikgu kata Isnin jer.. tapi aku terlajak sampai habis persekolahan. Nasib baik darjah satu dan dua aku jenis boleh cepat belajar dan membaca... Kalau tak mesti darjah 4 kena masuk kelas pemulihan.
Itulah pengalaman persekolahan aku yang pertama.
0 comments:
Catat Ulasan