Isnin, 8 Ogos 2011

Peristiwa Berbuka Zaman Pelajar

pehh.. lama giler aku tak menulis.. nampaknya kesan kekalahan Harimau Malaya masih terasa.

Ok.. lupa jap pasal Harimau Malaya.

Hari ni dah hari ke lapan Ramadhan... ramai yang dah boleh menyesuaikan diri.. dan bagi yang duk dgn ibu bapa atau berkeluarga.. Sahur dan berbuka bukanlah saat yang memeningkan kepala terutama bagi lelaki.

Bila sahur td, teringat aku semasa di salah satu IPTA di utara Malaysia. Kita orang bersahur mengikut kaedah masih-masing.. ada sekumpulan yang tapau hingga ke sahur.. ada yang keluar jam 3 @ 4 pagi untuk sahur, ada yang mempunyai 30 pack maggie sebagai stok sahur dan tak terkecuali yang bersahur secara jemaah dengan menjadikan rice cooker sebagai dapur utama.

Aku tercampak dalam golongan yang berbuka dan bersahur secara jemaah. Kebetulan aku memang bercampur dengan geng-geng Kelantan seramai 12 orang kot.. aku sorang je budak Melaka. Sejak semester 1 sampai habis.. kiranya setakat aku dengar wayang kulit tu boleh faham la.. dan ada dikalangan budak kolej mati-mati tak percaya aku budak Melaka... mana taknya siap boleh join pertandingan Dikir Barat intercollege... boleh main bola sepak Liga K (Kelantan).. walaupun aku sebagai simpanan utama.. yang tak pernah masuk main.. hahaha.. cuma time gaduh je aku keluar.. tapi keluar dari kawasan padang.. maleh aku nak layan kalau budak Kelantan ni bergocoh.

Berbalik ketika berbuka.. ada peristiwa aku tak dapat lupakan antaranya..

Satu hari aku n geng n makanan terhidang menunggu suara azan maghrib... nafsu makan memang dah sampai hujung jambul je semua geng-geng aku.. nasi putih panas semua dah isi dalam pinggang plastik biru masing-masing... bagi budak Kelantan budu semua dah stanby.. maaf aku tak makan budu walaupun sebulu dengan diaorang. Air dah ditangan kanan.. tunggu laungan "Allahhu.." je.. gerenti abis dua jag air ni..

"huk aloh.. lambat lagi la wey.. kawe nak gi kencing mentar" kata abe li..

selang seminat abe li pergi.. terdengar suara Azan yang nyaring... apa lagi.. nafsu masing-masing dah macam kucing nampak ikan siakap goreng.. terus melahap.. Dalam hati masing-masing.. "nasib ko la abe li"..

tiba-tiba azan berhenti setengah jalan.. abe li masuk semula ke bilik kitaorang..

"huk aloh.. gilo menate ni semuo.. tu suara nuar azan depe bilik dio"..

hah?? tersedak beberapa orang...

selang seminit dua.. barulah dengar satu lagi azan iaitu azan sebenar...

"Cilako si nuar ni.. " bisik hatiku sambil meneruskan makan.




3 comments:

PertMuffin berkata...

teringat peristiwa berbuka pose dengan seketul sugus dan sebotol air mineral masa zaman studi kat utm dulu. masa tu betul2 tengah papa kedana sbb duit abih beli buku pastu loan tak masuk lagi, plus mesin atm rosak tak dapat nak kluar duit. nak pinjam kawan segan yaaakmat.. nak keluar bandar takde duit & transport . sepbaik la sahur member berhati mulia belanja makan. kalo tak berguling2 lapar (T_T)

terpatrisinarabadi berkata...

wo a loh...
kelaka sungguh citer mu ni...

apek berkata...

^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Penafian: Segala maklumat yang tercoret ini adalah hasil idea dan maklumat yang diperolehi TIDAK BOLEH digunakan sebagai rujukan utama atau bahan bukti dalam apa jua tindakan.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kemudaratan yang terjadi selepas menggunakan web ini.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab atas segala ulasan yang dibuat oleh pembaca. Oleh itu, semua pengulas dapat mengulas dengan mengikut tatasusila tanpa menyentuh kepentingan agama, bangsa dan politik tanahair.

Segala kisah dan cerita di dalam ini tiada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang mati kecuali kesahihannya disahkan oleh sumber yang boleh dipercayai.

Pihak pengurusan web bersedia membetulkan apa jua fakta yang dirasakan tersilap dengan menghubungi di email miey77@hotmail.com