Teringat pada arwah Tok Wan (nenek) aku. Dulu masa kecil kadang-kadang aku ditinggalkan oleh Mak aku kat rumah dia…
Satu hari Tok Wan aku keluarkan pasu besar.. dengan pulut yang telah direbus bersama kepingan-kepingan putih alah-alah biskut merri (Lepas besar baru aku tahu itu ragi).
Sedang Tok Wan aku mengaul-gaul pulut bersama biskut merri. Akupun bertanya soalan mudah..
“Wan, wan buat apa?” Tanya aku..
Tok Wan aku hanya tersenyum.
“aikkk!!” apsal tak jawab?” getus hatiku.
“Wan, sikit biskut ni” sambil jariku menunjuk ke aras kepingan ragi.
Tok Wan aku tersenyum lagi..
“Wah.. lain macam jer wan aku ni..” bisik hatiku sambil teringat cerita Pontianak Gua Musang yang aku tengok minggu lepas.
Aku perhati betul-betul.. takde plak taring menjongkau keluar.
“Wan.. oo wan.. kenapa tak cakap?” pertanyaan aku mula memberat dan kening aku dah hampir-hampir bercantum kerana mengerutkan dahi.
Tiba-tiba Tok Wan aku tersenyum sambil mengenyit mata.
“Ah, sah wan aku kena sampuk Pontianak Gua Musang. Takpun si Toyol Bachok”
Aku terus ke hadapan peti television. Puas aku fakir macam mana nak lari dari rumah Tok Wan aku ni…
"Takkanlah dia nak hisap darah aku?? Aku kecik lagi. Darah aku bukan banyakpun.. dapatlah secawan jer kot. Pergilah hisap darah Tok Mat Boyot tu.. Dia gemuk. Darah mesti penuh sebesen. Bukan setakat minum, mandi pun boleh.” Olahan hati aku.
Sedang aku melayan persoalan Tok Wan aku datang.
“Hah!! Buat apa tu??” Suara Wan aku menerjah ke telinga hingga hampir membuatkan aku berpurak-purak pengsan.
Dia terus duduk sebelah aku dan bagi tau..
“Tadi wan buat tapai. Kalau buat tapai tak boleh cakap. Tak boleh muka masam… Mesti senyum jer. Kalau tak tapai masam” Terang Tok Wan aku.
“OOOOOooo.. patutlah.” Lega hatiku walaupun aku masih tak puas.. kenapa Tok Wan tak gunakan bahasa isyarat.
“Lagi satu tak boleh buat masa ‘datang bulan’.. nanti merah.” Sambung Tok Wan aku lagi.
“OOOOooooo.”jawab aku sambil melihat dari jendela,
“patutlah hari ini gelap jer.. bulan tak datang rupanya” getus hatiku lagi.
Itu semua kisah 25 tahun dulu.. Nostalgia bersama Arwah Wan aku.. Ntah betul atau tidak petua-petua tu.. akupun tak kaji.
Semasa aku di Universiti beliau menghembuskan nafasnya. Aku sentiasa berdoa agar Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau.
Tamat imbasan aku.. Imbasan setelah aku layan tapai di hadapan aku ni…
Tapai memang sinonim dengan makanan tradisional masyarakat Melayu. Selalunya kat Melaka semasa Kerja Kahwin..
Itu dulu.. tapi hari ini di Melaka telahpun dikomersialkan.
Salah satunya ialah Tapai Pulut Sarimah.
Mengikut pemiliknya beliau memulakan perniagaan tapai pada tahun 1998 dengan modal RM20 sahaja!!. Dia buat lebihkurang 100 bungkus dan letakkan di kedai-kedai makan. Hari demi hari.. setelah hampir 13 tahun, kini beliau memasarkan 50,000 hingga lebih daripada 100,000 bungkus sebulan. Kauorang kalikan dengan harga RM0.60 sebungkus. Sekurang-kurangnya beliau memperolehi lebih RM30,000 sebulan.
Aku bangga she.. bumiputera Berjaya macam ni… Tadi aku perkena plak Tapai Aiskrim kat tempat dia… Mengigil satu badan bila masam + manis + vanilla + sejuk.
Untuk buat tempahan tapai yang terkenal di Melaka, KL dan Singapura ini boleh hubungi pengusaha di talian 06-3853041 atau 016-31536130