Rabu, 4 Ogos 2010

Kadar Zakat Fitrah Negeri Melaka 2010

Majlis Fatwa Negeri telah menetapkan Kadar Zakat Fitrah bagi Negeri Melaka RM6.50 bagi tahun 2010. Kadar ini meningkat sebanyak RM0.20sen berbanding RM6.30 tahun 2009. Peningkatan ini bersesuaian dengan harga beras serta pendapatan individu.

Alah dengan RM6.50 tu aku harap takdelah orang Islam merungut. Malu weii.. Jauh lebih murah daripada harga rokok sekotak. Keluarkanlah kewajipan itu dengan ikhlas.

Kalau nak tahu citer disebalik zakat fitrah meh aku paparkan daripada petikan lama tabung-baitulmal-sarawak.org.my

Zakat Fitrah juga dikenali sebagai Zakat Peribadi atau tubuh badan yang wajib dikeluarkan oleh setiap orang Islam yang mempunyai cukup syarat-syaratnya pada bulan Ramadan. Antara dalil yang mewajibkan Zakat Fitrah ialah hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:”Rasulullah s.a.w. telah mewajibkan zakat fitrah segantang kurma atau segantang syair ke atas hamba, orang merdeka, lelaki, perempuan kecil, besar dari kaum muslimin dan disuruh mengeluarkannya sebelum orang keluar untuk sembahyang hari raya.”[Hadis riwayat al-Bukhari]

Dan sabda baginda lagi (maksudnya):
”Ketahuilah sesungguhnya Zakat Fitrah itu wajib ke atas semua orang Islam lelaki dan perempuan, hamba atau merdeka, kecil atau besar. Dua cupak gandum atau segantang makanan yang selain daripadanya.”[HR.al-Tirmizi]

Zakat Fitrah telah difardukan pada tahun kedua Hijrah,iaitu pada tahun yang sama Ibadah Puasa sepanjang bulan Ramadan difardukan. Dalam sebuah hadis,Ibnu Abbas menyebut:”Rasulullah s.a.w. telah memfardukan Zakat Fitrah sebagai penyucian terhadap orang yang berpuasa daripada perkara buruk dan tidak berfaedah dan sebagai bantuan kepada Fakir Miskin.

Maka sesiapa yang menunaikannya sebelum sembahyang(hari raya), ia adalah zakat yang diterima. Dan sesiapa yang menunaikannya selepas sembahyang ia adalah sedekah biasa.”[HR.Ibnu Majah]

Dalam Mazhab Syafi’e, Zakat Fitrah boleh ditunaikan sejak dari awal Ramadan sehingga hari akhir bulan Ramadan al Mubarak.

Ia diwajibkan bagi membersihkan orang yang berpuasa daripada perkara yang tidak berfaedah dan juga untuk diagihkan kepada Asnaf Fakir dan Miskin supaya mereka tidak menghadapi masalah mencari keperluan dan tidak meminta daripada orang lain pada hari raya(Aidilfitri).

Ibnu Abbas berkata(maksudnya):
”Rasulullah s.a.w. telah mewajibkan Zakat Fitrah bagi tujuan untuk menyucikan orang yang yang berpuasa daripada perkara buruk yang tidak berfaedah dan sebagai bantuan kepada Fakir Miskin.”[Hadis Riwayat Abu Daud]

SYARAT-SYARAT WAJIB ZAKAT FITRAH

Islam. Orang bukan Islam tidak diwajibkan Zakat Fitrah.

Orang yang yang mempunyai harta daripada perbelanjaannya(keperluan makanan) untuk dirinya dan juga orang di bawah tanggungannya pada siang Hari Raya(Aidil Fitri) dan malamnya.

Orang yang masih hidup sewaktu terbenam matahari penghabisan bulan Ramadan, maka yang orang mati sebelum terbenam matahari penghabisan bulan Ramadan, tidak wajib Zakat Fitrah ke atasnya. Demikian juga seorang bayi yang lahir sesudah terbenam matahari(selepas Maghrib)pada penghabisan bulan Ramadan tidak wajib Zakat Fitrah ke atas bayi tersebut.

Keterangan:
Sekiranya seseorang itu tidak mampu membayar Zakat Fitrah bagi orang yang dibawah tanggungannya,maka dia perlu mengutamakan Fitrah bagi dirinya terlebih dahulu, kemudian barulah mereka yang berada dalam tanggungannya. Iaitu mengikut turutan senarai keutamaan nafkah;isteri,anak yang masih kecil,bapa,emak dan seterusnya anak yang sudah besar, seandainya mereka itu tidak berkemampuan.

Dasar ini secara umumnya termasuk di bawah arahan Rasulullah s.a.w. dalam sebuah hadis(maksudnya):”Mulakanlah dengan diri kamu sendiri...” [HR.Muslim]

2 comments:

diraja22 berkata...

sama2 lah menunaikan zakat..
agar membantu golongan yg memerlukan..

apek berkata...

sokong diraja22.. blog ko pun sangat menarik. Lain dari yang lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Penafian: Segala maklumat yang tercoret ini adalah hasil idea dan maklumat yang diperolehi TIDAK BOLEH digunakan sebagai rujukan utama atau bahan bukti dalam apa jua tindakan.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kemudaratan yang terjadi selepas menggunakan web ini.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab atas segala ulasan yang dibuat oleh pembaca. Oleh itu, semua pengulas dapat mengulas dengan mengikut tatasusila tanpa menyentuh kepentingan agama, bangsa dan politik tanahair.

Segala kisah dan cerita di dalam ini tiada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang mati kecuali kesahihannya disahkan oleh sumber yang boleh dipercayai.

Pihak pengurusan web bersedia membetulkan apa jua fakta yang dirasakan tersilap dengan menghubungi di email miey77@hotmail.com