Rabu, 4 Mei 2011

Pesanan Kepada Pengunjung Hotel Melaka

Kepada pelancong atau orang ramai yang datang menginap atau berkurus di Hotel Melaka. Ini aku nak pesan.

Di akhir-akhir ini, terdapat beberapa kecurian kenderaan di beberapa hotel di Melaka.

Kes yang sampai di telinga aku.. satu kes di Ayer Keroh dan satu kes lagi di sempadan Ayer Keroh.

Ini bukan salah sesiapa, salah diri sendiri jugak. Jangan ingat bila parking kat hotel semuanya selamat sejahtera. Boleh tidur bergolek dalam hotel. Tambahan pula, hotel yang tiada berpagar..

Ingatan aku.. sila berhati-hati dengan meningkatkan keselamatan ke atas kenderaan masing-masing. Maksud aku silalah kunci stereng dengan kunci tambahan. Biarlah buang masa 5 minit daripada buang masa pakcik-pakcik Polis untuk amik laporan kauorang.

Tapi kalau dah ditakdirkan kereta tu hilang jugak selepas dikunci, siapalah kita nak lawan takdirNYA.

Aku teringat kisah zaman Rasulullah s.a.w. yang mengheret Baginda menasihatkan bahawa agar mengikat kuda terlebih dahulu barulah serahkan kepada Allah menjaganya.


2 comments:

My name is N berkata...

kalo dah lock sampai 3.tapi hilang jugak nak buat mcm ne?

apek berkata...

Itulah nama rezeki nak dapat kereta atau motor baru dinda.

Anyway aku ingatkan jer.. ada jugak orang yang terlupa kunci kereta siap tertinggal kunci kereta kat tempat kunci tu sehari suntuk.. masih tak hilang..

itu je

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Penafian: Segala maklumat yang tercoret ini adalah hasil idea dan maklumat yang diperolehi TIDAK BOLEH digunakan sebagai rujukan utama atau bahan bukti dalam apa jua tindakan.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kemudaratan yang terjadi selepas menggunakan web ini.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab atas segala ulasan yang dibuat oleh pembaca. Oleh itu, semua pengulas dapat mengulas dengan mengikut tatasusila tanpa menyentuh kepentingan agama, bangsa dan politik tanahair.

Segala kisah dan cerita di dalam ini tiada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang mati kecuali kesahihannya disahkan oleh sumber yang boleh dipercayai.

Pihak pengurusan web bersedia membetulkan apa jua fakta yang dirasakan tersilap dengan menghubungi di email miey77@hotmail.com