Jumaat, 6 Mei 2011

Undang-undang Nak Buat Renovation Rumah Di Melaka

Ni aku nak citer based on pengetahuan asas aku nak buat penambahan atau renovation rumah terutama Taman Perumahan di Negeri Melaka.

1) Sila pastikan cukai pintu bagi tahun semasa atau tertunggak dibayar.

2) Sila pastikan Penama di cukai pintu adalah nama anda. Jika tidak sila isi borang I. Sediakan duit RM30

3) Cari pelukis pelan. Paling bijak kalau dapat pelukis pelan daripada Bahagian Kawalan Bangunan di Majlis Perbandaran sendiri... sebab dia lebih faham prosuder.

4) Untuk makluman.. ikut kata orang.. kalau setakat rumah kauorang single-storey bayarannya RM600 - RM700. Kalau Semi-D boleh pergi RM800 - RM1,000. Mungkin lebih daripada itu kalau saiz renovation lagi banyak dan rumit. Kalau dengan pelukis di Majlis, bolehlah dia uruskan sekali untuk penghantaran. Bayaran proses dan sebagainaya dikatakan dah termasuk dalam tu. (Ingat!!! pastikan pelukis pelan anda membantu anda diluar waktu kerja dan tidak gunakan kertas pejabat sebab salah dari segi peraturan perkhidmatan)

5) Siap pelan dilukis.. tandatangan... lepas tu arkitek tandatangan.. lepas tu submit.

6) Tunggu lulus.. lepas tu boleh naik bangunan. Setahu aku kalau di MBMB sehari siap proses.. PBT lain aku tak pasti.

7 comments:

PertMuffin berkata...

salam, nak tanya... cemana nak buat kalo kita dah buat renovation sebelum dapat kelulusan? kena denda ke?

terpatrisinarabadi berkata...

salam, nak tanya gak, kalau nama kat cukai tu tetuan wawasan bole ke tukar nama kita, tapi payment rumah bulan2 still masih byr lagi kat bank...

apek berkata...

Pert, kalau dh buat tu apa nk kata. Kalau ada org report atau penguasa minta kelulusan takdak, denda RM350 + hntr plan semula. Sp hrp xde yg dajalkan ko

Kasih, jawapannya blh. Pg majlis bgtau nk tukar nama kat cukai pintu. Bw sekali salinan sale n purchase aggrement n latest resit cukai pintu.

terpatrisinarabadi berkata...

boleh rupenyer....tq pek, nanti bila2 cuti boleh gi buat..

apek berkata...

ok. jgn lupa RM30.
Tapi kalau ko tunggu masa cuti umum... mana boleh?
sah-sah diaorangpun cuti..

Unknown berkata...

salam syarikat kami ada membuat ubah suai rumah dan bina rumah banglo atas tapak sendiri..boleh klik blog sy jika berminat renovationrumah melaka.blogspot.com

Merpati Putih berkata...

Tukar nama Di MBMB. Bayaran rm30 utk tukar nama.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Penafian: Segala maklumat yang tercoret ini adalah hasil idea dan maklumat yang diperolehi TIDAK BOLEH digunakan sebagai rujukan utama atau bahan bukti dalam apa jua tindakan.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kemudaratan yang terjadi selepas menggunakan web ini.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab atas segala ulasan yang dibuat oleh pembaca. Oleh itu, semua pengulas dapat mengulas dengan mengikut tatasusila tanpa menyentuh kepentingan agama, bangsa dan politik tanahair.

Segala kisah dan cerita di dalam ini tiada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang mati kecuali kesahihannya disahkan oleh sumber yang boleh dipercayai.

Pihak pengurusan web bersedia membetulkan apa jua fakta yang dirasakan tersilap dengan menghubungi di email miey77@hotmail.com