Ntah berapa puluh atau ratus atau ribu atau juta kapal pedagang dan tentera yang tenggelam di perairan Melaka. Itu tak masuk lagi sampan, kolek, rakit yang bocor atau dilanda ombak.
Namun, sukatan pelajaran kita fokus terus kepada kapal-kapal pedagang dan tentera. Kalau ikut cakap-cakap orang terdapat sekurang-kurangnya 13 bangkai kapal Belanda meliputi jenis dagang dan perang berkubur di situ.
Antaranya, adalah kapal Middleburg yang dilaporkan tenggelam pada 16 Ogos 1606, Wieringen pada 2 Jun 1636; Franeker (pada 18 Januari 1642), Bambeek (pada 12 Januari 1702) dan Overduin (pada 27 Jun 1884). Black Pearl (28 Julai 1888) errrrr.. agak-agak kauorang percaya tak??
Semua kapal lama ini dilaporkan berada di dasar Selat Melaka berhampiran Tanjung Tuan (Port Dickson), Tanjung Kling, Tanjung Pinang dan Permatang Rumput.
Selain kapal ini, ada juga dilaporkan sekurang-kurangnya enam kapal Portugis turut tenggelam di sepanjang perairan Melaka ini. Ini tidak termasuk 12 bangkai kapal yang berjaya ditemui di perairan Tanjung Tuan oleh sebuah syarikat, Serena Zone Sdn Bhd.
Itu belum lagi Kapal pedagang China, Syarikat Hindia Timur Inggeris, Majapahit, Srivaja, Palembang, dan Temasik. Silap gaya kapal Parameswarapun ada.. Mana tahu.. dia parking.. lepas tu ombak menenggelamkannya.
Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM), agensi kerajaan Melaka yang dipertanggungjawabkan mengurus muzium dan berkaitan harta karun, pada awalnya dilaporkan sudah mengadakan usaha peringkat awal bagi mengenal pasti lokasi tepat semua kapal terbabit.
Bagaimanapun menurut pengurus besarnya, pihaknya menghentikan operasi berkenaan selepas kira-kira seminggu berbuat demikian kerana usaha itu diambil alih oleh Jabatan Warisan Negara.Namun jabatan terbabit juga sehingga kini masih belum memberi sebarang kenyataan mengenai perkara itu.
Pada 2004, sejumlah tembikar dipercayai berusia lebih 200 tahun ditemui kira-kira dua batu nautika di perairan Limbongan, tidak jauh dari pusat Bandaraya Melaka Bersejarah.
Tembikar itu dipercayai adalah dari kapal yang tenggelam di dasar Selat Melaka. Artifak ini berupa produk keluaran China dan Vietnam berjaya dikesan oleh sepasukan penyelam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menggunakan alat pengesan sonar.
Ketua Menteri Melaka memaklumkan ganjaran akan diberikan kepada mana-mana pihak terbabit yang sedia bekerjasama iaitu berupa satu perempat daripada nilai harta karun berkenaan. Separuh daripada nilai harta karun itu menjadi milik kerajaan Persekutuan, manaka satu perempat lagi milik kerajaan Melaka.
Walau bagaimanapun, sebenarnya, tawaran ini pernah dibuat pada tahun 2000 oleh Tok Ali masa mula-mula jadi Ketua Menteri.
Oleh itu ayuh rakyat Melaka.. kita ke laut… tapi kalau kauorang tenggelam tak timbul-timbul.. jangan salahkan aku plak ye.
Chow.
0 comments:
Catat Ulasan