Semalam tergerak hati nak makan Siput Sedut... so, harga sebungkus tu RM7. Hmmm.. mungkin bagi sesetengah orang harga tu mahal tapi bagi aku bekas budak kampung yang comot.. harga itu berbaloi.. Meh aku citer pengalaman masa aku berusia 10-12 tahun.. ketika tiada seorangpun yang menjual siput sedut. Satu-satunya aktiviti comot yang tidak dimarahi oleh mak aku.. Selalunya nak cari siput kena masa air pasang dan kawasan paya bakau. Masa tu kalau nak pergi kena berkawan sebabnya banyak haiwan buas dalam paya bakau seperti ular, kongkang, dan ada juga rimau... itu tak termasuk makhluk-makhluk halus yang cuba menyesatkan. Pelbagai petua diabadikan oleh orang-orang tua dalam usaha mencari siput.
Ketika air pasang selalunya siput sedut ni akan naik ke pangkal pokok bakau.. jadi mudahlah nak kutip. Itu sebab cari ketika air pasang.. pilih siput yang bersaiz sedang ke atas je.. dan jangan panggil nama kawan sebaliknya cari dalam bentuk kumpulan. Jangan jerit nama kawan sebab nanti kita dengar suara jerit nama kita. Aku pernah alami perkara ni tapi aku tak ikut suara jeritan itu.. sebaliknya mengambil langkah mengundur ke lokasi pertemuan. Tanya semula memang semua kawan-kawan aku tak jerit nama aku kecuali sekali sebelum bergerak. Fuh!! Dua minggu aku lupakan nak cari siput. Masa bawak balik siput ni takyah basuh.. kalau kena air dia tak tahan lama.. biar kakak-kakak aku je settlekan.
Kalau mencari dua jam tu.. dapatlah 1/3 kampit beras 10 kg. Kira lepas buat lauk beb. itu belum termasuk basuh kaki tangan kat empangan pastu tolong nelayan naikkan ikan.. kalau rezeki dapatlah anak-anak ikan untuk dibawa pulang.
Tapi itu semua dulu.. 20 tahun dahulu... masa aku tak kenal apa itu CPU, DVD, VCD, internet.. silap gaya perkataan porno pun aku sangka nama orang. Zaman sekarang bila aku citer kat anak buah aku.. terpapar rasa kurang percaya siput ni boleh dicari oleh kanak-kanak. Ceiitt..
ok tutup citer pasal siput ketika zaman 80 an. Meh citer pasal nak sedut siput. Nama dia siput sedut.. aku gerenti orang kampung yang bagi nama sebab sesuai dengan cara makan iaitu sedt. Kalau siput timba atau siput beliung lain plak cara makan.
Siput Sedut Untuk Dimasak
Masa beli siput ni.. kauorang kena pastikan dia hidup. Macam mana nak tahu dia hidup?? tak yah memandai nak check nadi. Kauorang kalau tgk dia melekap kat plastik dan terkeluar kepala dia tu.. kira hiduplah tu.. Pastikan beli dengan lumpur-lumpur tu.. menandakan siput tu sihat.
Kalau zaman aku kecik-kecik dulu mak aku suh taburkan hampas kelapa sehari sebelum masak. Tujuan? untuk beri siput tu makan kemudian berak. So, kita makan akan rasa lemak la wey dan tak pahit.
Sebelum kauorang masak atau potong.. kena basuh dulu lumpur tu... basuh bersih-bersih sambil selawat kata mak aku...
Tapi hati-hati.. siput ni boleh melarikan diri jika dibiarkan begitu.. Memang dasar takut air.
Dah cuci kena kerat. Bukan kat tengkuk tapi kat belakang dia... Tujuan supaya mudah nak sedut.
Lepas tu boleh la masak lemak ke.. goreng dengan sambal ke.. perghh sedut lemak maniss oooo..

4 comments:
mak aku kalau dia masak siput sedut dia selalu masak lemak cili api...
skill kena tinggi kalau sedut siput lemak cili api ni... salah sedut boleh semput 5 saat kau kalau tersedut kepedasan cili api tu terus ke tekak yang tak ready nak nyambut rasa pedas..
haha
hahahaha... aku rasa ramai jugak org Malaysia tak tahu sedut siput ni..
i tak suka siput huhu~
mat siput tak suka, sedut suka tak?
Catat Ulasan