Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri merupakan sinonim dengan negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak di Malaysia. Semua negeri-negeri ini tidak mempunyai sultan dan TYT ini mula dilantik sejak tahun 1957. 
Sehingga sekarang Negeri Melaka telahpun mempunyai 6 orang Gabenor /TYT. 
Secara ringkas maklumat tentang TYT seperti berikut. Kalau nak details lagi boleh lawati http://www.tytmelaka.gov.my/ 
Gabenor Pertama : TYT TUN LEONG YEW KOH 
(31 Ogos 1957 - 30 Ogos 1959)
Mendiang
 Tun Leong Yew Koh merupakan anak kepada Leong Yew Teen iaitu orang yang
 bertanggungjawab memajukan Salak Utara, Perak. Tun Leong Yew dilahirkan
 pada 22 Ogos 1888 di Salak Utara, Perak. Tun Yew Koh mendapat 
pendidikan awal di Canton, China sebelum menyambung pelajarannya di 
Tanah Melayu pada usia 13 tahun di Anglo Chinese School, Ipoh dan 
Sekolah St. Xavier's, Pulau Pinang. Pada 1909, ketika berumur 21 tahun, 
kecemerlangan beliau dalam bidang akademik membuahkan hasik apabila 
berjaya mendapat 'Queen's Scholarship of The Straits Settlement' untuk 
melanjutkan pengajian di London iaitu di 'University College' dan 'Inner
 Temple'dalam jurusan Undang-Undang dan Politik, London School of 
Economic dala, jurusan Ekonomi. Setelah tamat pengajian, beliau melawat 
wilayah Yunan dan China sebelum kembali ke tanahair untuk menjadi 
seorang peguam di Ipoh.
Beliau
 pernah diserang sebanyak dua kali dengan bom tangan dan mengalami 
cedera parah akibat serangan tersebut. Ladang pertanian dan ternakan 
serta bangunan miliknya musnah apabila cuba menegakkan kesejahteraaan 
penduduk dan keamanan negara.
Selepas
 bersara sebagai Gabenor Melaka yang pertama pada tahun 1959, beliau 
menceburkan diri dalam aktiviti sosial seperti menjadi Ahli kepada 
Majlis Peguam di Perak, Dewan Perniagaan China, Kaunsel negeri dan 
Pertubuhan Perlombaongan China. Beliau meninggal dunia pada tahun 1963 
pada usia 75 tahun.
Gabenor Kedua : TYT TUN HJ ABDUL MALEK BIN YUSOF (31 Ogos 1959 -30 Ogos 1967)
Tun
 Haji Abdul Malek bin Yusuf, Dato' Maha Kurnia merupakan Tuan Yang 
Terutama Yang DiPertua Negeri Melaka yang kedua. Beliau mengangkat 
sumpah sebagai TYT Yang DiPertua Negeri Melaka pada 31 Ogos 1959 dan 
berkhidmat selama tiga penggal.
Allahyarham
 Tun. Hj. Abdul Malek bin Yusuf merupakan anak lelaki tunggal daripada 
tiga orang adik beradik. Dilahirkan pada tahun 1899 di Kampung Chengkau,
 Rembau, Negeri Sembilan dan dibesarkan dalam kehidupan kampung.
Allahyarham
 mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Chengkau, Negeri Sembilan 
pada tahun 1907 seterusnya melanjutkan pelajarannya di peringkat tinggi 
di Maktab Melayu Kuala Kangsar, Perak pada tahun 1910.
Tun
 Hj. Abdul Malek telah mendirikan rumahtangganya dengan Puan Khatijah 
bte Ahmad dan mereka dikurniakan dua orang cahayamata iaitu Halimah dan 
Habibah. Walau bagaimanapun, isterinya telah kembali ke rahmatullah pada
 tahun 1950.
Selepas itu, beliau berkahwin dengan isteri keduanya, Toh Puan Fatimah 
bte Ismail pada tahun 1964. Toh Puan Fatimah mendapat pendidikan awal di
 Sekolah Melayu Langat dan Sekolah Melayu Kajang.
Gabenor Ketiga : TYT TUN DATO HJ ABDUL AZIZ BIN ABDUL MAJID (31 Ogos 1971 - 10 Mei 1975)
Allahyarham
 Tun Hj. Abdul Aziz bin Abdul Majid memang tidak asing lagi di kalangan 
rakyat negara kita apatah lagi warga Melaka. Sumbangannya terhadap 
pembangunan dan kemajuan negeri Melaka memang tidak dapat dinafikan 
lagi. Tun Hj. Abd. Aziz bin Abdul Majid dilahirkan pada 10 Mac 1908 di 
Kajang, Selangor.
Tun
 Hj. Abdul Aziz telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Tinggi Kajang 
pada tahun 1920 hinggalah Allahyarham lulus Cambridge School Certificate
 pada tahun 1925.
Tun
 Hj. Abdul menamatkan zaman bujangnya pada tahun 1956 apabila bertemu 
jodoh dengan Yang Mulia Raja Teh Zaiton bte Raja Kamarulzaman iaitu 
anakanda Raja Hj. Kamarulzaman Hj. Mansor, Raja di Hilir Perak. Hasil 
perkahwinan ini, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu 
Mustapha Kamal, Kamarulzaman, Mansor dan Amir Hamzah.
Sewaktu
 British memperkenalkan Malayan Union di Tanah Malayu pada tahun 1946, 
Tun Hj. Abdul Aziz telah dilantik sebagai Penolong Setiausaha kepada 
Pejabat Suruhanjaya Residen Selangor.
Pada
 1 Februari 1948, telah dilantik sebagai Penolong Setiausaha Negeri 
Pertama Negeri Selangor. Pada bulan Mac tahun yang sama, Allahyarham 
telah terpilih untuk mengikuti Kursus Pentadbiran di Oxford University, 
London.
Pada
 tahun 1949 iaitu sekembalinya dari London, Tun telah ditugaskan untuk 
memegang beberapa jawatan penting di peringkat negeri mahupun peringkat 
persekutuan. Di peringkat negeri, Tun telah dilantik ke jawatan Pegawai 
Daerah di Teluk Anson. Pada 22 Januari 1952, Allahyarham dilantik 
sebagai Ahli Lembaga Eksekutif Kuala Lumpur dan Penolong Setiausaha di 
Bahagian Keselamatan Dalam Negeri, Bahagian Pertahanan.
Pada
 15 April 1952, Tun dilantik sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan dan 
diikuti sebagai Menteri Besar Selangor pada 1 September 1954.
Tahun
 1956 dan 1957, Tun mengikuti rombongan kemerdekaan di London bagi 
membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan Perlembagaan. Pada tahun 
1958 pula, Tun dan beberapa anggota rundingan telah pergi ke London 
sekali lagi untuk berbincang mengenai Perjanjian Pertahanan Malaya.
Pada
 Jun 1963. rombongan ke London diadakan lagi bagi membincangkan 
pembentukan Persekutuan Malaysia. Tun telah menjadi anggota Pasukan 
Perundingan Persekutuan dalam Jawatankuasa Antara Kerajaan.
TYT keempat : TYT TUN SYED ZAHIRUDIN BIN SYED HASSAN (18 Mei 1975 - 3 Dis 1984)
Tuan
 Yang Terutama Syed Zahiruddin Bin Syed Hassan tekah dilahirkan pada 11 
Oktober 1918 di Pondok Tanjung, Kerian Perak. Beliau merupakan anak 
sulung daripada enam orang adik-beradik. Bapa beliau bernama Syed Hassan
 bin Syed Ibrahim, dan ibunya Raja Halimah bte Raja Abdullah. Bapa
pembentukan nya 
berasal dari Sayuung, Kuala Kangsar, Perak manakala ibunya dari Pondok 
Tanjung, Kerian, Perak.
Pada
 Jun 1963. rombongan ke London diadakan lagi bagi membincangkan Persekutuan Malaysia. Tun telah menjadi anggota Pasukan 
Perundingan Persekutuan dalam Jawatankuasa Antara Kerajaan.
TYT Kelima : TYT TUN DATUK SERI UTAMA HJ SYED AHMAD BIN SYED MAHMUD SHAHABUDDIN  
(4 Dis 1984 - 31 Mei 2004) 
 Tun
 Datuk Seri Utama Syed Ahmad Al Haj bin Syed Mahmud Shahabudin yang 
Terutama Yang Di-Pertua Negeri Melaka yang kelima mengantikan Tun Syed 
Zahiruddin bin Syed Hassan yang telah menamatkan perkhidmatannya pada 
tahun 1984Tun Datuk Seri Utama Syed Ahmad Al-Haj, dilahirkan pada 14 Mei
 1925 di Kulim, Kedah. Beliau merupakan anak ketiga daripada lima adik 
beradik yang terdiri daripada 4 lelaki dan seorang perempuan.
Tun
 Datuk Seri Utama Syed Ahmad Al-Haj bin Syed Mahmud Shahabudin dilantik 
sebagai Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka yang kelima pada
 4 Disember 1984 sehingga 31 Mei 2004. Sepanjang 20 tahun ,menjawat 
jawatan sebagai Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka, seramai
 empat orang Ketua Menteri telah berkhidmat di bawah pentadbirannya 
iaitu Tan Sri Rahim bin Datuk Tamby Chik (26 April 1982-13 Oktober 
1994), Datuk Seri Hj. Mohd Zin bin Hj. Abd Ghani (14 Oktober 1994-14 Mei
 1997), Datuk Seri Abu Zahar bin Haji Isnin (24 Mei 1997-1 Disember 
1999) dan Datuk Seri Hj. Mohd Ali bin Mohd Rustam (3 Disember 1999 
sehingga kini) 
TYT Keenam : TYT TUN DATUK SERI UTAMA HJ MOHAMAD KHALIL BIN YAACOB           (1 Apr 2004 -kini)
 Dilahirkan
 pada 29 Disember 1937 di Kuantan,Pahang, Tun Mohd. Khalil bin Yaakob 
merupakan anak ketiga daripada 7 adik beradik. Menerima pendidikan awal 
di Sekolah Ahmad Shah, Pekan Pahang. Beliau melanjutkan pelajaran ke 
peringkat menengah di Kolej Melayu Kuala Kangsar atau Malay College 
Kuala Kangsar (MCKK) sehingga tahun 1959. Di peringkat pendidikan tinggi
 pula, beliau meneruskan pengajian di Universiti Malaya sehingga beliau 
memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) pada tahun 
1962. Beliau menjadi ketua pelajar setelah dipilih dari Majlis 
Perwakilan Pelajar, beliau juga telah dipilih menjadi Pengerusi untuk 
Persatuan Atlit Sukan Universiti. Beliau menjadi kapten untuk Pasukan 
Atlit Sukan Universiti untuk dua tahun. Beliau masih bergiat aktif dalam
 bidang sukan sehingga ke hari ini terutamanya dalam renang dan golf 
(Handicap 9).
Sebagai
 pelengkap kehidupan, Tun telah mendirikan rumahtangga dengan Toh Puan 
Dato' Zurina bte Kassim pada tahun 1965. Toh Puan Dato' yang lahir pada 
13 Julai 1944 berasal dari Duyong, Melaka. Beliau menerima pendidikan 
awal di Sekolah Kebangsaan Kampung Baru dan Sekolah Perempuan Methodist,
 Kuala Lumpur.Sebagai isteri yang diplomat dan ahli politik, Toh Puan 
Dato' aktif dalam beberapa persatuan seperti Persatuan Iser-isteri Wakil
 Rakyat Pahang (TERATAI) pada tahun 1986 hingga 1999 sebagai Yang 
di-Pertua, Lembaga Wanita Islam sebagai Penaung dan ahli Persatuan Badan
 Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri (BAKTI) pada tahun 1999.Hasil 
perkongsian hidup.Tun dan Toh Puan Dato' dikurniakan tiga cahaya mata, 
dua putera serta seorang puteri dan kini mempunyai seorang cucu.
Meskipun
 sibuk dengan tugas harian, Tun Mohd Khalil masih mempunyai masa untuk 
melakukan aktiviti-aktiviti riadah dan rekreasi. Di antara kegiatan 
sukan yang digemarinya ialah berenang,golf,jet ski dan berkayak.
Tun
 juga merupakan seorang yang berjiwa seni. Beliau sememangnya seorang 
pelukis yang berbakat dan juga berminat dalam bidang muzik. Pada masa 
terluang, beliau juga suka pergi memancing.
Tun
 Mohd Khalil menyertai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik dan memulakan 
kerjaya diplomatiknya dengan Wisma Putra padat tahun 1963. Selama lebih 
12 tahun berikutnya, Tun ditugaskan sebagai diplomat ke Itali, Maghribi,
 Singapura dan Indonesia. Beluai juga berkursus di Lembaga Pertahanan 
Nasional Indonesia (LemHanas) pada tahun 1974. Pada tahun 1976 hingga 
1978 pula, beliau telah menamatkan perkhidmatan luar negara dan dilantik
 sebagai Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka, Pahang.
Sebagai
 tokoh politik yang berwibawa, beliau telah bertanding dalam Pilihanraya
 Umum tahun 1978 bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Bukit Ibam (dalam 
kawasan Parlimen Pekan). Ketika itu beliau adalah Ketua UMNO Bahagian 
Pekan.Pada Pilihanraya Umum 1982, beliau bertanding dan memenangi kerusi
 Parlimen Maran.Pada tahun 1982 hingga 1983, Tun telah dilantik sebagai 
Timbalan Menteri Pelajaran dan kemudiannya sebagai Menteri di Jabatan 
Perdana Menteri pada tahun 1984 sehingga 1986
Pada
 tahun 1983, beliau terpilih sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO 
(sehingga 1999).Beliau dipilih sebagai Ketua UMNO Bahagian Maran pada 
pemilihan parti 1986 dan memegang jawatan tersebut sehingga 1995. Semasa
 pembentukan kerajaan negeri dan selepas memenangi kerusi Dewan Undangan
 Negeri Bukit Tajau pada Pilihanraya Umum 1986, Tun dilantik menjadi 
Menteri Besar Pahang. Beliau juga menyandang jawatan Pengerusi Badan 
Perhubungan UMNO Negeri Pahang. Pada Pilihanraya Umum 1995, beliau 
bertanding untuk kerusi Dewan Undangan Negeri Lepar (dalam kawasan 
Parlimen Paya Besar) dan memenanginya dengan selesa sebelum dilantik 
semula sebagai Menteri Besar Pahang. Pada pemilihan jawatan parti 1995, 
beliau dipilih Ketua UMNO Bahagian Paya Besar.
Di
 bawah kepimpinan sebagai Menteri Besar, Tun telah membawa banyak 
kejayaan dan pembangunan kepada negeri Pahang. Antara kejayaan beliau 
ialah memberi keyakinan kepada pelabur asing supaya melabur di negeri 
Pahang dan peranan beliau sebagai penggerak kepada indistri petrokimia 
di kawasan perindustrian Gebeng. Bagi masyarakat luar bandar, kepimpinan
 beliau telah membawa kemajuan kepada mereka dalam bentuk penyediaan 
prasarana asas di seluruh negeri. Kemudahan asas seperti jalan raya, 
bekalan air dan elektrik beserta kemudahan ruang niaga dan kilang adalah
 untuk menambah pendapatan rakyat menerusi aktiviti ekonomi.
Setelah
 menyandang jawatan Menteri Besar Pahang selama 13 tahun, tun meletakkan
 jawatan untuk dilantik sebagai Senator dan seterusnya sebagai Menteri 
Penerangan pada Mei 1999 dan bertukar ke Angkasapuri , Kuala Lumpur . 
Perlantikan itu diumumkan serentak dengan perlantikan beliau sebagai 
Setiausaha Agung UMNO.Pada pilihanraya Umum 1999 , Tun bertanding untuk 
kerusi Parlimen Kuantan dan memenanginya dengan majoriti 7,361 undi. 
Dengan tidak memegang jawatan kanan di peringkat bahagian , beliau 
mencipta sejarahnya yang tersendiri sebagai satu-satunya Setiausaha 
Agung UMNO yang berbuat demikian.
Jawatan
 Politik Ketua UMNO Bahagian Pekan Ketua UMNO Bahagian Maran Ketua UMNO 
Bahagian Paya Besar Pemgerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang Ahli 
Majlis Tertinggi UMNO (sejak 1983) Setiausaha Agung UMNO Malaysia 
(1999-2004) Setiausaha Agung BArisan Nasional Malaysia (2003-2004).
Setelah
 tamat pengajiannya di kolej pada tahun 1947, beliau telah memulakan 
kerjayanya sebagai pegawai kerajaan di Pejabat Perbendaharaan Alor Setar
 pada tahun 1948-1955. Kemudian, beliau telah dilantik sebagai Menteri 
Besar Kedah pada 14 Disember 1967 sehingga 1978
Selama
 11 tahun menyandang jawatan ini, Tun Syed Ahmad telah membuktikan 
ketokohannya sebagai seorang pemimpin apabila membawa pelbagai kemajuan 
dalam pelbagai sektor untuk meningkatkan taraf hidup rakyat Negeri Kedah
 supaya lebih baik dan maju
Berdasarkan
 kepimpinan serta kelayakannya, beliau telah dilantik sebagai Timbalan 
Menteri Dalam Negeri pada 1978 sehingga September 1982. Dalam masa yuang
 sama beliau juga menjawat jawatan sebagai Pesuruhjaya Tinggi di 
Singapura dan selepas itu dilantik menjadi Tuan Yang Terutama Yang 
di-Pertua Negeri Melaka
Beliau
 telah menjadi Penolong Setiausaha UMNO, Kedah selama 4 tahun bermula 
1951 hingga 1954, kemudian beliau telah menjadi Setiausaha UMNO Kedah 
selama 14 tahun. Beliau telah dilantik menjadi pengerusi Jawatankuasa 
Perhubungan UMNO untuk Barisan Nasional Kedah. Pada tahun 1968, beliau 
telah menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia dan beliau telah 
menjadi Pemangku Pengerusi untuk Jawatankuasa Perhubungan UMNO untuk 
Barisan Nasional Kedah selama 7 tahun bermula pada tahun 1978 hingga 
1984.

 

2 comments:
NAK TAHU LEBIH LANJUT, BOLEHLAH MELAWAT KE MUZIUM TYT..
terima kasih fairus.. yeah citer lanjut Muzium TYT boleh ke blog si fairus http://fairusmamat.blogspot.com/2012/09/mari-melawat-muzium-tuan-yang-terutama.html
Catat Ulasan