Isnin, 5 Julai 2010

Selat Melaka Coast Di Pantai Klebang

Dataran 1 Malaysia di kawasan Pantai Klebang yang ditambak pasir tu akan dibangunkan semula. Minggu ni Tok Ali melawat China dan pelbagai idea serta kerjasama telah dicipta. Antaranya ialah membangunkan taman tema berkonsep macam taman tema Laksamana Cheng Ho di China. Ianya akan dinamakan Selat Melaka Coast.


Semua sedia maklum, Laksamana Cheng Ho merupakan penjelajah China yang bertanggungjawab menghubungkan antara dunia Melaka - China satu ketika dulu...

Dikatakan dahulu Maharaja China memang sangat menyayangi Sultan Melaka iaitu menantunya. Hinggakan Laksamana Cheng Ho pernah membuat kenyataan yang ditujukan kepada Siam serta Majapahit bahawa.. kalau menyerang Melaka bererti menyerang Seluruh Negara China.

Suka atau tidak, susur galur Puteri Hang Li Poh wujud di Melaka. Keturunan maharaja China lahir di Melaka iaitu Paduka Mimat dan Paduka Seri Cina. Klik Sini.

Apa yang ada kat sini nanti??

Antaranya ialah

Replika Kapal Laksamana Cheng Ho, Hotel, Restoran, Kedai Cenderamata dan pelbagai alatan taman tema.

Walau bagaimanapun, pelan pembangunan akan disiapkan tidak berapa lama lagi.. Jadi nantikanlah produk baru pelancongan Melaka

2 comments:

nabilah_2908 berkata...

sibuk nak bangunkan Selat Melaka Coast..apa kata perbaiki sistem pengangkutan dulu...bus2 patt hup yg buruk2 tu..p hantar scarp jer...tukar bus baru.. :)

betul tak..?

jom ke APA KATA HATI pulak,
BLUEBERRY WAFFLE

apek berkata...

betul.. betul.. betul.. nanti saya up entry pasal Kerajaan Negeri beli 10 bas baru.

lagi satu nabilah jangan salah faham.. saya rasa pembangunan di selat melaka coast tu akan diswastakan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Penafian: Segala maklumat yang tercoret ini adalah hasil idea dan maklumat yang diperolehi TIDAK BOLEH digunakan sebagai rujukan utama atau bahan bukti dalam apa jua tindakan.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kemudaratan yang terjadi selepas menggunakan web ini.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab atas segala ulasan yang dibuat oleh pembaca. Oleh itu, semua pengulas dapat mengulas dengan mengikut tatasusila tanpa menyentuh kepentingan agama, bangsa dan politik tanahair.

Segala kisah dan cerita di dalam ini tiada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang mati kecuali kesahihannya disahkan oleh sumber yang boleh dipercayai.

Pihak pengurusan web bersedia membetulkan apa jua fakta yang dirasakan tersilap dengan menghubungi di email miey77@hotmail.com