Jumaat, 2 Julai 2010

Tips Memandu Dalam Hujan

Rasanya ramai yang tahu apa nak buat masa memandu dalam hujan. Kat sini aku cuma nak mengingatkan semula jer..


Selalunya bila hujan, jalan raya akan jem kaya dan jem strawberry yang agak teruk terutamanya ketika pulang pejabat atau lebih teruk nak pergi ke pejabat dan terbayang punch card merah. Namun, perlu diingat.. dalam mengejar waktu tu.. keselamatan mesti jadi keutamaan. Kalau tak keselamatan diri.. fikir jugak keselamatan orang sebelah atau kenderaan lain. Oleh itu dilistkan tips-tips memandu ketika hujan lebat:

  1. Pastikan jarak kenderaan anda dengan yang depan lebih daripada 5 detik (waktu tak hujan 3 detik). Nak tahu macammana nak kira 5 detik?? Perhatikan tiang atau pokok ditepi jalan disebelah kenderaan hadapan. Lepas kenderaan tersebut selari dengan tiang / pokok, mulai kira satu ribu satu.. satu ribu dua... satu ribu tiga.... satu ribu empat..... satu ribu lima. Pastikan tiang/pokok berada di sisi kenderaan anda. Itu maksudnay 5 detik atau lima saat.
  2. Semua orang tahu jalan licin ketika hujan. Jadi bawaklah perlahan walaupun tak de kenderaan di hadapan. Kerana semakin laju kenderaan di bawa.. semakin kurang daya tarikan graviti (wah macam saintis la plak). Bila kurang daya tarikan graviti kereta menjadi ringan. So, bila terkena arus air yang mengalir dijalan raya.. kenderaan kita akan mengelincir laju mengikut arus. Nah!! kan naya nak kena tarik balik kereta yang terperosok dalam longkang? Perkara ni pernah berlaku pada seorang kawan aku.. akibatnya dia langgar pembahagi jalan. Mengikut pengalamannya.. kenderaan tidak boleh dikawal ketika itu.. brek dan stereng seolah-olah tiada fungsi.
  3. Pemanduan perlahan jugak diperlukan kerana pandangan pemandu akan menjadi terhad. Lainlah kalau kereta kauorang ada radar.
  4. Pastikan lampu kenderaan dibuka.. tak payahlah bukak lampu limpah stadium tu.. sebab walaupun hujan kita takdelah sampai tahap negara barat yang bila salji pandangan haya 1-3 meter sahaja. Kalau hujan lebatpun kita ni, 10 meter boleh nampak lagi kot. Buka lampu ni penting bukannya semata-mata nak suluh jalan.. tapi nak pastikan kenderaan dihadapan dan belakang kita tahu kewujudan kenderaan kita tu. Lampu Hazard?? wei tak payah pasang sebab selalunya kegunaan lampu tu untuk kecemasan kenderaan yang tidak bergerak atau perlu bergerak kerana kecemasan. Takkan jalan dalan hujanpun nak cemas.. relaks la bro.
  5. Sabarlah terutama di trafic light. Sebab ketika tu.. memang akan jem dan yang paling menyusahkan dah kuning pun still nak lepaskan lampu isyarat.. Kalau lepas satu citer.. ini sangkut kat tengah-tengah lampu isyarat sebab kenderaan depan tak bis jalan.. dahhhh abis jalan sebelah tak boleh lalu sebab dihalangan kenderaan di tengah lampu isyarat tu. Itu kalau orang nampak.. kalau tak perasan.. diaorang langgar??? baik nak cepat terus lencun dalam hujan nak settlekan kerosakan..
  6. Beri perhatian lebih dalam memandu... sebab kalau kita ikut peraturan pun mungkin ada plak terselit sekor dua si bangang yang memandu berbahaya. Dengan itu, refleks cepat dapat kita buat. Jangan masa ni.. sibuk dengan awek main gosok-gosok plak.. terperosok bawak treler aku tatau.
Oklah itu sikit sebanyak tips untuk anda yang memandu dalam hujan.. aku harap semua pembaca blog aku dilindungi Allah a.w.t. selalu.

3 comments:

Tanpa Nama berkata...

yea betul inchek...

elakkan dari aquaplanning semasa memandu dalam keadaan jalan basah dan hujan lebat sebab tayar mudah hilang traction di permukaan jalan basah

speed di tambah dengan tayar separa botak atau total botak boleh menyumbang ke arah berlakunya aquaplanning.

aquaplanning bermakna tayar tidak lagi berada dalam keadaan direct contact dengan permukaan jalan di sebabkan terdapat amount air yang banyak di atas jalan.

akhir kata; sudah kah anda berlindung di bawah KURNIA insurans

haha

apek berkata...

betul.. betul.. betul

Me Myself n Someone Like Me berkata...

kalau boleh dekatkan kepala ke skrin depan seperti cuba menatap gambar Ayu Raudah di surat khabar. seolah2 meneliti dalam keadaan bersungguh2 mencari kenderaan tersembunyi dihadapan anda.

P/s maksud aku JANGAN LAKUKAN... bila muka anda terlalu dekat dengan screen depan, akan ada blind spot pada cermin sisi dan pandang belakang kenderaan anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Penafian: Segala maklumat yang tercoret ini adalah hasil idea dan maklumat yang diperolehi TIDAK BOLEH digunakan sebagai rujukan utama atau bahan bukti dalam apa jua tindakan.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kemudaratan yang terjadi selepas menggunakan web ini.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab atas segala ulasan yang dibuat oleh pembaca. Oleh itu, semua pengulas dapat mengulas dengan mengikut tatasusila tanpa menyentuh kepentingan agama, bangsa dan politik tanahair.

Segala kisah dan cerita di dalam ini tiada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang mati kecuali kesahihannya disahkan oleh sumber yang boleh dipercayai.

Pihak pengurusan web bersedia membetulkan apa jua fakta yang dirasakan tersilap dengan menghubungi di email miey77@hotmail.com