Artikel ni membalas kritikan terhadap Perkahwinan Ketua Menteri Melaka. Bukan aku memihak kepada Tok Ali tapi apa yang aku cakapkan sebagai sesama Islam bagi membetulkan fakta dan niat hati si penulis dan seankatan dengannya. Aku juga tulis sebab masa aku kahwinkan anak nanti, aku juga tak suka orang cakap macam tu pada aku...
Semua dah tau baru-baru ni, Tok Ali kahwinkan anak lelaki sulong dia yang pertama. Bertambah kecoh bila 130,000 orang hadir ke Majlis ni.... Paling tak sedap kaitkan pulak mampu ke Ketua Menteri ni buat majlis hingga menjemput seramai itu. Hingga sanggup pula mengirakan jumlah kos perkahwinan hingga mencecah jutaan ringgit.
Adehhh.. aku tak kisah kalau yang cakap tu kafir harbi. Tapi kalau bersongkok haji tapi perangai lebih kurang kafir.. memang la aku kisah.
Apa la punya dengkinya hati, fikirlah tanpa hati yang busuk sejenak. Perumpamaannya begini : Bayangkan bapa ko seorang nelayan yang pendapatan tidak menentu. Kau kahwin lepas tu bapak kau jemput satu kampung dan sedara mara kampung sebelah ditambah lagi kawan-kawan di tempat lain. Tiba-tiba orang persoalkan.. manalah bapak kau dapat duit buat kenduri panggil sampai sekampung dan kampung sebelah dan kawan-kawan dia??? Apa perasaan kauorang. Apa kehal jiran kau yang tak datangpun masa kau kawin kritik bapa ko begitu?? Boleh ker???
Aku sangat pasti Tok Ali tak amik port pun sifat busuk hati kau yang masuk campur hal dia. Tapi aku sebagai orang Islam tak gamak la biarkan orang Parti Islam cakap sesuka hati begitu.
Kalau Tok Ali pergi rumah kahwin rakyat dia, paling koman dia hulur RM100.. kauorang fikir orang Melayu Melaka ni takde budi bahasa macam kau?? tentulah ada yang bagi walaupun aku sangat pasti Tok Ali tak la mengharap duit orang yang menghulur. Diapun tak amik pusing sapa tukang jaga salam kaut tu??? Tak payah hina Tok Ali la.. kau lagi teruk.. orang datang kawin umah kau, semua kau harap orang hulur. Orang bagi RM5, terus berkata-kata hati kau. Orang bagi RM50 siap bagi goodies bag special. Tapi thats ok.. itu budi bahasa dan resam kita di Melaka. Dengan duit sedikit tu.. mungkin meringankan beban tuan rumah. Sifat sangat mulia. Aku rasa dengan perenggan ni bukak sikit fikiran dan terang sikit hati tu.
Kenapa Tok Ali jemput sampai lebih 100,000 orang??? Aku dah cakap dalam entry aku sebelum ni.. Tok Ali Ketua Menteri Melaka bukannya Ketua Ranting atau Pusat. Sebagai Ketua Negeri tentulah jadi tanggungjawabnya menjemput seluruh rakyat di bawah pentadbirannya. Jemput makan pun jadi kesalahan ke??? Datang tak datang itu terpulang kepada individu masing-masing. Kalau rasa buang masa datang dan tak mahu datang, diam aje sudah. Tak pernah pulak aku dengar orang nak datang majlis orang fikir mana la tuan rumah nak dapat duit layan tetamu yang datang??? Lotih la den.
Aku dah langsaikan tanggungjawab aku menegur walaupun agak keras. Nak terima sila terima.. kalau tak, tak pe. Sila jawab dengan pencipta kita kelak. Tapi aku sangat.. sangat.. sangat pasti.. makmum bersangka baik itu 130,000 kali ganda lebih baik daripada Tok Guru Hj Al Fadhil Ustaz yang bersangka buruk terutama sesama Islam. Kalau terasa aku minta maap ye.
P/S: Aku tak dengar pulak citer Penjawat Awam Melaka kena bertugas kecuali yang sukarela. Kebanyakkannya rakan-rakan dalam parti politik je kot.
Oklah.. Chow.
2 comments:
nguk, nguk,,, orang bukan masuk dengki tapi orang pelik macamana dia boleh gunakan harta kerajaan untuk kepentingan peribadi. Dia nak buat GRAND tu dia punya pasal lah. Orang peduli pasal dia terima tajaan dari pihak lain...dia ketua negeri bukan ketua rating.... sebab dia ketua negeri lah orang nak sponsor dia....tapi kenapa orang nak sponsor dia....sebab dia ketua negeri lah bong**. Bila dia ketua negeri dia ada power rangers bagi itu dan ini sebab dah termakan budi...... ada yang nak balas budi kepada dia sebab dah tolong dapat projek....dan nak budi lagi.....itu sebabnya...bukan sebab orang dengki. ngok.
ahhhh... tepuk air dalam dulang, kena muka sendiri bro. Aku tak perlu membongokkan ko sebab bukan aku yang wajar judge tentang level kebongokkan seseorang.
Bab orang politik ko jgn citer la bab BERSIH2. Kita tak tahu dalam hati masing-masing dan lakonan masing-masing. Tidak Tahu!! Tapi aku sebagai Islam memandang positif. Bagi aku semua bagus selagi tidak terbukti kesalahan.
Kan Islam suruh jangan buruk sangka. Ko Confirm ke orang Sponsor???? Kalau salah sangka, Macam Mana??! Kalau setakat dengar citer orang, baca blog... baik pegi solat taubat malam hari lagi bagus bro. Tapi itu kalau orang Islam la.. Kalau muka macam Islam tapi hati macam kapir pun ramai kat dunia ni... alah macam buih kat laut bak sabda Rasulullah. Tapi aku tak kata kat ko.. Ko okey kot. Aku berbaik sangka.
Pandangan peribadi "Bersihkan hati dah tentu lagi bagus daripada Bersihkan ntah apa kejadah tu.."
Jangan Marah Bro.. nanti orang lain judge.
Catat Ulasan