Semua negeri ada bahasa masing-masing yang dikenali sebagi bahasa slanga. Begitu juga Melaka. Oleh itu, aku nyatakan sikit bahasa di Melaka untuk kegunaan pelancong di Melaka dan mereka yang ingin memasuki alam rumah tangga bersama orang Melaka.
Aku pernah dengar citer juga bahawa ada negeri yang mak bapak kurang senang untuk berbesan orang Melaka sebab dikatakan kasar. Hmmm.. tak nafikanlah sebab kalau orang Melaka ni bercerita atau bergurau memang nampak macam nak bergaduh.. tapi insyaAllah hati tetap baik. Bak kata pepatah orang tua Melaka "Mulut jahat tapi hati tak sampai".
Ok mulakan kelas.. Walau bagaimanapun, ada juga perkataan ni yang tidak lagi digunakan zaman sekarang.
1) Kebanyakkan perkataan Melayu hujungnya huruf "A" akan ditukar ke "E".
Cthnya : "Orang Tue dan Mude Melake Kalau Cerite pasal Gule sampai bile tak habis. Iye le...."
2) Kebanyakan perkataan Melayu yang hujungnya huruf "R" akan ditukarkan ke "U"
Cthnya : "Seluau kulit ulau kau ade sangkut kat pagau"
3) Selalunya bila borak orang Melaka akan letakkan perkataan "dak" di hadapan nama seseorang. Mungkin sebagai pengganti "budak".
Cthnya: "wei, Hasan, Dak Man kirim salam"
4) Seterusnya perkataan dalam bahasa Melaka
Lahabau / Hawau / Lahanat : Ni bahasa Maki standard Melaka
Kain Sal : Tuala
Kuih Kemohong : Kuih ala-ala pau tapi inti kelapa
Mentekedarah / Memboko : Makan tapi bahasa kasar
Kahau : Kasar cth: "bahase Si Mat tu kahau betul"
Godak : Kacau (lebih kepada kacau air) cth: "Godak le air teh tu minah"
Gobok : Almari
Lopak : bekas pensel
Raber : Pemadam
Garisan : Pembaris
Coreng : selekeh cth: "alah corengnya muka kau Abu"
Pot : Tin cth: "Aku kalau dah tengok kepala ko besau pot susu.. naya ko"
Centong : Alat Pengacau dodol
Karen : Elektrik
Motokar : Kereta
Ikan Betuk : Ikan Puyu
Ikan Guan : Ikan Haruan
Goli : Guli
Songkok Haji : Kopiah Putih
Pangkin : tempat lepak atau tepat duduk selalunya di luar rumah
Bangsal : Stor belakang rumah
Oklah inilah sebahagian.. lain kali aku ingat aku up lagi... Namun, ingin aku ingatkan bahawa bahasa ni juga terpengaruh berdasarkan kawasan di Melaka di mana mungkin kat area Ramuan China banyak bercampur dengan elemen Negeri Sembilan. Begitu juga kalau di Sungai Rambai.. bercampur baur dengan Muar. Walau bagaimanapun apa yang aku selitkan di sini merupakan bahasa yang aku faham dan pernah dengar.
10 comments:
yg aku belajar dr laki aku
melanguk : suka tengok kiri kanan
menatong : suka g rumah org
kepaya : buah betik ( kepaya ni paling aku tak boleh belah sbb konon la kan nk cakap omputih kau...hahhaha)
air wap : air sejuk masak yang di simpan dalam peti ais
hamlau : kahau
balai : pangkin tempat lepak2
orang melaka memang kasau, tapi hati baeeekkkkkk punyer....awwwww
As : hahaha... melanguk tu aku rasa makna dia suka g umah orang:
"ko ni faliza, apa keje melangok je kat umah orang? balik nanti siap ko" Marah Mas Salmah kepada anak perempuannya.
Ikatan: hahaha dulu mana ada petis ejuk tapi air wap tu memang orang Melaka faham.. kalau ko cakap dgn orang KL mau dia bagi air aircond kot.
org melake mmg bahasa kasau sikit..tp hati baikkkk :)
terbaaeeekkk elin
kepaye tu mmg tak leh blah..haha..aku main agak je tu buah peria.dalam sebulan dua ni baru aku tau tu buah betik..hadoi.
yg kelakau bagi aku, org melaka panggil periuk tu piok..hehe..kalau g kg nenek mertua kat pengkalan balak,mcm2 bahasa lama melaka yg blh dengar...seronok jgk tau bhsa org ni.
kepaye tu mmg tak leh blah..haha..aku main agak je tu buah peria.dalam sebulan dua ni baru aku tau tu buah betik..hadoi.
yg kelakau bagi aku, org melaka panggil periuk tu piok..hehe..kalau g kg nenek mertua kat pengkalan balak,mcm2 bahasa lama melaka yg blh dengar...seronok jgk tau bhsa org ni.
hahaha.. getah kepaya tu bagus buat ubat puru katak (ketuat)
Peris = peti sejok
Biskut = mesekot (biasanya owang tue sebot)
Basikal = mesekal(owg tue gak nie)
Rambutan = moktan
Durian tunggal = jantunggal (owg durian tunggal tau ler)
Pukimak = kimak kau (maaf ler kasau nie)
Nombor = nombol
Haiwan yg bertompok-tompok mesti panggil bentong, biasanya lembu
Pantat ada yang panggil nonok (hehee)
Dagu yang ke depan di panggil bonyo
Piyok dengan kepaya mmg terbaekk hahah
senses.. perghh.. ni betul2 bahasa Melaka... sampai tahap XXX pun ko luahkan.. tapi hakikaynya memang itulah bahasa Melaka..
Catat Ulasan