Selasa, 29 November 2011

Selamat Bercuti

Selamat bercuti sekolah untuk budak-budak dan mak bapak budak. Bagi yang bujang atau anak belum sekolah, ucapan selamat ini tiada kaitan dalam hidup mereka kecuali pergi kerja waktu pagi semasa lalu depan sekolah terasa sikit lengang.

Kepada adik-adik yang bakal di'dewasa'kan.. selamat mempertaruhkan nasib. heh heh.. ngennn.. ngenn.. (bunyi chainsaw). Pengalaman aku

Dalam hujan-hujan ni.... ada pulak yang bakal bernikah. Tahniah.. jangan kalut macam entry sebelum ni sudah.

Kepada yang nak bercuti selamat bercuti.. kepada yang nak melancong di Melaka.. saya alu-alukan.. sini tips untuk yang pertama kali masuk ke Melaka.

Ok.. chow..

Rabu, 23 November 2011

Wild Life Theatre Melaka (Taman Singa Laut Melaka)

Sebelum ni aku pernah buat entry ni.


Satu lagi produk baru di Melaka.

Hari ini disahkan pada 26 November 2011, Taman Singa Laut atau dikenali sebagai Wildlife Theater Melaka dibuka. Selain dikatakan bakal menonton aksi trio si cilik Singa Laut yang berusia 8 bulan, pengunjung juga boleh bermain dengan lebih kurang 15 jenis reptalia jinak.

Slot bersama tiga singa laut yang datang daripada Uruguay ini akan berlangsung selama 55 minit pada jam 3 petang dan 6 petang.

Bayaran tiket adalah RM20 bagi dewasa, RM15 bagi kanak-kanak dan warga emas.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi 016-6612998 / 016-6612268.



Selasa, 22 November 2011

Bola Sepak Sukan Sea : Misi Balas Dendam Tidak Membawa Kejayaan

Sebenarnya dalam perlawanan Bola Sepak Sukan Sea di Jakarta ini ada beberapa negara dalam misi membalas dendam.

1) Malaysia ingin membalas dendam kepada Singapura akibat tewas ketika kelayakan piala dunia lalu.

2) Thailand ingin membalas dendam kepada Malaysia kerana menggagalkan mereka di peringkat kumpulan ketika Sukan Sea di laos pada tahun 2009.

3) Vietnam ingin membalas dendam kepada Malaysia kerana tewas ketika pusingan akhir sukan sea di Laos

4) Indonesia ingin membalas dengan kepada Malaysia kerana tewas dalam Piala AFF Suzuki tahun lalu.

Yeah terlalu banyak dendam bersekitaran dan rasanya semua tahu Islam tidak menyukai sifat ini. Lantaran itu, tiada satupun pasukan yang berjaya melunaskan sifat negatif tersebut. Harap dapat jadi pengajaran kepada hambaNYA bahawa dendam tidak perlu ada dalam diri jika ingin berjaya dalam hidup ini.

Tahniah kepada pasukan Malaysia dan Indonesia tidak kurang hebatnya. Aku rasa Malaysia menang sebab Allah menyebelahi Malaysia yang bertandang sebagai tetamu tetapi dihina dan diberikan layanan buruk oleh tuan rumah. Bukan ke Allah suruh melayani dan melindungi semua tetamu yang hadir. Harap ini juga dapat jadi pengajaran.

p/S: Pagi-pagi buta ni aku dah maki sorang member aku bila dia cakap Malaysia menang nasib. Hah! kan dah kena maki pagi-pagi... aku suh dia main guli jer... Penat sungguh pemain muda mempertahankan setiap robekan... senang-senang cakap nasib. Memang Hawau!!!!

Khamis, 17 November 2011

Tok Ali Tukar Kerjaya Sebagai Penarik Beca

Gambar di bawah ni tak heran la aku sebab Tok Ali ni memang jenis mudah mesra terutama kanak-kanak. Dia layang cakap dengan kanak-kanak macam member jer..

Pernah ada satu tragedi.. Tok Ali jalan kat karpet merah untuk perasmian apa ntah.. tiba-tiba datang budak umur lebih kurang 5 - 6 tahun.. menghalang karpet merah tengah Tok Ali jalan sambil memekik "Tok Ali!!" dan tangannya di depakan macam orang nak kutip tol kawin.

Lepas tu Tok Ali ketawa dan salam budak tu.. serta cubit mesra pipi budak perempuan tu... Kemudian teruskan perjalanan untuk hadiri perasmian... Itulah Tok Ali...

Kalau aku jadi budak bawah ni.. kompom aku simpan gambar ni hingga anak cucu. Aku rasa dia baru selesai jogging kot berdasarkan pakaian dia ni. Kalau tak Subuh (sebelum budak bersekolah) atau Maghrib.


Ok memang aku puji Tok Ali bab-bab begini atau berkaitan dengan hal rakyat. Memang sangat berkesan kat hati aku sebagai pemimpin berjiwa rakyat tapi Tok Alipun ada keburukan dan pernah aku citerkan sebelum ni..

Menteri Besar lainpun ada yang begini kot... termasuklah negeri PR tapi itu kena cari kat blog lain la...

Anyway.. Tok Ali teruskanlah sikap ni... kelak Tok menjadi kesayangan rakyat.

Selasa, 15 November 2011

Kedai Rakyat 1 Malaysia Di Melaka



Kedai Rakyat 1 Malaysia telah dibuka pada 15 November 2011 di tempat kedua iaitu Kota Fesyen. Lebih tepat kat area bawah bumbung tu...



Yang pertama dibuka pada 1 November lepas di Tengkera Melaka (Fakta ini pembetulan atas kesilapan yang lepas)


Sekarang tengah hebat puak Pakatan Rakyat menafikan kebaikan produk KR1M dan dibalas oleh puak Barisan Nasional bahawa perbandingan harga dan kualiti tidak tepat. Aku dengar produk 450g dibanding dengan produk 300 g.. hmmm.. memanglah tak sama. Anyway terpulanglah.. malas aku nak campur tangan.

Senang citer.. Ini kedai untuk rakyat yang kurang berkemampuan. Kepada yang mampu dan merasakan barang tersebut tidak sesuai dengan citarasa diri sendiri atau dengan kata lain low class, maka belilah di Giant atau Jusco atau kedai runcit Lim Teong Seng . Aku tak fikir mana-mana pihak PAKSA untuk beli barangan di KR1M. Kenapa bukan Mydin??? sebab KR1M ni Mydin yang pelopori. Chow..





Kapal Selam Penyerang Tiba Di Melaka

Berita sebelum ini

Kapal Selam penyerang Agosta 70 buatan Perancis telah tiba berhampiran Negeri Melaka. Kapal Selam ini akan dipamerkan 10 hari untuk orang ramai secara percuma mulai 22 November 2011 ini.



Lepas tu akan dikemaskini termasuk cat dan sebagainya untuk tujuan penaiktarafan sebagai Muzium Kapal Selam Pertama di Malaysia.

Semalam Tok Ali dah pergi melawat kapal tersebut yang dibawa oleh Kapal Kontena.


Dijangka bayaran bagi Muzium ini adalah RM3.00 bagi dewasa, RM1.00 bagi kanak-kanak dan potongan 50% bagi warga emas.

Selamat datang kapal selam.. Fuhh lepas ni jenuh aku dengar orang mengutuk lagi gamaknya.. Kesimpulannya manusia ni ada juga yang lebih suka nampak benda buruk daripada benda baik. Lebih seronok mengeji dari memuji... tak sama langsung perangai tuntutan agama.

Chow..



Persidangan Dewan November 2011

Persidangan Dewan Undangan Negeri telah dibuka oleh Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Melaka semalam. Bermana hari ini hingga khamis kecohlah sidang dewan semula. Nasib baik la pembangkang hanya dua orang wakil.. lagi tiga orang telahpun digantung oleh speaker pada sidang dewan yang lalu.

Namun, aku jangka keadaan tidak selalu aman juga sebab kalau aman sangat.. boleh jadi mengantuk.. bila gaduh-gaduh alah bergurau tu nampak cerialah kita sikit.

Aku dengar ada usul dari pembangkang mengenai Program TRAM.

p/s: esok je aku pegi memerhati kot.. hari ini kebizian melampau

Isnin, 14 November 2011

Melaka Air Mulakan Operasi

Melaka Air yang pernah dikhabaukan sebelum ini telahpun mula beroperasi pada 11.11.11 dengan penerbangan terus Melaka - Medan.

Dengan menggunakan perkhidmatan Fire Fly (ATR 72-500) akan ada penerbangan ke Medan dua kali seminggu iaitu Jumaat dan Isnin.


Sebelum ini penerbangan ke Medan daripada KLIAN atau LCCT terpaksa mengambil masa agak lama. Namun daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) masa dapat dipendekkan ke 40 minit dan terus ke Medan.

Lepas 21 November nanti terdapat juga penerbangan Melaka - Subang dengan kadar RM60.00 sehala.

Fasa kedua 2012 operasi akan dikembangkan lagi ke destinasi terus ke Pulau Pinang, Batam dan Palembang.

Tak mustahil ianya dapat dikembangkan lagi ke Phuket, Singapura dan Kota Baharu pada masa akan datang.

Untuk sebarang jadual penerbangan atau tempahan sila layari www.fireflyz.com atau hubungi Putri Holiday 06-2820576

Jumaat, 11 November 2011

Bapa Bangang Tinggalkan Anak Comel di MP

Berita ini dipetik daripada metro online.




MELAKA: Seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun setengah menangis ketakutan ditinggalkan bersendirian di tepi tandas lelaki di pusat beli-belah Mahkota Parade dekat sini, malam Sabtu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, kanak-kanak malang terbabit dilihat ditinggalkan seorang lelaki sebelum ditemui kakitangan pusat beli-belah berkenaan.


Kakitangan terbabit menunggu beberapa ketika, namun tiada sesiapa tampil mengambilnya sebelum memaklumkan perkara berkenaan kepada pengawal keselamatan.

Pengawal keselamatan turut membuat pengumuman bagi mengesan penjaga kanak-kanak terbabit, namun tiada yang tampil sebelum menghubungi polis.


Pegawai Pelindung Kanak-Kanak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Melaka Tengah, Rozana Ngawamin berkata, kanak-kanak seberat 11 kilogram itu diserahkan kepada polis kira-kira jam 11.45 malam pada hari kejadian. Katanya, polis kemudian membuat laporan sebelum membawa kanak-kanak malang itu ke Hospital Melaka (HM) bagi menjalani pemeriksaan.


“Siasatan awal dan berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pusat beli-belah itu mendapati, kanak-kanak perempuan ini ditinggalkan sehelai sepinggang oleh seorang lelaki di tepi tandas lelaki.

“Ketika ditemui, kanak-kanak ini yang belum petah bercakap hanya menangis ketakutan.


“Identitinya juga belum diketahui kerana dia juga tidak begitu memahami bahasa Melayu,” katanya ketika ditemui di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, dekat sini, semalam.

Rozana berkata, selepas melawat kanak-kanak yang dipanggil dengan nama Sofea di Hospital Melaka kelmarin, pihaknya memfailkan permohonan perintah jagaan sementara di Mahkamah Majistret, semalam.

“Sofea akan ditempatkan Kami mendapat perintah jagaan sementara bagi tempoh sebulan diputuskan Majistret Muzila Mohamed Arsad bagi menempatkan kanak-kanak ini di Taman Sinar Harapan Tunku Ampuan Najihah di Seremban, Negeri Sembilan, mengikut peruntukan Seksyen 25 (2) (a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.

“Ketika ditemui, kanak-kanak ini yang belum petah bercakap hanya menangis ketakutan.

“Identitinya juga belum diketahui kerana dia juga tidak begitu memahami bahasa Melayu,” katanya ketika ditemui di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, dekat sini, semalam.

Rozana berkata, selepas melawat kanak-kanak yang dipanggil dengan nama Sofea di Hospital Melaka kelmarin, pihaknya memfailkan permohonan perintah jagaan sementara di Mahkamah Majistret, semalam.


“Sofea akan ditempatkan Kami mendapat perintah jagaan sementara bagi tempoh sebulan diputuskan Majistret Muzila Mohamed Arsad bagi menempatkan kanak-kanak ini di Taman Sinar Harapan Tunku Ampuan Najihah di Seremban, Negeri Sembilan, mengikut peruntukan Seksyen 25 (2) (a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.

Beliau berkata, dalam tempoh sebulan itu, pihaknya akan melakukan siasatan dan menyediakan laporan sosial, sebelum memohon perintah jagaan tetap jika kanak-kanak perempuan itu tidak dituntut warisnya.

“Sesiapa yang kehilangan anak atau orang ramai yang mengetahui kanak-kanak ini diminta menghubungi Pejabat JKM Daerah Melaka Tengah di talian 06-2324797,” katanya.


Rabu, 9 November 2011

Yang Dipertuan Agong Datang Ke Melaka

Ramai rakyat Melaka tahu.. tapi mungkin ramai jugak yang tak tahu.. silap gaya lagi ramai yang tak amik tahu...

11.11.11 (Jumaat) ni Ke Bawah Duli Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah akan mencemar duli turun ke Melaka bagi merasmikan sebuah Hotel Milik Yayasan Wakaf dan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) di Pantai Puteri


Hotel ni boleh dikira tahap 3 star ni.. Kalau nak booking telefon 06-3535555. Dari segi kemudahan aku boleh puji hotel ni... Namun sebelum 11.11.11 tidak terima sebarang tempahan bagi menghormati ke bawah duli tuanku. Hotel wakaf ini dikatakan akan dibuka di setiap negeri. Konsepnya alah Islamik.. semua penyambut tetamu bertudung ayu gitu... Aku pergi dia tak keluar lagu waliband tapi bacaan al-quran je.. Jadi.. tokleh la bawak gelprennn ye.

Lagi satu Tuanku akan merasmikan dan bersolat Jumaat bersama lelaki-lelaki kacak Melaka beragama Islam di Masjid UTeM yang mampu memuatkan 4,000 jemaah dalam satu-satu masa


Sehubungan itu, aku sebagai rakyat Melaka menjunjung kasih atas kesudian Tuanku mencemar duli turun ke negeri bertuah ini.

Chow..

KM Turun Padang Selesai Masalah Monorel



Di bawah ni laporan penuh SPAD terhadap monorel dan dijangka awal Disember ini perkhidmatan monorel akan lebih mantap dan selamat dioperasikan.


Selasa, 8 November 2011

Monorail Melaka Tutup Sebulan


Ramai yang tahu bahawa Monorail Melaka terpaksa ditutup. kalau beberapa hari lepas aku nyatakan selama 2 hari tapi semalam diumumkan perkhidmatan ini dihentikan selama sebulan oleh SPAD.

Memang memalukan namun secara pandangan positif aku ada hikmahnya... Dengan penutupan selama sebulan dua perkara perlu diselesaikan semula oleh pihak Monorail.

  1. Semua manual Monorail perlu dialih bahasa daripada bahasa cina kepada Bahasa Melayu atau Inggeris
  2. Sediakan sebuah kenderaan berkren yang dipanggil "cherry picker"
  3. Perlu tambah satu alat 'apekebendantah' kat sepanjang rel bagi memastikan keselamatan lebih terjamin walaupun ketika hari hujan.
Alhamdulillah.. sebelum berlaku perkara yang lebih buruk, eloklah langkah keselamatan diambilkira lebih daripada 100%.

Ujian akan dilakukan oleh SPAD bagi memastikan keselamatan betul-betul terjamin. Bila dah dijamin oleh SPAD, maka legalah hati kita nak naik. Betul tak??



Khamis, 3 November 2011

Peluang Pekerjaan Di Melaka 19/11

Baca jelah iklan MHI di bawah ni...

Monorail Melaka Buat Hal lagi

Monorail yang telah dilancarkan pada 20.10.2010 lalu menjadi masalah dan pencemar kualiti Melaka sebagai industri pelancongan semalam. Ianya terhenti dipertengahan jalan di mana terdapat dua orang pelancong Britain terpaksa dibawa turun oleh anggota Bomba. Hari ini ianya telah diputuskan untuk berhenti operasi selama 48 jam bagi diperiksa keseluruhannya oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam darat (SPAD).

Sebelum ni pernah sekali terhenti ketika mula-mula beroperasi.. selepas tu berjaya di atasi. Hari ini sekali lagi.

Monorail yang dikatakan telah dinaiki hampir 16,000 pengunjung sejak ianya beroperasi ni bernilai RM15.5 juta.

Sebagai negeri pelancongan aspek sebegini amatlah menjadi keutamaan. Masalah seperti ini mungkin membuatkan produk pelancongan ini akan kurang mendapat kepercayaan pelancong seterusnya bakal bungkus. Oleh itu, ingatan aku bahawa sebelum sesuatu produk pelancongan dibina dan dilancarkan, aspek keselamatan dan siap siaganya perlu tip-top. Bak kata orang tua-tua.. Biar Lambat Asal Selamat.

Anyway aku yakin masalah itu akan dapat di atasi dan berharap ianya tidak berulang termasuk kepada produk-produk pelancongan lain di Melaka ini.


Selasa, 1 November 2011

CTRM Melaka Bina Airfish 8

Cerita ni dah lama tapi aku rasa wajar dikongsi.

Jumaat lepas CTRM Aviation Sdn Bhd yang berpengkalan di Melaka telah memeterai perjanjian bersama Wigetworks pte ltd dalam membina Airfish 8 di Melaka.


Airfish 8 merupakan pengangkutan air yang mampu terbang setinggi 2 - 6 meter daripada aras laut dan sejauh 500 - 600 kilometer. Ianya sesuai dijadikan produk pelancongan, pengangkutan pulau ke pulau, penguatkuasaan maritim dan pengangkutan staf bagi industri gas / minyak.

Seperti semua tahu CTRM merupakan salah satu syarikat milik Malaysia yang agak ke depan dalam prospek pembinaan kejuruteraan mekanikal. Sebelum ni CTRM telah berjaya membina UAV (Unmanned Aerial Vehicle) yang kini digunakan oleh Penguatkuasa Maritim Malaysia dan TLDM bagi memantau keselamatan Malaysia daripada diceroboh terutama kawasan utara Sabah. Walaupun ianya tidak dibina secanggih Dron atau Predator milik barat yang mana ianya berfungsi sebagai senjata penyerang namun kita masih boleh berbangga kerana ini adalah permulaan.

Berbalik kisah Airfish 8, ianya bakal disiapkan menjelang 2013 dengan kapasiti 8 tempat duduk kemudian membangunkan pembinaannya sekurang-kurang satu unit sebulan untuk dipasarkan.

sumber : MHI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Penafian: Segala maklumat yang tercoret ini adalah hasil idea dan maklumat yang diperolehi TIDAK BOLEH digunakan sebagai rujukan utama atau bahan bukti dalam apa jua tindakan.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kemudaratan yang terjadi selepas menggunakan web ini.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab atas segala ulasan yang dibuat oleh pembaca. Oleh itu, semua pengulas dapat mengulas dengan mengikut tatasusila tanpa menyentuh kepentingan agama, bangsa dan politik tanahair.

Segala kisah dan cerita di dalam ini tiada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang mati kecuali kesahihannya disahkan oleh sumber yang boleh dipercayai.

Pihak pengurusan web bersedia membetulkan apa jua fakta yang dirasakan tersilap dengan menghubungi di email miey77@hotmail.com