Khamis, 27 Januari 2011

Lagi Kerja Kosong Kat Melaka

Meh aku up lagi kerja kosong yang aku amik dari MHI..

yang kotak atas tu Planetarium.. kira macam 'baby' Kerajan Negeri..

yang kat bawah tu kilang untuk lepasan PMR dan SPM atau yang baru gred tapi tengah buntu nak cari duit poket.

so, sapa duk Melaka cakap takde kerja atau jadi penganggur.. memang patut ditunjal.. cakap jelah nak kerja yang ada kelas. ceiit.


klik untuk tumbesaran


Memanglah kalau boleh nak cari yang setaraf dengan kelayakan yang ada.. tp kalau dok antau resume jer keje nyer.. beras 5 tong pun boleh abis.

Dulu akupun pernah alami nasib sedemikian.. dalam tempoh dua bulan lepas keluar U sorgpun tak nak amik.. Kedai Makan.. Pam Minyak (masa tu top tuang sendiri), Restoran Makanan Segera, Kilangpun tak nak amik... Tapi aku yakin aku takkan selamanya menganggur andai aku berusaha..

Akhirnya kena berhijrah ke KL.. mula dari kerja sambilan.. lepas tu ke salah satu restoran kat KL.. lepas tu.. Penolong Pengurus salah satu agensi ni.. Akhirnya jadi Pengurus.. alhamdulillah..

Salah satu pengalaman tokleh lupa... Masa duk cari kerja tu.. aku pergilah satu syarikat edaran kereta.. nak cari sales berpengalaman.. dia boleh cakap kat aku "kita ni sebagai lelaki kena jugak bawak balik sekurang-kurang beras sekampit". Nak aje aku sound.. aku takde keje.. camne nak beli boras!!! Dahlah tu.. tak amik aku keje... tapi nasihat dia tu jadi pegangan aku juga. Di sebabkan itu.. aku merantau ke KL.

Kini niat aku nak bantu orang ramai dengan mewar-warkan keje kosong di Melaka... agar takde yang jadi macam aku...

chow.



4 comments:

Unknown berkata...

panjang benau mukadimah pagi ni

apek berkata...

hahaha.. kang tak tulis ada 'belasah'. ni tulis pun kena 'belasah' jugak... hahahaha

jijie berkata...

eh.. takde tarikh tutup ke? rasanya macam da sebulan iklan yang sama kuar... huhu

apek berkata...

takde tarikh tutup.. call je pejabat tu.. nape.. jijie ada mintak ker??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Penafian: Segala maklumat yang tercoret ini adalah hasil idea dan maklumat yang diperolehi TIDAK BOLEH digunakan sebagai rujukan utama atau bahan bukti dalam apa jua tindakan.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kemudaratan yang terjadi selepas menggunakan web ini.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab atas segala ulasan yang dibuat oleh pembaca. Oleh itu, semua pengulas dapat mengulas dengan mengikut tatasusila tanpa menyentuh kepentingan agama, bangsa dan politik tanahair.

Segala kisah dan cerita di dalam ini tiada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang mati kecuali kesahihannya disahkan oleh sumber yang boleh dipercayai.

Pihak pengurusan web bersedia membetulkan apa jua fakta yang dirasakan tersilap dengan menghubungi di email miey77@hotmail.com