Jumaat, 30 Julai 2010

Jawatan Kosong @ PERTAM :: 30.07.2010

lamer giler aku tak update pasal kerja Kosong..

ok aku mulakan dengan kerja kosong di Perbadanan Kemajuan Tanah Adat Melaka (PERTAM) iaitu salah sebuah anak syarikat kerajaan negeri Melaka.


  1. Akautan (Gred W41) - Lelaki - 1 kekosongan - berumur 25 - 35 tahun + Ijazah Sarjana Muda Perakaunan + mahir Komputer
  2. Pembantu Teknik Jurukur Bahan (Gred J29) - Lelaki - 1 kekosongan - berumur 25 - 35 tahun + Diploma Ukur Bahan + Mahir Komputer
  3. Pembantu Tadbir Sambilan (Gred N17) - Perempuan - 1 kekosongan - berumur 18 - 25 tahun + SPM + Mahir Komputer.
Sekiranya anda mempunyai kelayakan di atas sila hubungi 06-2843462 di Tingkat 10, Graha Maju. Jangan lambat!!

Pengumuman Gangguan Air Melaka (1 - 2 Ogos 2010)

Pengumuman kepada semua warga Melaka Tengah....

Bekalan air di beberapa kawasan akan terganggu sempena menaiktaraf dan pembaikan sistem bekalan air di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka.



Gangguan bermula 1 Ogos 2010 (jam 2 petang) hingga 2 Ogos (jam 12 tengahari).

Kawasan terlibat

  1. Melaka Raya
  2. Banda Kaba
  3. Taman Kota Laksamana
  4. Jalan Bunga Raya
  5. Lorong Panjang
  6. Bandar Hilir
  7. Jalan Chang Koon Cheng
  8. Pengkalan Rama
  9. Air Leleh
  10. Bukit Cina
  11. Bukit Serindit
  12. Durian Daun
  13. Bukit Palah
  14. Bukit Baru
  15. Bukit Sebukor
  16. Kampung Pengkalan Batu
  17. Kawasan Perindustrian Batu Berendam
  18. Peringgit
  19. Bachang
  20. Kampung Enam
  21. Taman Kesidang Indah
  22. Kampung Padang Pokok Mangga
  23. Tengkera
  24. Limbongan
  25. Lorong Pandan
  26. Klebang Kecil
  27. Klebang Besar
  28. Hospital Melaka
  29. Hospital Putra
  30. Hospital Mahkota
  31. Mahkota Parade
  32. Tesco Melaka
  33. Jusco Bandaraya
Walau bagaimanapun selepas waktu yang dikatakan diatas kemungkinan kawasan tinggi terlewat kerana pemulihan air sedikit demi sedikit.

Oleh itu simpanlah air secukupnya....


http://www.borough.shippensburg.pa.us/boroauth/facilities.html

Khamis, 29 Julai 2010

Atlet Boling Dituduh Merogol

Hari ini kat Akhbar Sinar di Melaka melaporkan satu dakwaan rogol kepada seorang atlet boling remaja kebangsaan. Dia yang berusia 19 tahun dikatakan mempunyai teman wanita berusia 13 tahun 4 bulan.

Dia dikatakan bermalam dengan kekasihnya itu di salah sebuah hotel di Melaka pada 5 Jun 2010 yang lalu.

Hmmm.. selalunya kes beginilah yang berlaku.. asalnya suka sama suka.. dah sedap baham.. tetiba mak bapak pulak tahu.. terus caj rogol.

Yelah masih bawah umur plak tu... Walau bagaimanapun si atlet itu mengaku tidak bersalah atas tuduhan tersebut. Jika disabitkan kesalahan tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan sebatan. Perghhh...

Buat malu nama Melaka je.

Sama-samalah kita mohon agar keluarga dan keturunan kita dijauhi daripada gejala ini. Kalau difikirkan memang kesalahan terletak kepada pengawasan ibubapa. Zaman kita kecik-kecik dulu.. lepas pukul 7 malam, anak gadis tak boleh keluar tanpa ditemani muhrim.. mau kena tali timba dengan mak bapak kalau berani langgar ini peraturan. Sekarang anak gadis tak balik rumahpun langsung tak risau dengan alasan study umah kawan. Bila jadi macam ni dah malu satu keluarga. Si lelakipun tak boleh kontrol itu kontol. Agaknya itulah sebab Tok Ali saran supaya kawin muda.

Harap ini dapat jadi iktibar... yang berlalu jadikan tauladan ye..

Chow.

Isnin, 26 Julai 2010

Pengangkutan Awam Baru Atasi Kesesakan Ke Bandar Hilir Melaka

Memang hujung minggu dah terkenal Melaka mengalami kesesakan terutama kawasan pelancongan di Bandar Hilir.

Bagi mengatasi masalah ini.. aku dengar citer Tok Ali dahpun mengutarakan idea untuk menjadikan river cruise sebagai pengangkutan awam dari Melaka Sentral ke Bandar Hilir..



Wah!! macam menarik.. so, letak kereta kat Melaka Sentral atau bagi yang menggunakan bas ekspress.. boleh naik kat river cruise depan Mydin lama tu... dah macam zaman dulu-dulu je ni.. kena pakat tunggu kat penambang.




Aku harap ini boleh kurangkan sikit kesesakan.. Asalkan tak jadi macam movie kat bawah ni dah lerrr... mau pendekar mustar mengamuk nanti... hahaha






Sabtu, 24 Julai 2010

MELAKA TUBUH SEKOLAH PELAJAR MENGANDUNG

Menerusi lapoan akhbar Utusan Malaysia hari ini, semalam Kerajaan Negeri Melaka bercadang menubuhkan sebuah sekolah khas kepada pelajar mengandung dan ibu muda.


Wah nampak macam giler idea ni tapi kalau kita sama-sama brainstorming mungkin jugak mencapai objektifnya. Objektif di sini ialah mengelakkan perzinaan.. lahir anak luar nikah dan paling menyedihkan pembuangan bayi.

Memangpun yang terlibat segelintir pelajar bermasalah jer.. tapi kalau kita tak bagi pelajaran kat diaorang.. lagi naya budak tu. At least mungkin dengan tubuhnya sekolah khas ini pakar kaunseling dan dakwah dapat dibuat dengan lebih teratur.

Tentang ibu muda tu.. bagi segelintir yang gatal miang tu.. Kerajaan Negeri mengalu-alukan mereka berkahwin.. yelah daripada berzina dan lahirkan anak luar nikah.. eloklah disempurnakan.. Justeru itu, Kerajaan Negeri bercadang memberikan RM500 bagi pasangan muda yang nak berkahwin bagi tujuan urusan perkahwinan dan kenduri kecil-kecilan. Nanti timbul isu penceraian??? mungkin la.. usia mempengaruhi penceraian.. tapi alah yang tua bangkapun bercerai..

Okeylah aku tak komen tentang isu ni tapi nampaknya Kerajaan Negeri Melaka bersungguh-sungguh nak tubuh sekolah ini walaupun Kementerian Pendidikan menolak cadangannya.

apapun aku harap jika hasilnya baik.. aku tetap menyokong.. kalau akhirnya tak baik.. aku tolak..

Walau bagaimanpun, ingin aku tegaskan bahawa 99% gejala sosial hari ini berpunca di rumah.. tak caya pergi selidik setiap pelajar yang bemasalah.. kebanyakan ibubapa tak amik beratpun soal diri dan perjalanan hidup mereka. Aku harap semua pembaca & ahli keluarga dilindungi Allah permasalahan sebegini.

Selasa, 20 Julai 2010

Kisah Eye On Malaysia Melaka Lagi???

Nampaknya kisah buaian gergasi di Melaka ni tak abis lagi walaupun berita gembira telah dikhabarkan oleh aku pada entry lepas.


Masa Tok Ali melawat China ari tu.. beliau telah kenalpasti syarikat yang mampu buat buaian gergasi lebih besar dengan harga RM7juta berbanding syarikat Fitraco NV RM10juta.

Apa yang lebih menarik buaian yang bakal direka ini setinggi 82 meter dengan 58 gondola berbanding yang sedia ada setinggi 60 meter dengan 42 gondola.

Namun, yang menjadi masalah ketika ini MHI 16 Julai melaporkan Fitraco NV (pemilik EOM lama) tidak memindahkan lagi buaian tersebut walaupun arahan mahkamah telah dikeluarkan pada 8 Februari lalu.

Memang nampak macam leceh.. tapi pihak Fitraco NV pun satu.. itu hari masa kerajaan negeri berunding nak beli dengan harga RM7juta. tak mahu! nak RM10juta. pastu nak alih.. dah tak alih lagi pulak. Dengar citer Kerajaan Negeri akan amik tindakan undang-undang pulak.. aku gerenti Kerajaan Negeri akan keluarkan denda sebab menduduki tanah milik Kerajaan Negeri setelah diarahkan pindah.

Tapi mudah-mudahan buaian gergasi baru tu akan direalisasi. Dengar citer.. buaian baru akan terdiri megah dalam tempoh 7 bulan selepas buaian lama dipindahkan.

Isnin, 12 Julai 2010

Entry Piala Dunia : Pilihan Yang Tepat

Minggu ni sibuk giler.. tapi disebabkan pasukan pilihan aku menang... maka aku gagahkan seminit dua pagi ni..

Tahniah kepada
Kerana memenangi


Ini memang pasukan pilihan aku sejak sebelum sepak mula dibuat. Lanjut di sini.

Tahniah sekali lagi.. tahniah.

La Furia Roja!!!

Isnin, 5 Julai 2010

Bas Kat Melaka Bakal Diperbaharui

Ramai jugak orang ramai mengkomplen pasal bas kat perkhidmatan awam kat Melaka ni.. termasuklah aku.. asap bas tak ingat.. itu belum lagi yang memotong kita macam motosikal tayar sotong pintas kita. ceitt..

Dulu seingat aku Kerajaan Negeri pernah komen kepada pengusaha-pengusaha bas tukar bas ataupun sekurang-kurangnya pastikan bas tu bersih setiap hari. Tapi punya la ek diaorang.. buat derk jer.. Mungkin tak de duit kot... tapi dah berpuluh tahun dah.. takkan tak kaya-kaya kot.

Untuk mengatasi perkara itu, Kerajaan Negeripun sewa la bas dinamakan bas panorama..

Sementara beroperasinya bas tersebut, komplen semakin meningkat, maka perkara ini diajukan oleh Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Pusat..

Tup.. tup.. hujung Jun lepas keluar dalam utusan bahawa peruntukan RM36juta yang dipohon daripada Kerajaan Pusat akan digunakan untuk menaiktaraf perkhidmatan pengangkutan awam di Melaka.

******************************************************

Petikan daripada Utusan Malaysia online

Pembelian 10 bas baru ganti bas Panorama

MELAKA 30 Jun - Kerajaan negeri dalam peringkat akhir membeli 10 buah bas bernilai RM2 juta bagi menggantikan bas Panorama yang ketika ini disewa daripada sebuah syarikat swasta sejak tiga tahun lalu.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, pembelian bas baru itu bertujuan mengelakkan kerajaan negeri daripada terus menanggung kerugian membayar sewa bas tersebut sebagai pengangkutan awam di pusat bandar ini.

Katanya, kerajaan negeri telah menanggung kerugian sebanyak RM1.2 juta bagi kos menyewa dan penyelenggaraan 10 buah Panorama itu daripada syarikat swasta terbabit sejak tiga tahun lalu.

"Dengan pembelian 10 buah bas baru ini, kita tidak perlu lagi bayar sewa dan dapat jimat banyak di situ," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Seri Negeri di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, Mohd. Ali berkata, mesyuarat tersebut telah bersetuju menubuhkan tabung pengangkutan awam yang secara dasarnya telah dipersetujui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyalurkan peruntukan sebanyak RM36 juta ke dalam tabung itu.

Katanya, dalam pertemuannya bersama Najib ketika lawatannya ke negeri ini dua bulan lepas, Perdana Menteri telah bersetuju memberi peruntukan RM36 juta ke dalam tabung itu yang bertujuan menambah baik pengangkutan awam di negeri ini.

"Sekarang ini, kita pun dah ada modul yang mana wang ini boleh bertahan dalam tempoh tiga tahun dan selepas itu ia boleh bergerak sendiri tanpa perlu kita mohon lagi wang daripada kerajaan Pusat.

"Jika modul ini dipersetujui Perdana Menteri, kesemua tujuh syarikat bas di sini boleh beli bas baru menggantikan 206 buah bas lama yang digunakan ketika ini menggunakan tabung RM36 juta itu," jelasnya.

Tambahnya, melalui modul itu, syarikat-syarikat bas boleh meminjam daripada bank untuk pinjaman pembelian bas baru yang akan dijamin oleh tabung pengangkutan awam itu.

"Syarikat kewangan pula tidak perlu takut sebab pinjaman syarikat bas itu dijamin oleh tabung RM36 juta ini," katanya.




Selat Melaka Coast Di Pantai Klebang

Dataran 1 Malaysia di kawasan Pantai Klebang yang ditambak pasir tu akan dibangunkan semula. Minggu ni Tok Ali melawat China dan pelbagai idea serta kerjasama telah dicipta. Antaranya ialah membangunkan taman tema berkonsep macam taman tema Laksamana Cheng Ho di China. Ianya akan dinamakan Selat Melaka Coast.


Semua sedia maklum, Laksamana Cheng Ho merupakan penjelajah China yang bertanggungjawab menghubungkan antara dunia Melaka - China satu ketika dulu...

Dikatakan dahulu Maharaja China memang sangat menyayangi Sultan Melaka iaitu menantunya. Hinggakan Laksamana Cheng Ho pernah membuat kenyataan yang ditujukan kepada Siam serta Majapahit bahawa.. kalau menyerang Melaka bererti menyerang Seluruh Negara China.

Suka atau tidak, susur galur Puteri Hang Li Poh wujud di Melaka. Keturunan maharaja China lahir di Melaka iaitu Paduka Mimat dan Paduka Seri Cina. Klik Sini.

Apa yang ada kat sini nanti??

Antaranya ialah

Replika Kapal Laksamana Cheng Ho, Hotel, Restoran, Kedai Cenderamata dan pelbagai alatan taman tema.

Walau bagaimanapun, pelan pembangunan akan disiapkan tidak berapa lama lagi.. Jadi nantikanlah produk baru pelancongan Melaka

Jumaat, 2 Julai 2010

Tips Memandu Dalam Hujan

Rasanya ramai yang tahu apa nak buat masa memandu dalam hujan. Kat sini aku cuma nak mengingatkan semula jer..


Selalunya bila hujan, jalan raya akan jem kaya dan jem strawberry yang agak teruk terutamanya ketika pulang pejabat atau lebih teruk nak pergi ke pejabat dan terbayang punch card merah. Namun, perlu diingat.. dalam mengejar waktu tu.. keselamatan mesti jadi keutamaan. Kalau tak keselamatan diri.. fikir jugak keselamatan orang sebelah atau kenderaan lain. Oleh itu dilistkan tips-tips memandu ketika hujan lebat:

  1. Pastikan jarak kenderaan anda dengan yang depan lebih daripada 5 detik (waktu tak hujan 3 detik). Nak tahu macammana nak kira 5 detik?? Perhatikan tiang atau pokok ditepi jalan disebelah kenderaan hadapan. Lepas kenderaan tersebut selari dengan tiang / pokok, mulai kira satu ribu satu.. satu ribu dua... satu ribu tiga.... satu ribu empat..... satu ribu lima. Pastikan tiang/pokok berada di sisi kenderaan anda. Itu maksudnay 5 detik atau lima saat.
  2. Semua orang tahu jalan licin ketika hujan. Jadi bawaklah perlahan walaupun tak de kenderaan di hadapan. Kerana semakin laju kenderaan di bawa.. semakin kurang daya tarikan graviti (wah macam saintis la plak). Bila kurang daya tarikan graviti kereta menjadi ringan. So, bila terkena arus air yang mengalir dijalan raya.. kenderaan kita akan mengelincir laju mengikut arus. Nah!! kan naya nak kena tarik balik kereta yang terperosok dalam longkang? Perkara ni pernah berlaku pada seorang kawan aku.. akibatnya dia langgar pembahagi jalan. Mengikut pengalamannya.. kenderaan tidak boleh dikawal ketika itu.. brek dan stereng seolah-olah tiada fungsi.
  3. Pemanduan perlahan jugak diperlukan kerana pandangan pemandu akan menjadi terhad. Lainlah kalau kereta kauorang ada radar.
  4. Pastikan lampu kenderaan dibuka.. tak payahlah bukak lampu limpah stadium tu.. sebab walaupun hujan kita takdelah sampai tahap negara barat yang bila salji pandangan haya 1-3 meter sahaja. Kalau hujan lebatpun kita ni, 10 meter boleh nampak lagi kot. Buka lampu ni penting bukannya semata-mata nak suluh jalan.. tapi nak pastikan kenderaan dihadapan dan belakang kita tahu kewujudan kenderaan kita tu. Lampu Hazard?? wei tak payah pasang sebab selalunya kegunaan lampu tu untuk kecemasan kenderaan yang tidak bergerak atau perlu bergerak kerana kecemasan. Takkan jalan dalan hujanpun nak cemas.. relaks la bro.
  5. Sabarlah terutama di trafic light. Sebab ketika tu.. memang akan jem dan yang paling menyusahkan dah kuning pun still nak lepaskan lampu isyarat.. Kalau lepas satu citer.. ini sangkut kat tengah-tengah lampu isyarat sebab kenderaan depan tak bis jalan.. dahhhh abis jalan sebelah tak boleh lalu sebab dihalangan kenderaan di tengah lampu isyarat tu. Itu kalau orang nampak.. kalau tak perasan.. diaorang langgar??? baik nak cepat terus lencun dalam hujan nak settlekan kerosakan..
  6. Beri perhatian lebih dalam memandu... sebab kalau kita ikut peraturan pun mungkin ada plak terselit sekor dua si bangang yang memandu berbahaya. Dengan itu, refleks cepat dapat kita buat. Jangan masa ni.. sibuk dengan awek main gosok-gosok plak.. terperosok bawak treler aku tatau.
Oklah itu sikit sebanyak tips untuk anda yang memandu dalam hujan.. aku harap semua pembaca blog aku dilindungi Allah a.w.t. selalu.

Hujan Harian Di Melaka

Dalam tempoh seminggu ini.. boleh dikatakan setiap hari akan berlaku hujan lebat di Melaka... kalau tak siang.. malam atau awal pagi akan hujan...



Air sungai dan parit semua dah cecah tebing.. kalau berterusan 4-5 jam.. aku gerenti banjir. Itupun aku dengar beberapa kawasan kat area peringgit dahpun dinaiki air hingga ada yang dipindahkan ke tempat yang lebih selesa.

Kawasan Tebatan banjir yang sedang dibina di kawasan Jalan Tun Sri Lanang dan Mata Kuching sedang giat dipersiapkan. Dengar citer minggu lepas Tok Ali dah pergi lawat kawasan tu dengan berjalan kaki sepanjang parit kat area situ.. abis belakang-belakang rumah orang dan jamban dia lalu.. sebab nak pastikan laluan air betul-betul diperbaiki. Orang citer sampai hampir 3 km dia jalan. Perggghh.. begu tok.. teruskan kerja sebegitu. Walaupun saya berada 'di atas pagar' tapi saya suka cara datuk.. harap-harap datuk ajarlah cara datuk ni kat ADUN-ADUN yang lain. Kalau semuanya macam datuk termasuk pihak pembangkang... saya yakin bukan je Melaka.. malah Malaysia pun boleh gegar dunia. Jadi, dalam hal membangunkan negara ni perlu pengemblengan tenaga semua pihak tak kira la kerajaan atau pembangkang. Kalau semua ikhlas dan rajin.. insyaAllah rakyat semua yang sejahtera.

Berbalik citer pasal hujan ni.. sama-samalah berdoa agar bencana buruk yang lepas tidak berulang dan dengan siapnya tebatan banjir tersebut, harap-harap kawasan mata kuching akan terselamat daripada banjir. Mana yang sedang alami bencana tersebut.. harap bersabar atas ujian tersebut.

Chowww..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Penafian: Segala maklumat yang tercoret ini adalah hasil idea dan maklumat yang diperolehi TIDAK BOLEH digunakan sebagai rujukan utama atau bahan bukti dalam apa jua tindakan.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kemudaratan yang terjadi selepas menggunakan web ini.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab atas segala ulasan yang dibuat oleh pembaca. Oleh itu, semua pengulas dapat mengulas dengan mengikut tatasusila tanpa menyentuh kepentingan agama, bangsa dan politik tanahair.

Segala kisah dan cerita di dalam ini tiada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang mati kecuali kesahihannya disahkan oleh sumber yang boleh dipercayai.

Pihak pengurusan web bersedia membetulkan apa jua fakta yang dirasakan tersilap dengan menghubungi di email miey77@hotmail.com