Jumaat, 22 April 2011

Keadaan Melaka Sebelum Parameswara Datang

Kauorang tahu tak sebelum Parameswara datang Melaka dan mengalami peristiwa ini, bagaimana keadaan Melaka???
Meh ikuti kajian bijak pandai termasuklah cerita nenek moyang orang Melaka..

ce citer... ce citer...

Kerajaan Melaka ni dikatakan ditubuh di Bukit Melaka di mana lepas kedatangan Portugis albukaki dikenali sebagai Bukit St. Paul. (berapa banyak perkataan -di- daaa).
Bukit Melaka tu memang tebing laut di mana ntah tahun ke berapa zaman moden, tanah berdirinya Mahkota Parade dan Dataran Pahlawan ditambak oleh Kerajaan Negeri Melaka hari ini.

Menurut ceriteria terdapat satu penempatan kecil di area muara Sungai Melaka (Mungkin kat Bangunan Merah tu). Ia didiami lebih kurang 10 - 20 keluarga Orang Selat ataupun masyarakat nelayan selat. Kerjanya ke laut jelah.. muak giler agaknya makan makanan laut. Ntah berapa ramai yang kena gout akibat banyak sangat makan kerang, udang, ketam dan kupang.

Kancil putih tu macam ayam dalam reban je diaorang bela.. pokok Melaka tu macam pokok kelapa ditepi pantai.. Muda mudi merendekpun bawah pokok Melaka.. tiada orang yang menghalang pe-rendek-an itu kerana JAIM belum lagi diwujudkan. Begitu juga MAIM.

Kemudian barulah Parameswara muncul daripada Bertam ulu selepas kembali dari pengembaraan di Singapura dan terus mendirikan Istana berhampiran Sungai Melaka. Sementara itu pengikut duduk di bertentangan sungai. Barulah ada tanaman padi dan sebagainya.. pekerjaan mula dipelbagaikan. Sistem barter mula diperkenalkan secara tidak rasmi.

Setelah puas asyik-asyik berenang je kalau nak mengadap Sultan, maka merekapun membina satu jambatan kayu bagi menghubungkan Parameswara dan rakyat. Bermula la kisah kesetiaan rakyat dan raja di Melaka.

Itulah kisahnya yang disebut dari mulut ke mulut...

Sekian.

Khamis, 21 April 2011

CCTV Di Bandaraya Melaka


Kawasan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah akan terus direalisasikan sebagai bandar selamat apabila sebanyak 55 buah cctv dipasang.

Kawasannya yang menjadi tumpuan adalah kawasan pelancongan dan kawasan hitam. Spesifik tak dikeluarkan bagi tujuan memastikan keberkesanan dan keselamatan cctv itu sendiri.




Memanglah kadang-kadang penjenayah tidak kisah ada cctv atau tak.. tapi sekurang-kurangnya dengan ada CCTV, maka bukti yang kukuh boleh diwujudkan sekiranya jenayah berlaku dan tangkapan boleh dibuat dengan lebih berkesan. Nak harap kita ingat no plat motor peragut.. mau terkebil-kebil macam cicak lepas lalu sebelah lampu kalimantang.

Rabu, 13 April 2011

Produk/Premis Ditarik Semula Sijil Halal


Menerusi laman web JAIM yang aku semak hari ini 13 April 2011, berikut senarai produk dan premis yang ditarik semula sijil halalnya.
Oklah... tepuk dada tanya iman.

TAHUN 2009 - 2010

1. DRAGON DELUXE SEAFOOD RESTAURANT SDN. BHD.
Semua Masakan & makanan. Sijil halal ditarik semula pada 21 Disember 2009

2. PRIDE & PRAISE (M) SDN. BHD. “W.S”
Masakan Mee Kuning, Kuey Teow. Sijil halal ditarik semula pada 25 Februari 2010

3. RENAISSANCE MELAKA HOTEL (OLIO RESTAURANT)
Semua Masakan & makanan di Olio Restaurant. Sijil halal ditarik semula pada 3 Ogos 2010


PADA TAHUN 2011

4. DUSUN TROPIKA SDN. BHD.
Semua Masakan & makanan. Sijil halal ditarik semula pada 3 Januari 2011

5. ONG HUP LEE TRADING “Cap Budak dan Kuda”
Kopi Campuran. Sijil halal ditarik semula pada 3 Januari 2011

6. ITALY BAKERY
NO. 155 JALAN BUNGA RAYA,
MELAKA.
NO. SIJIL : A 01853 – A 01854

ITALY BAKERY
NO. 590 JALAN MERDEKA,
TAMAN MELAKA RAYA,
MELAKA.
NO. SIJIL : A 01855 – A 01856

PENGURUS,
ITALY BAKERY,
NO. 31, 31-1, JALAN SP1,
TAMAN SEMABOK PERDANA,
MELAKA.
NO. SIJIL : A 01857 – A 01858

ITALY BAKERY
NO. 33-B JALAN KENANGA 3/25,
TAMAN KENANGA SEKSYEN 3,
BACHANG, MELAKA.
NO. SIJIL : A 01879 – A 01880

ITALY BAKERY
NO. 7, JALAN MELAKA BARU 22,
TAMAN MELAKA BARU,
BATU BERENDAM, MELAKA
NO. SIJIL : A 01881 – A 01882

ITALY BAKERY
NO. 4, JALAN SERI MANGGA,
SEKSYEN 1,
MELAKA.
NO. SIJIL : A 01883 – A 01884

ITALY BAKERY
NO. 3564-B, BUKIT BARU,
MELAKA.
NO. SIJIL : A 01885 – A 01886

Pelbagai jenis kek. Sijil ditarik semula pada 3 Januari 2011

7. D FRESH FOOD INDUSTRIES “D’Fresh”
Produk yang terlibat Minuman Susu Yogurt, Perisa Strawberi, Oren,Anggur, Epal Hijau.
Sijil ditarik semula pada 14 Februari 2011

sumber: JAIM


Pertandingan Burung Tekukur, Merbuk & Serama Melaka

Kepada peminat burung tekukur/ merbok atau saja nak bawak anak-anak tengok burung, pada 17 April ni sempena ulangtahun Melaka Bandaraya Bersejarah, satu pertandingan seni suara burung merbuk/tekukur diadakan di Bukit Serindit.

Di pertandingan ini seramai 300 burung akan menyertai dan beberapa negara luar turut menyertainya seperti Thailand dan Singapura.



Pada masa yang sama Pertandingan Ayam Serama peringkat kebangsaan turut diadakan.





Isnin, 11 April 2011

Pesta Gendang Nusantara 2011

Seperti ramai yang ketahui pada 15 April merupakan tarikh sambutan Melaka sebagai Bandaraya Bersejarah dan tahun ini merupakan tahun ke-8. Seperti kebiasaan pelbagai acara diatur dan yang paling mendapat sambutan ialah Pesta Gendang Nusantara (PGN).

Bagi tahun 2011, PGN bakal bermula 9 April di empat destinasi utama pelancong iaitu Jonker Walk, Melaka Mall, Menara Taming Sari dan Taman Rempah. Malam kemuncak diadakan di Dataran MBMB pada 15 April 2011.

Difahamkan pesta kali ini akan menyajikan persembahan oleh enam pasukan gendang tempatan, 12 pasukan dari Indonesia, dan masing-masing satu persembahan oleh pasukan dari India, Sri Lanka, Korea Selatan, Thailand dan Singapura.

Bagi warga Melaka sudah tentulah 15 April tu cuti umum. Jadi jom ramai-ramai serbu sambil tengok anak-anak kita main air pancut dari lantai.

Contoh persembahan tahun-tahun sudah






Drive Thru Untuk Bayar Bil MBMB

Berita ni dah sebulan tapi aku terlepas pandang untuk dipaparkan ke blog ni..

Mulai Februari 2011 lalu, Pembayaran saman, cukai dan bil berkaitan MBMB termasuk bil air dan elektrik sekarang boleh dibayar melalui drive-thru. Atau bahasa kampung.. takyah turun kereta.. kunci kereta.. jalan kaki ke bangunan.. amik no.. tunggu.
Sekarang dalam kereta sambil dengar lagu kegemaran.. boleh melalui drive-thru dan bayar segala-galanya. Satu inovasi yang sangat bijak daripada Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah.



Untuk lakukan pembayaran, semua boleh ke Gaha Makmur dan bawa sekali bil/resit asal. Bayar melalui cek pun boleh tapi buat masa ni sistem kad kredit masih dalam upgrade. InsyaAllah dalam tempoh terdekat boleh la guna kot.

Khamis, 7 April 2011

Pengumuman Penangguhan Konsert Double Trouble

Konsert Double Trouble yang dijadualkan di Stadium Hang Jebat pada 16 April 2011 lalu terpaksa ditunda pada 27 Mei 2011 bertempat di tempat yang sama.

Ini kerana pada 16 April adalah hari Melaka menyambut ulangtahun Bandaraya Bersejarah.

Ketika konsert kelak, terdapat cabutan bertuah yang menawarkan Perodua Viva, 2 motosikal Modenas Kriss dan 5 Apple I-Pad.

Choww..

Jumaat, 1 April 2011

Hard Rock Cafe Di Melaka


Menjelang September tahun depan, Hard Rock Cafe ketiga Malaysia akan dibuka di Melaka di mana menelan belanja RM15juta dan ditempatkan di kawasan Jonker Walk.

Dibina di atas tapak seluas 1,858 meter persegi merupakan cawangan ketiga selepas dibuka di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Pengerusi Hard Rock Cafe menyatakan bahawa mereka akan menerapkan identiti seni bina klasik selaras dengan kawasan Melaka sebagai world heritage atau tapak warisan dunia UNESCO.

Kepada makcik-makcik, lepas ni nak cari pakcik kat sini la ye...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Penafian: Segala maklumat yang tercoret ini adalah hasil idea dan maklumat yang diperolehi TIDAK BOLEH digunakan sebagai rujukan utama atau bahan bukti dalam apa jua tindakan.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kemudaratan yang terjadi selepas menggunakan web ini.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab atas segala ulasan yang dibuat oleh pembaca. Oleh itu, semua pengulas dapat mengulas dengan mengikut tatasusila tanpa menyentuh kepentingan agama, bangsa dan politik tanahair.

Segala kisah dan cerita di dalam ini tiada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang mati kecuali kesahihannya disahkan oleh sumber yang boleh dipercayai.

Pihak pengurusan web bersedia membetulkan apa jua fakta yang dirasakan tersilap dengan menghubungi di email miey77@hotmail.com