Isnin, 24 Januari 2011

N27 Merlimau : Perkenalan

Sekarang sedang bergelora DUN di tenang.. lepas ni confirm kat DUN Merlimau pulak. Percaturan calon sedang giat berlaku di Jasin tak kiralah di pihak parti UMNO ataupun PAS. Semalam Tok Ali umumkan bahawa Bahagian Jasin perlu cadangkan 3 calon untuk dipertimbangkan. Beberapa nama telahpun berlegar-legar di bibir penduduk Melaka umumnya dan warga Merlimau khususnya.

Pengundi kalau ikut rekod pemilihan PRU-12 adalah 10,471 orang. Rata-rata status pengundi sini yang aku kenal adalah pekerja sektor swasta dan yang bekerja sendiri atau pesara. Moodnya pula kebanyakan tidak menunjukkan sangat pendirian sebenar dan dipengaruhi mengikut keadaan semasa. Sememangnya diakui masing-masing ada kubu masing-masing namun, UMNO dilihat lebih berat di kawasan ini terutamanya bagi penduduk Simpang, Pengkalan Samak, Merlimau teluk, Permatang Bukit, Pasir Gembur, Kilang Berapi, Lipat Kajang, Semujuk, dan beberapa tempat lagi. Kawasan PAS dilihat lebih di Merlimau Pasir dan Chinchin (sebahagiannya dikatakan mengundi bagi DUN Merlimau) di mana terdapat markasnya di situ. Bagi Taman Merlimau Baru penduduknya rata-ratanya adalah berbangsa Cina dan semua tahu bahawa pengundi Cina sukar diramal.


Walau bagaimanapun, saranan aku kepada mereka yang berkempen di Merlimau ialah DUN-DUN di Melaka memerlukan seorang pemimpin yang boleh dipercayai. Tawanlah hati dengan menifesto yang rasional dan logik... dan yang paling aku menyampah sebagai pengundi atas pagar di Melaka ni ialah sikap memburuk-burukkan lawan. Bagi aku pemimpin yang memburukan lawan sebagai agenda utama bukan pemimpin yang bagus untuk diteladani apa lagi untuk memimpin. Calon seumpama itu hanya tahu cari salah orang tapi salah sendiri disorok bawah bantal busuk. Cubalah keluarkan idea-idea yang bernas dalam mewakili rakyat dan kalau boleh rakyatpun tak pernah fikirpun idea itu serta paling penting ia boleh dilaksanakan.. barulah rakyat terbuka hati... Aku percaya dengan calon sebegitu tak kiralah parti mana, insyaAllah pengundi akan memihak kepadanya.

Aku pernah mengikuti satu ceramah yang dibuat oleh satu parti ketika PRU-12. Tukang kempen (bukan calon) 100% menceritakan keburukan Pembangunan Melaka ketika itu. Di sudahi dengan salam. Ceiit baik tak yah kempen.. buat orang sakit hati.. Kempen ni nak amik hati!!! Tak kiralah kalau memang dah bagus.. ahli parti lawanpun boleh sokong kita.

Selamat Datang Ke Melaka Semua.



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Penafian: Segala maklumat yang tercoret ini adalah hasil idea dan maklumat yang diperolehi TIDAK BOLEH digunakan sebagai rujukan utama atau bahan bukti dalam apa jua tindakan.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kemudaratan yang terjadi selepas menggunakan web ini.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab atas segala ulasan yang dibuat oleh pembaca. Oleh itu, semua pengulas dapat mengulas dengan mengikut tatasusila tanpa menyentuh kepentingan agama, bangsa dan politik tanahair.

Segala kisah dan cerita di dalam ini tiada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang mati kecuali kesahihannya disahkan oleh sumber yang boleh dipercayai.

Pihak pengurusan web bersedia membetulkan apa jua fakta yang dirasakan tersilap dengan menghubungi di email miey77@hotmail.com