Selasa, 24 November 2009

SUKMA MELAKA XIII GOLF CHALLENGE TROPHY

Gambar Hiasan:pmubd.wordpress.com


Pertandingan Golf ni dibuat untuk menyemarakkan lagi SUKMA yang bakal berlangsung.. Pertandingan ini dijangka disertai seramai 12,000 orang peserta daripada 60 buah kelab golf seluruh negara termasuk sebuah daripada Brunei. Hadiah keseluruhan bernilai RM500,000. Mak ai.. ramai giler... dengar citer ia bakal menempa nama di dalam Malaysia Book Of Records.

Walau bagaimanapun aku yakin Tiger woods tak main la.. kalau dia main.. terloponglah 12,000 pemain tersebut... Wah! kedai golf kat Kota Cemerlang dan Mahkota Parade larislah lepas ni...

Diingatkan pakcik yang pegang sabit tidak dibenarkan menyertai ye.. sebab kang abis rumput padang golf ditebasnya...


SEJARAH MELAKA (BAB 3 : PEMERINTAHAN SULTAN MUHAMMAD SHAH)

Sambungan daripada Bab 1 dan Bab 2

Sultan Muhammad Shah ni adalah pengganti Sultan Iskandar Shah a.k.a Parameswara.. Baginda ni memerintah mengikut lunas Islam.. ialah kau bayangkanlah masa dia kecik lagi bapa dia dah peluk Islam.. gerenti la dia dididik dengan ajaran Islam... Asalnya nama dia Sri Maharaja... Fuh! power la punya nama... agaknya imam kata sri Maharaja tak bagus kot sebab kerana perkataan 'Sri' tu nampak mcm pompuan jer... tapi aku yakin baginda tak auuww... menci.. menci.. ai.. InsyaAllah... Oleh itu.. tukar la nama.. lagipun baru-baru peluk Islam nama Muhammad kan glamor.. Masa tu rakyat biasa je pakai nama poyo-poyo ni seperti Kulup.. Kuntum.. Perahu Layar.. Ranting... kemenyan.. Setanggi.. dan sebagainya.. Alahai.. nama 'buruk' pun ada.. kau tak caya cuba tanya nek moyang kauorang..

Sambung lagi... Baginda memerintah 1424-1444... Baginda mula mengamalkan prinsip menyebarkan agama Islam terutama yang datang dan nak kahwin dengan orang Melaka... Baginda dapat dua orang anak iaitu Raja Kassim yang tua dan Raja Ibrahim yang bongsu.. Lepas dia mangkat start la perpecahan.. kauorang pun tahu kalau ada dua orang anak mesti la gaduh2.. rebut2 harta... berlaku ketidakpuasan hati dan sebagainya... Nanti aku citer la ye.. Sorang baik alah-alah Bawang Merah (versi Melayu) dan seorang mak ai macam Bawang Putih (versi Melayu). So, kauorang boleh agak kan kesudahannya tapi terus terang lain la kesudahannya. Dalam movie boleh la.. heroin atau hero menang.. tapi dalam dunia realiti tak semestinya bro... silap-silap gaya kau kena lenyek-lenyek macam belacan wooo..

Nanti aku sambung ye.. chow..

SEJARAH MELAKA (BAB 2: PEMERINTAHAN PARAMESWARA)

Bab 2 ini merupakan kesinambungan daripada Bab 1.

Pilihan Parameswara memilih Melaka sebagai negerinya memang tepat. Rupanya Melaka berada di tengah-tengah laluan antara China dan India dan Timur... Yelah boleh la jadi tempat menukar air baru dan membuang 'air' yang ada... Berbulan-bulan belayar mau tak penuh air sampai kepala... silap2 picit lengan pun boleh terpancut wooo... Aku rasa menyesal giler Eropah tak buka tanah kat area Melaka ni... Kalau tak mau keturunan orang Eropah aku skang ni.. hahaha..

Akhirnya Melaka menjadi pusat perdagangan termasyur. Antara yang didagangkan ialah sutera dan porselin dari China, kain dari Gujerat serta Coromandel di India, kapur barus dari Borneo, cendana dari Timor, buah pala dan bunga cengkih dari Molucas, emas dan lada hitam dari Sumatera serta timah dari Tanah Melayu.

Cuma yang aku tak puas hati kenapa orang Melaka pada masa tu tak popularkan belacan dengan cencalok.. kalau tak gerenti dua benda tu dah famous kat serata dunia... apa la orang Melaka ni.. tapi aku tahulah sebab apa kerana aku kan keturunan daripada Melaka walaupun arwah bapa aku asal Bugis Selangor. Sebabnya ialah orang Melaka kaya raya masa tu.... yelah sewa tanah untuk dirikan gerai je dah cukup buat makan 2-3 bulan... Ada Sastera Melayu kata.. pada masa tu.. kanak-kanak di Melaka main emas macam main batu seremban... Fuh!!!.. gila kayanya... mau pompuan zaman tu baju sulam2 pakai emas kot. Patut la jambatan ke Gunung Ledang selamba je pakai emas...

Sambung balik... beratus kapal singgah woo dalam setahun... kauorang bayangkan kalau cukai dikenakan... kaya raya Datuk Shahbandar (dia yang jaga pelabuhan kan??)

Pada 1404 hubungan Melaka mula terjalin bersama China menerusi utusan diraja China bernama Laksamana Cheng Ho. Laksamana Cheng Ho pun Islam, kau orang tahu kan?? maka terjalin la hubungan antara dua negara.

Kemudian pada 1414, seorang ulama datang ke Melaka dan seterusnya Parameswara memeluk Islam dan tukar nama Sultan Iskandar Syah.

Parameswara ni plak dikatakan berkahwin dengan Puteri Ratna iaitu anak Raja Pasai.. Jangan cari pasai nooo.. kahwin punya kahwin akhirnya dikurniakan seorang Putera...

Masa ni hubungan dua negara terus terjalin.. macam biasalah ada lawatan sambil belajar diaorang buat. Buat paper program lawatan belajar tapi mungkin melancong la.. alah kauorang macam tatau la plak strategi ni... Tapi pada masa tu rakyat Melaka 2,000 orang. Gila ker nak memberontak.. Pembangkangpun takde. Nak membangkang tak pasal-pasal kena pancung jer... Baik la diam.. lagipun bukan boleh mengundi Sultan lain pun.. SPR pun takdak. SPRM lagi la takdak!

Ada yang bagitau dalam tahun 1414 Parameswarapun mangkat... ada yang kata 1424 wallahualam... tapi lepas tu Sultan Muhammad Shah iaitu putera Sultan Iskandar Shah take over itu Melaka.. Nanti aku citer sket pasal sultan Muhammad Shah ni.. dia antara Sultan Melaka yang baik wooo...

Orang kata kat wikipedia.com ini gambar Parameswara.. Tapi kalau orang hentam jer sapalah yang tahu.. dah berapa ratus tahun daaaa... Kalau kauorang nak lukis orang lidi dan kata itu Parameswarapun sapa tokleh larang.. kauorang buat jelah...


Isnin, 23 November 2009

Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya

Melaka akan dapat lagi satu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Dulu ada 3.. iaitu Melaka Tengah, Jasin dan Alor Gajah. Lepas ni Melaka Tengah anjak sikit ke Sungai Udang.. pastu area Bukit Katil dan Ayer Keroh dibawah pentadbiran MPHTJ mulai1 Januari 2010... Mengikut MHI yang aku baca.. MPHTJ meliputi Batu Berendam, Ayer Keroh, UTeM, bemban, Gangsa dan Peringgit.

Makin banyak PBT makin mudah la nak selenggara.. tapi kalau makin banyak masalah sampah daripada kutip berjadual terus tak kutip.. memang aku tunjal-tunjal kepada Yang Dipertua PBT... menyusahkan orang jer... Tapi aku yakin ini memudahkan tugas MBMB supaya fokus kawasan belum membangun dan MPHTJ fokus penyelenggaran dan pembersihan.. cayalah Melaka..

Siri II

Kisah jawatan Kosong kat SINI

Melaka Antara 10 Tempat Pilihan Dunia

WOOOOOoo... betul ker tajuk aku tu?? aku tak puas hati.. aku baca balik MHI hari Ahad semalam.. betul la.. Melaka tempat keempat selepas El-Salvador, Jerman dan Greece... Gila la.. memang power la industri pelancongan Melaka.. patutlah aku tengok orang Melaka berjalan semua hidung kembang kempis... bangga rupanya.. hahaha...
Survey ni dijalankan oleh lonelyplanet.com bagi mengenalpasti keinginan penduduk dunia melawati tempat pelancongan pada tahun 2010 nanti.. Hu hu hu.. aku rasa pasni jual air mineralpun laku kat Melaka ni... Member aku kata dia nak jual pompuan... cheitttt.. kotor punya orang.. errr... Rusia punya ada tak beb?
Ok aku teruskan tempat pilihan dunia yang lain... Tempat Kelima Morocco, Himalaya Nepal, New Zealand, Lisbon Portugal, Courtyard Suriname dan Mid Town Manhattan New York.

Walau bagaimanapun aku tak la hairan sangat sampai tak boleh tidor memikirkan hal ini.. Kan Melaka terpilih sebagai bandar warisan dunia.. tentulah ramai foreign yang tahu dan ingin mengetahui negeri Melaka. Hari ini pun aku oleh kerana dah cuti sekolah.. Melaka semakin sesak.... aiii.. setiap hari terpaksa aku fikirkan alternatif jalan yang tak sesak ke sesuatu tempat ingin kutujui...


WELCOME TO MELAKA
VISIT MELAKA MEANS VISIT MALAYSIA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Penafian: Segala maklumat yang tercoret ini adalah hasil idea dan maklumat yang diperolehi TIDAK BOLEH digunakan sebagai rujukan utama atau bahan bukti dalam apa jua tindakan.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kemudaratan yang terjadi selepas menggunakan web ini.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab atas segala ulasan yang dibuat oleh pembaca. Oleh itu, semua pengulas dapat mengulas dengan mengikut tatasusila tanpa menyentuh kepentingan agama, bangsa dan politik tanahair.

Segala kisah dan cerita di dalam ini tiada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang mati kecuali kesahihannya disahkan oleh sumber yang boleh dipercayai.

Pihak pengurusan web bersedia membetulkan apa jua fakta yang dirasakan tersilap dengan menghubungi di email miey77@hotmail.com