Khamis, 21 Jun 2012

Penduduk Melaka Awas 23 Jun @ Jalan Hang Tuah

Pengumuman kepada Rakyat Melaka dan pelancong.

Pada 23 Jun 2012 (Sabtu) ni Kerajaan Negeri Melaka akan melancarkan UTC di Wisma Persekutuan lama. Dijangka 100,000 orang kehadiran disasarkan.

Apa yang penting yang ingin aku khabarkan ialah Jalan Hang Tuah dan Jalan Tan Chay Yan di tutup selama 8 jam mulai jam 6 pagi hingga 2 petang. Oleh itu, bagi yang ada kerja mendesak di kawasan itu diharap dapat menggunakan Jalan Tun Ali (Courts Mamout lama) dan di situ kawasan parking juga disediakan. Bagi yang ingin memeriahkan dijemput hadir kerana sungguh banyak aktiviti dan pameran berguna telah disediakan oleh Kerajaan Negeri Melaka.



Tentang UTC nantilah aku citer panjang.

Chow..

Jumaat, 15 Jun 2012

Airbus A320 Landing di LTAM

Sebelum ni, kecoh bila airbus AirAsia tak mau turun kat Melaka. Sampai jadi bahan senda segelintir pihak. Tapi aku tahu perangai Ketua Menteri Melaka ni.. Selagi dia rasa perkara yang dia buat itu logik, dia akan bikin sampai berjaya.

Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) aku dah citer panjang lebar dah sejak zaman pembukaannya lagi. Setakat ATR Firefly memang dah biasa turun atas perut bumi bertuah ini, Boeing 737-500 milik Riau Airlines pun dah turun.

Baru-baru ni turun plak Airbus A320 milik Air Asia melakukan ujian pendaratan di LTAM dan alhamdulillah selamat landing dengan jayanya. Maka kemungkinan perbincangan positif dapat dilaksanakan di negeri Melaka yang melibatkan AirAsia.




 Gambar cilok daripada FB

Semoga Melaka lebih bertambah maju dan makmur dengan kehadiran LTAM ini. Kepada yang banyak komplen, cuba la sesekali rasa bersyukur sebab Melaka ni telah / sedang dimajukan untuk berada di tahap terbaik. Ni asyik-asyik kauorang citer hutang Melaka banyak. Kalau Melaka ni tak berhutang, aku gerenti kita hanya ada kota A-Famosa dan Bukit St. Paul tu untuk dilawati sampai kiamat. Yelah.. peruntukan yang kita perolehi hanyalah mengikut Perkapita. Berapa kerat sgt bilangan penduduk Melaka ni. Lagipun yang kita hutang pun kat bapak kita (Kerajaan Persekutuan). Bukan hutang dengan bank atau kerajaan singapura. Tok sah la rasa iri hati dan selak keburukan jer.. sesekali kena rasa bersyukur.. takut nanti Allah tarik balik kesenangan yang diperolehi ini.

Ok Chow.

Jumaat, 18 Mei 2012

Guru + Hukuman = Manusia

Happy Belated Teacher's Day.

Selamat Hari Guru walaupun lewat. Sememangnya aku sangat menyanjungi seseorang yang aku gelar guru. Tambahan pula, 3 daripada 6 adik beradik aku merupakan guru manakala 2 kakak ipar aku pula guru. Jadinya 5 daripada 6 keluarga adik beradik aku menerima rezeki sebagai seorang guru. Kecuali aku seorang. Hehehe

Imbas kembali kenangan zaman aku persekolahan di tahun 90an. Banyak jugak kenangan lucu gelagat seorang guru dengan hukumannya.  Antaranya

Masa tingkatan 2, kelas aku di tingkat 3 berhadapan padang sekolah. nun selepas padang sekolah deretan pokok kelapa sawit. Ntah apa kesalahan kami satu kelas.. Cikgu Mat Kalip (nama sebenar) iaitu Cikgu Seni suruh kami lari dari kelas ke pokok kelapa sawit nun sana dan ambil sehelai daun kelapa sawit dalam masa 3 minit. Kalau lebih pergi sekali lagi.. amik lagi selai. Pergh giler.. dengan satu sergahan.. terbas semua lari dah macam anak itik kena sergah Pak Mat Mudim.Belarilah kami semua pergi turun tingkat satu.. dan terkedek-kedek tengah padang lelaki dan wanita berlari nak dapatkan daun kelapa sawit. Member sebelah aku berlari bagai nak rak.. Dalam hati aku tokleh jadi ni.. kang kalau aku lambat habis plak daun kelapa sawit... Bila tiba kat pokok kelapa sawit... semua jadi bengong sebab tak tahu nak putuskan daun tu.. pisau pun takde.. ceh kejadah sungguh. Dengan berkat kesungguhan, akhir boleh plak budak-budak ni dapatkan.. tapi masa memang dah lebih laa... Akhirnya sekembali ke kelas dengan oksigen yang tak berapa cukup.. Cikgu Mat Kalip suruh bertenang dan berkata.. hari ini saya ingin mengajar membuat ketupat. Ceh!! hawau nye cikgu.

Cikgu ni jugak suka rendam budak-budak nakal dalam kolam sekolah sehingga waktu rehat. Kalau sekarang buat macam tu, mau dah masuk balai kot. Nampak gaya memang budak-budak dulu lagi keras hati.. Tak berani nak ngadu dengan mak bapak.. mau dapat pelempang lagi kot.

Kemudian di tahun yang sama ada Cikgu bernama Zainuddin yang mengajar Bahasa Melayu. Hukumannya terbahagi kepada tiga dan kita boleh pilih.

1)  Cari 20 duri semalu lengkap dengan akar, daun dan batang
2)  Cari 50 helai plastik gula-gula
3)  Bawakan sehelai daun duri semalu tapi tidak kuncup.

Selalunya budak-budak perempuan pilih no 2 dan budak lelaki pilih no. 1. No 3 aku pernah try tapi tak pernah berjaya. Patutlah mintak satu je. ceiittt!!!

Bab rotan ni mungkin pilihan terakhir cikgu-cikgu aku ketika tu terutama dah tingkatan 4 ke atas.  Tambahan pula aku berada di Kelas 5 Sains dan satu-satunya kelas sains dalam sekolah tu. Seingat aku masa tingkatan 5 ada sekali aku kena rotan dengan guru kelas aku.  Oleh kerana aku dalam kelas sains, maka kelas aku berhadapan makmal sekolah.Bila cikgu kelas aku sedang mengajar di makmal.. dia ternampak aku dan Azdy sedang bermain pedang (pembaris kuning). Kemudian dia datang dengan sebilah pembaris kuning makmal. 

Dia panggil dan tanya.. "Kauorang main apa?"

Kami jawab " Main Thundercat dengan Mambra"

Dia tanya " Sapa Thundercat? sapa Mambra?"

Aku jawab "Azdy Thundercats. Saya Mambra"

Lepas tu dia bagitau "Hah!! ni Jaguar datang!" 

Kena sebat kat betis sorang sekali.

Ceh!! sekali bapak Thunder Cat datang. bisik hatiku...

Kali terakhir aku kena hukum masa tingkatan 6 bawah. Cikgu Musalmah mengajar BM 1 suruh aku dan Mat Dat (nama manja) diri atas kerusi tapi sebab dah tingkatan 6, kita orang diri je tepi kerusi. Itu menaikkan kemarahan Cikgu Musalmah yang memaksa kitaorang berdiri sepanjang tempoh 2 sesi pembelajaran. Cilakak Cikgu ni.. Lepas tu aku bertekad untuk buktikan kat Cikgu tu aku boleh berjaya dalam Kertas BM 1 tersebut. Alhamdulillah.. keputusan STPM aku berjaya dapat A1 dalam Kertas BM 1 tersebut. Aku jumpa cikgu tu semula dan ucapkan terima kasih sebab didik aku.

Kalau ingat-ingat banyak sungguh jasa guru-guru aku mendidik dan bersabar dengan kerenah murid-murid macam aku demi mendidik menjadi insan berguna. Tanpa didikan dan hukuman sewajarnya aku rasa aku tak capai hidup seperti sekarang.

Kepada pelajar sekarang kalau setakat cikgu hukum dengan hukuman yang difikirkan tidak melampaui batas.. maka terimalah dan jadikan teladan untuk lebih berjaya. Kalau setakat kena sedas kat tangan dah report polis..  aku harap kauorang fikirkan semula kesalahan diri sendiri untuk masa depan.

Jadi.. aku ingin ucapkan selamat Hari Guru kepada semua guru di Malaysia terutama yang pernah mendidik aku.

Toh Cheh Sifu!!!! 

Rabu, 18 April 2012

Only In Malaysia

Disebabkan aku belum mengenalpasti isu-isu terkini kat Melaka dan memandangkan ada segelintir pembaca luar Melaka.. maka aku tertarik untuk berkongsi tentang clip "only In Malaysia" untuk tontonan umum. Tersenyum aku dengan sebahagian budaya di Malaysia yang mungkin tiada di tempat lain. Jadfi, enjoy la kat Malaysia dan bersyukurlah kita hidup di dalam salah sebuah negara paling aman di dunia. Cukup membangun.. Sejahtera dan rezeki yang melimpah ruah. Paling best dalam video ni ialah pada masa 7.02.

Kepada team yang mencipta video ini... salute to u all. Jom layan kalau ada masa.

Selasa, 10 April 2012

Untuk Orang Penang : Sky Aviation Menjejakkan Tayar Di Melaka

Sebelum ni kesian aku tengok (Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka) LTAM kena kutuk. Siap kena kutuk dengan kata " 1 Melaka, 1 Lapangan Terbang, 1 Kapal Terbang". Siioot jer.. Bab ngutuk nombor satu.. suh buat hapa tak tahu. Yelah al-maklumlah sebelum ni hanya Fokker Riau Airlines yang turun.



Tapi dah nama negeri Melaka.. negeri kecik, jiwa besar.. Tok Ali gagahkan jua.. akhirnya selain Boeing 737-500 turun. Kemudian ditubuhkan Melaka Air dengan menyewa ATR milik Fire Fly.  

 

Namun mulai April satu lagi syarikat penerbangan beroperasi di Melaka iaitu Kapal Terbang The Sky Aviation.


The Sky Aviation Planes ini merupakan kapal terbang 72 tempat duduk dengan operasi  buat masa ini adalah Melaka - Penang, Penang - Melaka dan Melaka - Medan. Harga sekarang Melaka - Penang dengan kadar tambang RM188.00 sehala dengan memakan masa 1 jam.

Wah best la salah seorang ADUN DAP di Melaka ni bolehlah lawat suami hari-hari kat Penang. Patut tak ucap terima kasih kat Tok Ali????  Kalau rasa tak patut. suka hati kauorang la... Janji bahagia.

Chow
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Penafian: Segala maklumat yang tercoret ini adalah hasil idea dan maklumat yang diperolehi TIDAK BOLEH digunakan sebagai rujukan utama atau bahan bukti dalam apa jua tindakan.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kemudaratan yang terjadi selepas menggunakan web ini.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab atas segala ulasan yang dibuat oleh pembaca. Oleh itu, semua pengulas dapat mengulas dengan mengikut tatasusila tanpa menyentuh kepentingan agama, bangsa dan politik tanahair.

Segala kisah dan cerita di dalam ini tiada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang mati kecuali kesahihannya disahkan oleh sumber yang boleh dipercayai.

Pihak pengurusan web bersedia membetulkan apa jua fakta yang dirasakan tersilap dengan menghubungi di email miey77@hotmail.com