Khamis, 12 Julai 2012

Pemberontakan Pertama Di Melaka

Lama plak aku tak ceritera pasal Sejarah Melaka.. meh kita zoommmm...

Bila baca cerita pasal Mesir, Syria, Iraq dll maka terimbas kita tentang pemberontakan. 

Kisah dibawah ini bukan kisah 100% benar dan ianya disesuaikan dengan humor agar anak muda tak rasa menyampah dengan sejarah. Ia juga tiada kaitan dengan sesiapa atau apapun kecuali lipatan sejarah semata-mata.

Mengikut kisah, pemberontakan pertama di Melaka ialah ketika zaman Raja Ibrahim yang bergelar Parameswara Dewa Syah. Sapa Raja Ibrahim?? Baginda anak kepada Sultan Muhammad Syah (1424 - 1444) dan bondanya iaitu Puteri Rokan.  Baginda mempunyai abang ibu lain iaitu Raja Kassim di mana ibunya ialah Tun Wati anak Mani Purindan. Orang Kebanyakan. Pehh pening... Faham? Tak faham lantak la... aku nak citer pasal pemberontakan bukannya salasilah.. Itu lain kali aku citer.

Walaupun dari segi senioriti Raja Kassim patut take over tahta Melaka, namun disebabkan campur tangan bapa saudaranya Raja Rokan, Raja Kassim telah diusir dengan alasan ibunya orang kebanyakan.Hakikatnya ramai pembesar kureng dengan pemerintahan Raja Ibrahim yang dianggap boneka kepada Sultan Rokan, namun pembesar masih bersabar disebabkan umur muda Raja Ibrahim.

Raja Kassim pun keluarlah dari Istana duduk di perkampungan nelayan bernama Umbai (yang ni aku belasah je). Di perkampungan nelayan itu berjumpalah Raja Kassim dengan Maulana Jalalludin yang tiada kaitannya dengan Jalalludin Hassan. 

Lama jugak Raja Kassim termenung kat jeti sambil tengok ikan belacak ternguit-nguit kat lumpur. Sekali tengok dah macam adik dia jer.. sakiittt je hati. Tun Ali iaitu bapa saudara Raja Kassim merangkap Penghulu Bendahari tengok pun sedih je.. 

"Hari-hari termenung kesian plak aku tengoknya maulana" kata Tun Ali kepada Maulana

"Iyolah.. dah hitam dah kulit dio asyik berjomur jer" Balas Maulana

"Apa kata kita ramai-ramai anjurkan demonstrasi bersih 1.0001 nak tak?" Kata Tun Ali lagi

"Gilo ko nak buek demontrasi.. Kang MRU (Melaka Reserved Unit) sembor air, kocut tolo den" Kata Maulana.

"Ye tak ye jugak.. Kalau begitu kita serang jelah Istana.. nanti aku kawtim dengan pembesar lain" Cadang Tun Ali.

"Itu den sotuju!! sobab MRU tak sompat laei nak nimba air kat parit nuu.." Panjang muncung Maulana.

Maka merekapun buatlah analisis SWOT bagi menjayakan rancangan tersebut. Hampir semua pembesar bersetuju dengan rancangan Tun Ali termasuklah Bendahara Seri Wak Raja yang memang berbulu je dengan tindak tanduk Raja Rokan ibarat bersultan di mata beraja di hati. 

Malam yang dinantikan tiba, mereka terus masuk ke Istana dan bertempur. Tentera Melaka yang melihat Bendahara Seri Wak Raja memainkan peranan telahpun berpihak kepada Bendahara. Maka berlakulah pertempuran antara tentera Melaka vs Tentera Raja Rokan. Setelah 7 jam bertempur termasuk tolak solat Jumaat dan buang air kecil serta besar, maka berlakulah peristiwa di mana Raja Rokan ingin melindungi (memeluk) Raja Ibrahim tertusuk kerisnya  ke perut Raja Ibrahim. Lepas tu Raja Rokan juga dibunuh oleh tentera Melaka.

Parameswara Dewa Syah ataupun Raja Ibrahim pun mangkat dan dimakamkan dengan gelaran Abu Syahid, dimana pemerintahannya hanya sekitar 17 bulan sahaja.

Setelah itu tertaballah Raja Kassim dan digelar Sultan Muzaffar Syah.

Rabu, 11 Julai 2012

Karnival Udara Antarabangsa Melaka 2012

Dua tahun lepas aku pernah citer pasal Karnival Udara ni kat SINI.

Tahun ni ia datang lagi dan aku harap lebih mantap dan best... Cuma aku tak fikir akan ada pertunjukkan macam ulang tahun TUDM kat Subang yang aku pergi bulan lepas. Memang syiookk.. tengok sukhoi kita buat aksi di udara. 

Ok balik citer Melaka International Air Karnival ni, ia bakal berlangsung pada 13 - 15 Julai 2012  (Jumaat - Ahad) bertempat di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka.


Bayaran masuk kalau ikut tahun 2010 ialah RM1.00. Kira boleh la... Tapi kalau sampai RM10.00 aku fikir dua kali jugak sebab pesawat yang dipamerkan banyak jenis CESNA ataupun pesawat ringan je. Kurang meraik minat aku yang lebih ke arah jet-jet pejuang.

Isnin, 25 Jun 2012

Balas Artikel Pasal UTC

Aku memang bukan ahli politik. Tak menjadi mana-mana ahli cawangan/rating parti di Melaka. Namun aku sangat mengikuti perkembangan politik tanah air di mana bagi aku politik dan ekonomi sesebuah negara jauh lebih penting daripada merosakkan kedutaan disebabkan pengklaiman budaya. Budaya = amalan sesuatu bangsa. Dah bangsa tu ada kat mana-mana mestilah dia dan komuniti dia amalkan lagi budaya tu. Apa la kurang cerdiknya manusia-manusia ini. 

Ok. Tutup cerita budaya. Aku memang malas nak citer politi tapi kali ni terpaksa aku cerita pasal politik bila aku terbaca satu blog politik menulis "PENGHINAAN : RAKYAT DIBAYAR RM6 HADIR KE UTC?". Perghh.. nak aku maki.. buat tambah dosa aku je nanti.. tapi marilah aku kupas..

Aku difahamkan oleh Tok Ketua aku sebanyak RM6 kupon makan dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri sebagai cenderahati je bagi mereka yang hadir ke Program UTC ni. Kupon ni boleh digunakan di sepanjang gerai makan / minum di Jalan Hang Tuah. Walaupun aku bukan PENASIHAT EKONOMI tapi aku fikir dengan RM6, meraka yang hadir akan perolehi manafaat berupa makanan dan peniaga juga dapat duit tersebut kerana rakyat mudah membelanjakan kupon tersebut. Bayangkan 100,000 kupon itu beredar di Jalan Hang Tuah bermakna RM600,000 berlegar di Jalan Hang Tuah pada 23 Jun lalu. Itu belum yang keluarkan tunai untuk beli purse, tali pinggang dan wallet berharga RM5 - 10. Belum masuk mereka yang beli t-shirt termasuk jersi Harimau Malaya. Peniaga di situ aku tengok 90% orang Melayu di mana aku jangka pemborongnya tetap orang Cina. Semua dapat bahagian masing-masing. Alhamdulillah.Tutup citer bab ekonomi di mana aku belasah jer. Kalau salah aku minta maaf.

RM6 bukan pembayaran untuk memaksa rakyat Melaka hadir ke UTC. Apa kauorang ingat Rakyat Melaka ni bangang sangat ke kerana RM6 nak bersesak-sesak sepanjang Jalan Hang Tuah. Orang paling miskin kat Melaka ni aku gerenti ada pendapatan bulanan RM400-RM600 hasil bayaran kebajikan daripada jabatan tertentu. Kalau ada kat kampung Melaka ni yang miskin hidup melarat. Tak de makanan langsung, kauorang boleh telefon Unit PEMBELA yang ditubuhkan khas oleh Kerajaan Negeri iaitu 06-2307363 / 2307341. Kalau diaorang tak layan kauorang email kat aku nanti aku report kat Tok Sidang. Sebab yo yo je Tok Sidang cover mereka ni. Balik pada cerita  RM6. Kalau bukan sebab RM6 diaorang datang, maka sebab apa diaorang datang?? Mungkinkah sebab Tok Najib atau mungkin nak tahu apa itu UTC atau memang nak menyokong hasrat murni Kerajaan Pemerintah atau nak menang cabutan bertuah? Rakyat Melaka secara individu je boleh jawab. Akupun tak terhegeh-hegeh nak jawab untuk orang lain.

Dalam artikel tu juga nampak seolah-olah Kerajaan Negeri tak de duit?? Ceh. Aku rasa ada jugak kot orang yang tak menyokong Kerajaan dapat hadiah cabutan bertuah. Silap gaya abang yang dapat motor tu orang penentang utama. Sapa tau. Tapi dah rezeki dia... oklah tu... Aku dengar seorang awek  macam baya budak sekolah je memenangi hadiah sebuah kereta. Waahhh.. tahniahlah. Terima kasih jugak kepada Melaka River Cruise berikan perjalanan percuma daripada Parking Taman Rempah ke Bus Stand Express lama. Kemudian perjalanan balik RM1.00 je dikenakan. Macam teksi air daa... respek!!

Cuma aku terkilan dalam artikel blog tersebut tak citerpun berapa ramai yang datang. Rasa macam tak ada KEADILAN di situ tapi bila fikir balik.. alah dah memang blog politik mestilah hanya cari keburukan tak pernah ada perasaan menghargai walaupun satu AGAMA dan BANGSA. Walau bagaimanapun aku boleh katakan sangat ramai la tapi tak sampai la 500,000 atau 300,000 orang macam program kat Dataran (kata sesetengah orang laaa).  Gambar dibawah aku amik dari atas Bank Rakyat kira-kira 200 - 300 meter daripada pentas utama tempat perasmian dan satu daripada 10 hot spot Jalan Hang Tuah ni. Berapa orang aku tak kira plak dan tak de kuasanye aku nak kira.




Chowww

Khamis, 21 Jun 2012

Penduduk Melaka Awas 23 Jun @ Jalan Hang Tuah

Pengumuman kepada Rakyat Melaka dan pelancong.

Pada 23 Jun 2012 (Sabtu) ni Kerajaan Negeri Melaka akan melancarkan UTC di Wisma Persekutuan lama. Dijangka 100,000 orang kehadiran disasarkan.

Apa yang penting yang ingin aku khabarkan ialah Jalan Hang Tuah dan Jalan Tan Chay Yan di tutup selama 8 jam mulai jam 6 pagi hingga 2 petang. Oleh itu, bagi yang ada kerja mendesak di kawasan itu diharap dapat menggunakan Jalan Tun Ali (Courts Mamout lama) dan di situ kawasan parking juga disediakan. Bagi yang ingin memeriahkan dijemput hadir kerana sungguh banyak aktiviti dan pameran berguna telah disediakan oleh Kerajaan Negeri Melaka.



Tentang UTC nantilah aku citer panjang.

Chow..

Jumaat, 15 Jun 2012

Airbus A320 Landing di LTAM

Sebelum ni, kecoh bila airbus AirAsia tak mau turun kat Melaka. Sampai jadi bahan senda segelintir pihak. Tapi aku tahu perangai Ketua Menteri Melaka ni.. Selagi dia rasa perkara yang dia buat itu logik, dia akan bikin sampai berjaya.

Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) aku dah citer panjang lebar dah sejak zaman pembukaannya lagi. Setakat ATR Firefly memang dah biasa turun atas perut bumi bertuah ini, Boeing 737-500 milik Riau Airlines pun dah turun.

Baru-baru ni turun plak Airbus A320 milik Air Asia melakukan ujian pendaratan di LTAM dan alhamdulillah selamat landing dengan jayanya. Maka kemungkinan perbincangan positif dapat dilaksanakan di negeri Melaka yang melibatkan AirAsia.




 Gambar cilok daripada FB

Semoga Melaka lebih bertambah maju dan makmur dengan kehadiran LTAM ini. Kepada yang banyak komplen, cuba la sesekali rasa bersyukur sebab Melaka ni telah / sedang dimajukan untuk berada di tahap terbaik. Ni asyik-asyik kauorang citer hutang Melaka banyak. Kalau Melaka ni tak berhutang, aku gerenti kita hanya ada kota A-Famosa dan Bukit St. Paul tu untuk dilawati sampai kiamat. Yelah.. peruntukan yang kita perolehi hanyalah mengikut Perkapita. Berapa kerat sgt bilangan penduduk Melaka ni. Lagipun yang kita hutang pun kat bapak kita (Kerajaan Persekutuan). Bukan hutang dengan bank atau kerajaan singapura. Tok sah la rasa iri hati dan selak keburukan jer.. sesekali kena rasa bersyukur.. takut nanti Allah tarik balik kesenangan yang diperolehi ini.

Ok Chow.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Penafian: Segala maklumat yang tercoret ini adalah hasil idea dan maklumat yang diperolehi TIDAK BOLEH digunakan sebagai rujukan utama atau bahan bukti dalam apa jua tindakan.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kemudaratan yang terjadi selepas menggunakan web ini.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab atas segala ulasan yang dibuat oleh pembaca. Oleh itu, semua pengulas dapat mengulas dengan mengikut tatasusila tanpa menyentuh kepentingan agama, bangsa dan politik tanahair.

Segala kisah dan cerita di dalam ini tiada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang mati kecuali kesahihannya disahkan oleh sumber yang boleh dipercayai.

Pihak pengurusan web bersedia membetulkan apa jua fakta yang dirasakan tersilap dengan menghubungi di email miey77@hotmail.com