Melaka akan dapat lagi satu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Dulu ada 3.. iaitu Melaka Tengah, Jasin dan Alor Gajah. Lepas ni Melaka Tengah anjak sikit ke Sungai Udang.. pastu area Bukit Katil dan Ayer Keroh dibawah pentadbiran MPHTJ mulai1 Januari 2010... Mengikut MHI yang aku baca.. MPHTJ meliputi Batu Berendam, Ayer Keroh, UTeM, bemban, Gangsa dan Peringgit.
Makin banyak PBT makin mudah la nak selenggara.. tapi kalau makin banyak masalah sampah daripada kutip berjadual terus tak kutip.. memang aku tunjal-tunjal kepada Yang Dipertua PBT... menyusahkan orang jer... Tapi aku yakin ini memudahkan tugas MBMB supaya fokus kawasan belum membangun dan MPHTJ fokus penyelenggaran dan pembersihan.. cayalah Melaka..
Siri IIKisah jawatan Kosong kat
SINI
WOOOOOoo... betul ker tajuk aku tu?? aku tak puas hati.. aku baca balik MHI hari Ahad semalam.. betul la.. Melaka tempat keempat selepas El-Salvador, Jerman dan Greece... Gila la.. memang power la industri pelancongan Melaka.. patutlah aku tengok orang Melaka berjalan semua hidung kembang kempis... bangga rupanya.. hahaha...
Survey ni dijalankan oleh lonelyplanet.com bagi mengenalpasti keinginan penduduk dunia melawati tempat pelancongan pada tahun 2010 nanti.. Hu hu hu.. aku rasa pasni jual air mineralpun laku kat Melaka ni... Member aku kata dia nak jual pompuan... cheitttt.. kotor punya orang.. errr... Rusia punya ada tak beb?
Ok aku teruskan tempat pilihan dunia yang lain... Tempat Kelima Morocco, Himalaya Nepal, New Zealand, Lisbon Portugal, Courtyard Suriname dan Mid Town Manhattan New York.
Walau bagaimanapun aku tak la hairan sangat sampai tak boleh tidor memikirkan hal ini.. Kan Melaka terpilih sebagai bandar warisan dunia.. tentulah ramai foreign yang tahu dan ingin mengetahui negeri Melaka. Hari ini pun aku oleh kerana dah cuti sekolah.. Melaka semakin sesak.... aiii.. setiap hari terpaksa aku fikirkan alternatif jalan yang tak sesak ke sesuatu tempat ingin kutujui...
WELCOME TO MELAKA
VISIT MELAKA MEANS VISIT MALAYSIA
Datuk Shah Rukh Khan nampaknya confirm datang Melaka untuk buat persembahan pada 11 Disember 2009 ni.. Konsert ni ditaja sepenuhnya oleh syarikat swasta.. dengar cerita itu hari Mamee yang taja.. wallahualam... kalau ada perubahan penajaan maaflah ye..
Cuma aku nak bangkitkan isu ialah lepas ni ramai gila babas la yang mintak tiket percuma dengan warga Melaka terutamanya mereka yang bergelar penjawat awam. Ada orang cakap 40,000 tiket percuma diedarkan kepada orang ramai dan pertubuhan. Semuanya dibawah bidang kuasa Pengerusi J/K pelancongan, Datuk Seet Har Cheow.. wah ramai la yang mengendeng YB. datuk lepas ni... mau gebeh baju datuk kena tarik.. Sabar jelah tokk oii...
Di ulangi 40,000 tiket percuma tak de pada rakyat Melaka termasuk aku.. so, takyah la mintak-mintak dengan aku dan akupun sebenarnya tak minat dah nak pergi berhempet-hempet.. terkinja-kinja.. terjerit-jerit dan macam katak nak tenggelam dek banjir....
Citer pasal konsert.. dulu masa zaman di IPTA utara Malaysia aku pernah join budak2 kg member aku ke Konsert XPDC..
Sebelum pergi.. beg duit letak kat kocek seluar depan.. sebab ramai giler orang akan meraba bontot a.k.a menyeluk poket...
masa sampai jer.. aku tengok semua dah macam beruk buat perhimpunan pagi... yang terkinja.. terkinja.. yang lepak tepi duk teguk air setanpun ada... yang menggulungpun ada... Kira pelbagailah gelagat.. cuma aku tak nampak yang solat dengan yang azan... tu jer..
Kat konsert ni memang riuh rupanya.. keriuhan orang ramai menjerit dan buat 'banging' dalam bulatan menjadi tumpuan utama... Banging tau tak?? alah dulu akupun tatau juga.. diaorang kata banging sambil hangguk2 kepala... kasi rambut mengurai... so.. akupun sama badigol ikut jugak la... pening kepala.. sioot jer.. Aku pelik kenapa diaorang tak pening.. rupanya dah perkena 'barang'. ceiittt.. kotor punya member...
Dalam pada itu datanglah seorang mamat macho bersama aweks yang jelita tahap mat rempit punya stok... kembang kempis hidungnya sebab perasan awek dia lawa.. tapi kira paling lawa la sebab tak de pompuan pun pegi konsert tu... dalam berpusu-pusu tu... tetiba awek tu terjerit jerit kelemasan... "ceit buat projek ke mamat tu sampai klimak betina tu???" bisik hatiku.. kemudian.. salah seorang samdol member aku punya member ni datang kat aku yang tercunggap-cunggap lepas baging... "fuh! best woo aku raba awek mamat tu.. hulur tangan celah ketiak orang jer..." samdol tu berkata sambil berlari sekali lagi.. untuk buat seround lagi... aku kira awek tu malam tu kira abis la... silap2 koyak baju... ish!! tak mau aku bawak awek pegi konsert rock ni.. kalau pementasan teater ok kot...
berbalik kepada DSRK tadi... aku harap takdelah yang jadi korban lagi tapi aku rasa kali ni bukan pompuan jadi korban.. lelaki kot.. sebab aku rasa pompuan yang lebih ramai minat SRK.. kalau lelaki minatpun jenis lelaki alah-alah bollywood... auw..
Ingin aku ingatkan sekali lagi... aku takde 40,000 tiket tu.. sekian.
Aku rasa aku nak muatkan juga tentang sejarah Melaka dalam blog ni.. mudah untuk generasi akan datang buat rujukan... tapi ikut bab la.. alah.. lebih kurang buku teks juga.. walau bagaimanapun aku olah mengikut alam fantasi aku tapi tidak mengubah apa-apa sejarah..
Mengikut riwayat arwah nenek aku...
Melaka ni berasal dari Pohon Melaka. diulangi pohon Melaka.. bukan buah Melaka.. jauh sekali buah orang Melaka. Memang hawau!! Rupa pokok Melaka?? ceitt.. tengok la kat
sini .
Kisahnya bermula begini... suatu ketika dahulu ada seorang anak raja di Palembang bernama Parameswara.. Palembang berperang dengan Majapahit pada abad ke 14 dan Parameswara lari daripada peperangan Majapahit atas arahan ayahandanya... Pergi Temasik.. kat situ ada siam.. Lari kat Muar.. hinggalah sampai Bertam.. Lari punya lari punya lari.. sampai la kat satu kawasan yang subur lalu menyandarlah dia di sebatang pokok.. tengah duk relaks kat bawah pokok layan lagu serampang laut. Tiba-tiba 2 ekor anjing Parameswara ni menyalakkan seekor kancil putih.. Ye betul! Parameswara dulu bukannya Islam.. Itu sebab dia bela anjing..
Agaknya Kancil ni tension 2 ekor anjing ni berlagak nak mampus... lalu diterajang la kedua-dua ekor anjing ni.. masuk ke sungai.. "kaingg.. kainggg.. kaing..." jerit anjing tersebut.
Lalu terdetiklah di hati Parameswara.. "agak molek jika beta membina negeri di sini kerana kancilnya sahaja sudah gagah perkasa.. apatah lagi kalau bayi2 yang lahir di sini...". Lalu niat hatinya itu disuarakan kepada penolongnya.. dan penolong macam biasa setuju sangat termasuk pujian atas kebijaksanaan Parameswara. Gila ko nak kata tak bagus.. kang ada juga penolong tu kena terajang plak dengan Parameswara.. Langsung jadi macam anjing 2 ekor tu...
Kemudian nak namakan tempat tu... Parameswara mintak pandangan. Tiba-tiba ada mamat pegang tombak memberi cadangan "tuanku.. apakata kita namakan negeri ni.. Negeri Kancil Putih Terajang Bontot Dua Ekor Anjing Parameswara?" sambil beliau tersengih bangga dengan cadangannya.. Hah! sah kena terajang jugak mamat ni.. bisik si penolong... Sangkaan penolong tepat sekali.. maka mamat nipun terchebus dalam sungai bersama anjing tadi...
Kemudian Parameswara bertanyakan Penolongnya tadi yang sedang leka melihat mamat tadi bermain-main air bersama anjing-anjing parameswara..
"Di bawah pohon apakah beta bersandar ini??"
Penolong pun terkejut.. dan tidak dengar soalan Parameswara... gila ko nak suruh ulang sekali lagi.. mau si penolong terpaksa bermain air dengan mamat kat dalam sungai bersama anjing tu... "maaf Tuanku Patik.. patik.. Meleka tadi.."
"Apa Melaka??".. Oklah.. Dengan ini beta mengistiharkan Negeri ini dibuka dengan nama "Melaka".

Apa rasionalnya nama Melaka aku sebut tadi ialah.. aku tak fikir orang-orang dahulu tahu nama semua pokok.. Maksud aku semua nama ni mesti ada seseorang yang beri.. Oleh itu aku anggap penolong Parameswara yang berikan nama pokok ni.. Mengikut amalan aku pokok Melaka juga terdapat di India tapi aku amat yakin diaorang tak panggil dengan nama Melaka.. mesti ada nama Tamil.
Gambar:Asmaliana.com
Kejohanan Boling Piala Dunia QubizaAMF Ke 45 kat Melaka International Bowling Centre (MIBC) telahpun berakhir semalam..
94 Negara bersaing sengit...
Pemenangnya...
Lelaki
1) peserta daripada Korea
2) peserta daripada Kanada
3) Peserta daripada Indonesia
Wanita
1) Peserta daripada Kanada
2) Peserta daripada England
3) Peserta daripada Malaysia
* Nasib baik ada sorang peserta Malaysia naik podium.. kalau tak.. malu la wey...
* Shahlin Zulkefli tak main... dia jadi tetamu jemputan ESPN Sports di MIBC tu... Kenapa?? Ntah mungkin dia tak boleh main kot sebab dah teror sgt...
Penafian: Segala maklumat yang tercoret ini adalah hasil idea dan maklumat yang diperolehi TIDAK BOLEH digunakan sebagai rujukan utama atau bahan bukti dalam apa jua tindakan.
Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kemudaratan yang terjadi selepas menggunakan web ini.
Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab atas segala ulasan yang dibuat oleh pembaca. Oleh itu, semua pengulas dapat mengulas dengan mengikut tatasusila tanpa menyentuh kepentingan agama, bangsa dan politik tanahair.
Segala kisah dan cerita di dalam ini tiada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang mati kecuali kesahihannya disahkan oleh sumber yang boleh dipercayai.
Pihak pengurusan web bersedia membetulkan apa jua fakta yang dirasakan tersilap dengan menghubungi di email miey77@hotmail.com