Selasa, 27 September 2011

Persaraan Di Usia 60 Tahun. Sapa Bangkang?

## artikel ini bukan tujuan menghina orang tua.. tapi ingin membela.

Tadi aku dengar Cuepecs cadangkan had umur persaraan penjawat awam 60 tahun.

Dalam isu ni aku rasa kurang bersetujulah... sebabnya.. meh sama-sama kita fikirkan di bawah:

1) Kebanyakan penjawat awam berusia lebih 50 tahun yang aku temui, dah mula berkira bulan diaorang nak pencen. Antara faktornya ialah diaorang dah rasa 'letih' dan 'penat' bekerja sejak awal 20 an. Tiba masanya diaorang nak berehat. Tambahan pula anak dah besar panjang.. cucu dah mula sekeliling.. Inilah masanya diaorang relaks di penghujung usia mereka. Jadi produktifkah mereka berkhidmat ketika penghujung usia mereka???

2) Tidakkah kita bayangkan bagaimana seorang penjawat awam berusia 59 tahun yang menjawat jawatan di JPS atau JKR atau Pihak Berkuasa Tempatan (Majlis Perbandaran) melaksanakan tugas sebagai Pekerja Am Rendah iaitu mesin rumput, potong pokok bunga, angkat khemah dan sebagainya. Itu belum lagi yang jadi pemandu?? Nak ke Bos dibawa oleh penjawat awam berusia 59 tahun? *mungkin ada yang terfikir "biarlah orang muda buat kerja tu"

3) Peluang pekerjaan kepada graduan atau lepasan sekolah akan sangat sempit dalam tempoh 4 tahun ini kerana tiada yang bakal bersara dalam tempoh 4 tahun ini. Sekarang Penjawat Awam berusia 56 tahun.. akan menunggu sehingga 60 tahun. Oleh itu tiada jawatan yang sedang disandang itu masih belum ada kekosongan kecuali meninggal dunia. Bila tiada kemasukan baru maka setiap tahun lebih 80,000 lepasan ijazah akan terawang-awang mencari pekerjaan. Itu belum lepasan SPM dan STPM *macam mana golongan muda nak buat kerja tu??. Ok balik kepada lepasan ijazah dan lain-lain yang ingin mencari pekerjaan. **mungkin ada yang fikir "biarlah diaorang ni ceburi bidang perniagaan dan usahawan"

4) Sewajarnya umur 55 tahun dah cukup untuk penjawat awam keluar dan membuat pilihan dalam kehidupannya sama ada ingin aktif bekerja ataupun duduk rehat. Ini kerana penjawat awam yang bersara akan memperolehi sekurang-kurangnya RM200,000 hasil daripada graduati dan sebagainya. Di tambah dengan networking dan pengalaman bergaul melebihi 30 tahun di sektor awam, akan mampu membuat mereka ini lebih mudah merancang dan menjadi usahawan berbanding nak harapkan **budak-budak berijazah yang masih hingusan itu menjadi usahawan berjaya. Bukan tak boleh tapi berapa kerat sangat yang mampu survival tanpa modal, ilmu dan pengetahuan dunia sebanar. Bagi Usahawan Persara itu, kalau bernasib baik.. perniagaan inilah yang boleh diwarisi kepada anak masing-masing yang mungkin salah seorang graduan.

5) Tanyalah doktor.. bila usia melebih 54 tahun risiko penyakit jantung, darah tinggi, kencing manis dan sebagainya lebih tinggi. Kita faham.. nasihat standard doktor ialah berehat. Macam mana nak berehat kalau masih kena kerja sehingga 6 tahun lagi? Oklah doktor bagi MC.. untuk beberapa ketika nampak macam ok.. then kena masuk wad. Now, sapa nak ambil alih kerja penjawat awam itu?

6) Di ambang usia warga emas ni semua ada mak bapak.. dan tahu keadaan emosi mereka.. Mereka sangat mudah berkecil hati dan sering terlupa. Itu normal.. tak mustahil satu hari nanti kita pun begitu. Dah kalau usia 59 masih bekerja di bawah seliaan budak berumur 25 - 30 tahun. Tak ke naya.. Salah cakap kecik hati.. kalau cakap pun kadang-kadang macam tak bercakap. Ini termasuk jugaklah bos-bos yang seusia itu..

7) Berapa ramai anak-anak sanggup lihat ibubapa pergi kerja ketika anak mampu menanggung ibu bapa tersebut??? Bayangkan bapa anda yang berusia 60 tahun kena bawa kereta ke tempat kerja. Lebih buruk kalau yang tak sanggup hadapi jem.. bawalah motosikal... Sanggup ke anda??

Hakikatnya itu jer yang aku dapat fikirkan sebab aku tak setuju umur persaraan dinaikkan ke 60 tahun. Aku faham kalau ada yang mensasarkan mampu menjadi JUSA bila tempoh lebih lama. Mungkin jugak dia layak dan ada juga yang memang sangat diperlukan kebijaksanaannya, pengalamannya, dan keupayaannya... selalunya dalam kes ni ialah jawatan-jawatan utama tapi kena jugaklah fikir orang bawah atau jawatan rendah. Nampak gaya awak buat keputusan untuk diri sendiri je.

Kang orang cakap.. aku ni pandai tengok keburukan jer.. cadangan takde.. Maaf ye aku bukan ahli politik yang cari keburukan dan kelemahan je. Meh aku cadangkan satu penambahbaikan kalau nak baca..

Sewajarnya Umur persaraan 55 tahun. Tetapi setiap penjawat awam boleh memohon ke umur persaraan 60 tahun dengan syarat mendapat sokongan daripada orang atasan di atas keupayaan dan pengalaman beliau untuk memenuhi keperluan perkhidmatan untuk tempoh 5 tahun lagi. Ini termasuklah dilakukan saringan kesihatan dan daya fikir. Barulah semua Perkhidmatan Bertaraf Dunia.. dan wajar diberikan tahap pendapatan tinggi.

Itu jelah.. aku nak tulis.. kalau boleh pakai.. sila fikir bersama.. kalau rasa emmmm.... sila baiki.. kalau rasa tak boleh pakai.. terima kasih sebab sudi baca..

Walau bagaimanapun isu 60 tahun ini masih dalam cadangan Cuepecs.. aku yakin Kerajaan akan perhalusi sebaik mungkin.

Sekian.

2 comments:

Zarina Abd.Rahman berkata...

rajin sungguh kau mie....

apek berkata...

terima kasih la lawat Z. ^_^..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Penafian: Segala maklumat yang tercoret ini adalah hasil idea dan maklumat yang diperolehi TIDAK BOLEH digunakan sebagai rujukan utama atau bahan bukti dalam apa jua tindakan.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kemudaratan yang terjadi selepas menggunakan web ini.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab atas segala ulasan yang dibuat oleh pembaca. Oleh itu, semua pengulas dapat mengulas dengan mengikut tatasusila tanpa menyentuh kepentingan agama, bangsa dan politik tanahair.

Segala kisah dan cerita di dalam ini tiada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang mati kecuali kesahihannya disahkan oleh sumber yang boleh dipercayai.

Pihak pengurusan web bersedia membetulkan apa jua fakta yang dirasakan tersilap dengan menghubungi di email miey77@hotmail.com