Kapal Selam Agosta 70 diberitakan bakal sampai ke Melaka pada awal November 2011.
Kapal Selam Penyerang buatan Perancis ini mampu digunakan sebagai silent weapon untuk menangani anasir luar. Ianya mampu memuatkan 5 pegawai dan 36 anak kapal dengan sistem radar Thomson CSF DRUA 33 mampu membuat ianya mengesan sebarang anasir jahat di perairan selat melaka.
Kelajuan 12 knots ketika bergerak dipermukaan dan 20.5 knots (38km/j) ketika menyelam mampu mendatangkan gerun musuh di mana jua.
Bercerita tentang keupayaan senjatanya.. ia boleh dilengkapi dengan SM39 exocet, 4 × 533 mm (21 in) bow torpedo tube dan ECAN F17 Mod 2 torpedo yang bergerak selaju 40knots dan mencapai sasaran 20 km.
Namun, ini semua adalah kekuatan Agosta yang digunakan sejak zaman perang dingin tahun 70 an. Ia tak de pun kaitan sebagai alatan tentera Melaka ataupun Malaysia.. Hakikatnya banyak barang-barang sulit ketenteraan telahpun dilucutkan.
Kini Melaka bertuah bakal menerima Kapal Selam pertama dan ditempatkan di Klebang sebagai Muzium Maritim. Ianya akan diletakkan dipermukaan pinggir laut Klebang untuk orang ramai mendekati aset startegik laut ini.
Muzium Perzim ke 25 ini diharap menjadi satu tarikan baru untuk Melaka untuk pengunjung hujung tahun ini...
## artikel ini bukan tujuan menghina orang tua.. tapi ingin membela.
Tadi aku dengar Cuepecs cadangkan had umur persaraan penjawat awam 60 tahun.
Dalam isu ni aku rasa kurang bersetujulah... sebabnya.. meh sama-sama kita fikirkan di bawah:
1) Kebanyakan penjawat awam berusia lebih 50 tahun yang aku temui, dah mula berkira bulan diaorang nak pencen. Antara faktornya ialah diaorang dah rasa 'letih' dan 'penat' bekerja sejak awal 20 an. Tiba masanya diaorang nak berehat. Tambahan pula anak dah besar panjang.. cucu dah mula sekeliling.. Inilah masanya diaorang relaks di penghujung usia mereka. Jadi produktifkah mereka berkhidmat ketika penghujung usia mereka???
2) Tidakkah kita bayangkan bagaimana seorang penjawat awam berusia 59 tahun yang menjawat jawatan di JPS atau JKR atau Pihak Berkuasa Tempatan (Majlis Perbandaran) melaksanakan tugas sebagai Pekerja Am Rendah iaitu mesin rumput, potong pokok bunga, angkat khemah dan sebagainya. Itu belum lagi yang jadi pemandu?? Nak ke Bos dibawa oleh penjawat awam berusia 59 tahun? *mungkin ada yang terfikir "biarlah orang muda buat kerja tu"
3) Peluang pekerjaan kepada graduan atau lepasan sekolah akan sangat sempit dalam tempoh 4 tahun ini kerana tiada yang bakal bersara dalam tempoh 4 tahun ini. Sekarang Penjawat Awam berusia 56 tahun.. akan menunggu sehingga 60 tahun. Oleh itu tiada jawatan yang sedang disandang itu masih belum ada kekosongan kecuali meninggal dunia. Bila tiada kemasukan baru maka setiap tahun lebih 80,000 lepasan ijazah akan terawang-awang mencari pekerjaan. Itu belum lepasan SPM dan STPM *macam mana golongan muda nak buat kerja tu??. Ok balik kepada lepasan ijazah dan lain-lain yang ingin mencari pekerjaan. **mungkin ada yang fikir "biarlah diaorang ni ceburi bidang perniagaan dan usahawan"
4) Sewajarnya umur 55 tahun dah cukup untuk penjawat awam keluar dan membuat pilihan dalam kehidupannya sama ada ingin aktif bekerja ataupun duduk rehat. Ini kerana penjawat awam yang bersara akan memperolehi sekurang-kurangnya RM200,000 hasil daripada graduati dan sebagainya. Di tambah dengan networking dan pengalaman bergaul melebihi 30 tahun di sektor awam, akan mampu membuat mereka ini lebih mudah merancang dan menjadi usahawan berbanding nak harapkan **budak-budak berijazah yang masih hingusan itu menjadi usahawan berjaya. Bukan tak boleh tapi berapa kerat sangat yang mampu survival tanpa modal, ilmu dan pengetahuan dunia sebanar. Bagi Usahawan Persara itu, kalau bernasib baik.. perniagaan inilah yang boleh diwarisi kepada anak masing-masing yang mungkin salah seorang graduan.
5) Tanyalah doktor.. bila usia melebih 54 tahun risiko penyakit jantung, darah tinggi, kencing manis dan sebagainya lebih tinggi. Kita faham.. nasihat standard doktor ialah berehat. Macam mana nak berehat kalau masih kena kerja sehingga 6 tahun lagi? Oklah doktor bagi MC.. untuk beberapa ketika nampak macam ok.. then kena masuk wad. Now, sapa nak ambil alih kerja penjawat awam itu?
6) Di ambang usia warga emas ni semua ada mak bapak.. dan tahu keadaan emosi mereka.. Mereka sangat mudah berkecil hati dan sering terlupa. Itu normal.. tak mustahil satu hari nanti kita pun begitu. Dah kalau usia 59 masih bekerja di bawah seliaan budak berumur 25 - 30 tahun. Tak ke naya.. Salah cakap kecik hati.. kalau cakap pun kadang-kadang macam tak bercakap. Ini termasuk jugaklah bos-bos yang seusia itu..
7) Berapa ramai anak-anak sanggup lihat ibubapa pergi kerja ketika anak mampu menanggung ibu bapa tersebut??? Bayangkan bapa anda yang berusia 60 tahun kena bawa kereta ke tempat kerja. Lebih buruk kalau yang tak sanggup hadapi jem.. bawalah motosikal... Sanggup ke anda??
Hakikatnya itu jer yang aku dapat fikirkan sebab aku tak setuju umur persaraan dinaikkan ke 60 tahun. Aku faham kalau ada yang mensasarkan mampu menjadi JUSA bila tempoh lebih lama. Mungkin jugak dia layak dan ada juga yang memang sangat diperlukan kebijaksanaannya, pengalamannya, dan keupayaannya... selalunya dalam kes ni ialah jawatan-jawatan utama tapi kena jugaklah fikir orang bawah atau jawatan rendah. Nampak gaya awak buat keputusan untuk diri sendiri je.
Kang orang cakap.. aku ni pandai tengok keburukan jer.. cadangan takde.. Maaf ye aku bukan ahli politik yang cari keburukan dan kelemahan je. Meh aku cadangkan satu penambahbaikan kalau nak baca..
Sewajarnya Umur persaraan 55 tahun. Tetapi setiap penjawat awam boleh memohon ke umur persaraan 60 tahun dengan syarat mendapat sokongan daripada orang atasan di atas keupayaan dan pengalaman beliau untuk memenuhi keperluan perkhidmatan untuk tempoh 5 tahun lagi. Ini termasuklah dilakukan saringan kesihatan dan daya fikir. Barulah semua Perkhidmatan Bertaraf Dunia.. dan wajar diberikan tahap pendapatan tinggi.
Itu jelah.. aku nak tulis.. kalau boleh pakai.. sila fikir bersama.. kalau rasa emmmm.... sila baiki.. kalau rasa tak boleh pakai.. terima kasih sebab sudi baca..
Walau bagaimanapun isu 60 tahun ini masih dalam cadangan Cuepecs.. aku yakin Kerajaan akan perhalusi sebaik mungkin.
Sesiapa yang nak cari duit poket atau bekerja... KFC di Melaka memperlawa lebih seratus orang. Daripada SPM hinggalah Ijazah...
Sila klik iklan di bawah ini dan telefon segera ye.
Dulu ada member tanya kenapa aku rajin sangat up iklan kerja kosong..
Aku jawab daripada aku berpolitik macam nak rak.. baik aku tolong dengan cara ni sebab aku tahu sengsara hidup menganggur dan pernah alami selama 2 bulan. Politik tu aku sentuh sikit2 jer..
Nanti aku ceritakan bagaimana aku hidup sambil cari duit poket sejak sekolah rendah sampai sekarang demi untuk memenuhi kehendak hidup aku.
Walaupun aku takde kaitan dengan si Mydin.. tak berkerja dengan Mydin.. langsung takde kaitan dengan Mydin walaupun setiap bulan menyumbang di situ.. ingin aku umumkan.. pada 24 September 2011 (Sabtu).. Mydin Ayer Keroh akan buat Rumah terbuka eh salah. shopping terbuka... Tapi aku pasti kauorang tak boleh amik sebarang barangan yang dijual sesuka hati... Sila amik makanan yang disediakan untuk makan jer.
Masanya dari jam 2 petang - 6 petang. Kepada semua rakyat.. boleh serbu...
Kat bawah ni lagu nyanyian daripada Budak-budak Henry Gurney, Teluk Mas, Melaka. Harap dapat jadi pengajaran..
Lagu best... sioott..
tapi rasanya budak-budak ni dalam Army sekarang kot.. Henry Gurney tu Penjara beb.. mana ada kereta dan gitar.. tali pinggang pun tokleh bawak masuk.
Sebenarnya rumah Mak aku lebih kurang 5 km je daripada kawasan ni..
Pengalaman 1
Masa sekolah dulu aku bersama Din dan beberapa rakan pergi belakang Henry Gurney ni sebab ianya laut dan ada plak kolam sesuai memancing. Citer ni masa aku tingkatan 4...
Jadi masa pergi tu selalulah nampak lori bawak budak-budak ni keluar... alah kira macam lori askar tapi ada warden.
Ada satu hari tu, aku dan geng sebelum sampai ke tempat mancing terserempak lori ni... aku dengan geng tengoklah muka-muka diaorang alah-alah insaf kot... Tiba-tiba salah sorang daripada atas lori tu sound. "APA TENGOK-TENGOK?? NAK KENA BONTOT?!!"
Pergh.. kitaorang yang masih suci dan dara ketika tu.. terencat nak memancing.. kemas barang balik jer.. Buatnya brader tu tadi terlepas.. tak ke naya.
Pengalaman 2
Semasa amik peperiksaan Amali Sains (Fizik) Tingkatan 5ada seorang budak luar ni duk semeja eksperimen dengan aku (satu meja 2 orang). Aku pun pelik mana datang la budak ni... duk sebelah meja aku.. sebelum mula aku pun tanya la..
Aku : Ko ni repeat paper ke? (Dalam hati aku kalau repeat ada can aku mohon bantuan)
Dia: Taklah.. First time.. (Dengan nada alah-alah Imam Muda)
Aku: Abis ko sekolah mana?
Dia: Dekat je.. Teluk Mas
Setahu aku Telok Mas tak de sekolah Menengah (masa tu). Ceh budak ni temberang aku kot.
Aku: Telok Mas. Sekolah apa?
Dia: Henry Gurney.
Argghh!! terus blank otak aku.... aku kalih sikit.. patutlah ada warden baju cekelat kat luar tu. Otak aku ligat.. buatnya dia tikam aku dengan termometer depan aku.. tak ke naya.
Lepas tu dengan beranikan diri, aku hulurkan juga persahabatan.
Baru nak borak sikit kertas ujian sampai.. Aku ingat nak mohon bantuan dia.. rupanya dah sama-sama tak tahu.. kitaorang hemtam jelah.
Masa berehat setengah jam untuk amali kedua (kimia kot)... aku amik peluang borak dengan dia.. Aku tanya kenapa dia boleh belajar lagi?? Kan sekolah Henry Gurney tu tak de papan hitam.
Rupanya mereka di Henry Gurney kalau masih tempoh belajar diberi peluang untuk belajar.. Kalau keputusan baik, kemungkinan dilepaskan awal... dan dia satu-satunya pelajar yang ingin meneruskan pelajaran dalam bidang sains.
Dia juga ceritakan bagaimana dia masuk Henry Gurney disebabkan meragut dan mencederakan wanita menggunakan gambit. Dia sangat menyesal. Lebih menyesal bila dia ceritakan bagaimana minggu pertama di masuk dan semasa berada dalam sana. Termasuklah pekerjaan semasa di Henry Gurney.. sistem di dalam henry gurney dan sebagainya.. Aku tak akan ceritakan detail sebabnya..... (sangap la plak..)
Sebelum dia balik dia cakap besok dia nak minta satu pertolongan aku masa amali Biologi akan datang. Erkk... apa dia nak buat dengan aku.. takkan nak minta aku senjata kot. Aku mana ada lesen senjata.
Aku tanya apa?? dia kata nantilah.. Ceitt ini buat gua tak boleh tidor malam ni..
Sampai masanya dia datang agak lewat.. tak sempat aku nak borak sebab dia datang terus kena jawab soalan.. Lepas tu dia keluar toilet. Masuk balik... Setelah abis amali.. sebelum warden datang dekat dia.. dia sempat cakap dengan aku.. tolong aku poskan surat kat mak aku. Surat kat celah pasu bunga depan tandas. Erkk... aku faham kenapa dia minta tolong aku tu.. sebab dia dah citer kat aku sistem di Henry Gurney sebelum ni..
Aku tanya salah ke kalau aku tolong... dia cakap kalau kena tangkap salah la...
adeh.. berat hati jer hati aku... silap gaya ganti tempat dia nanti...
Akhirnya aku amik keputusan .......................................................... (hehehe biarlah jadi rahsia hidup aku). Hanya mak dia dan aku je tahu keputusan aku tu.. Kalau mak dia terima maknanya aku tolong. Kalau mak dia tak terima maknanya aku tak tolong
Itu semua berlaku lebih 15 tahun lalu. Nama dia pun aku tak ingat. Silap gaya sekarang dah jadi orang besau kat mana-mana syarikat kot.
Bila ingat-ingat citer dia balik.. aku nasihatkan kepada remaja-remaja hari ini elakkanlah daripada melakukan jenayah... aku boleh bayangkan daripada air muka member aku tu.. menyesal tak sudah akibat perbuatan sendiri.
Keadaan API atau IPU (Indeks Pencemaran Udara) di Melaka menunjukkan di tahap sederhana. Di area Bukit Rambai.. hampir-hampir tidak sihat. Indeks ini diambil pada jam 7.00 pagi tadi...
Pengiraan IPU
Nilai IPU dikira berdasarkan kepekatan purata setiap pencemar udara iaitu SO2, NO2, CO, O3 dan PM10 (Habuk Halus). Pencemar udara yang dominan dengan kepekatan tertinggi diambilkira sebagai pencemar yang akan menentukan nilai IPU. Pada lazimnya, kepekatan habuk halus (PM10) adalah yang tertinggi berbanding dengan pencemar yang lain dan ini menentukan bacaan IPU.
Pembentukan ozon di permukaan bumi (O3)
Menjelang lewat tengahari atau pada awal petang, lazimnya kepekatan ozon adalah tinggi dan mendominasi bacaan IPU di sesetengah kawasan. Di bawah pengaruh cahaya matahari, oksid-oksid nitrogen dan sebatian organik meruap yang dilepaskan dari ekzos kenderaan bermotor dan industri bertindakbalas bagi membentuk ozon di permukaan bumi.
Sebagai langkah berjaga-jaga, sila pastikan kurang aktiviti di luar dan banyakkan minum air.. kata doktor la.. aku bukan doktor... Jadi kalau nak ikut, sila ikut.. Sekian.
Sebulan lebih aku pergi solat Jumaat tak jumpa benda ni..
Tup-tup hari ini benda ni dah ada semula...
Lama aku tak tengok bebudak berebut benda ni.. hari ni meriah semula...
Bagi aku kalau ada rezeki aku.. aku amiklah.. itupun sebijik je.. tolong berikan pahala kepada yang sedekah.. Yelah kadang-kadang dapat tempat yang berdekatan dengan benda ni.. kadang-kadang masa nak turun tangga masjid.. benda ni macam mengamit je kat tepi tu.. orang plak tak de yang rebut.. maka aku anggap rezeki aku la tu.. rembat la..
Tapi yang tak sedapnya ada sekali tu aku perasan seorang yang agak berumur bawa satu sisir selamba je balik.. sambil mengupas sebiji demi sebiji.. Ceiitt.. terkulat-kulat budak-budak tu sebab tak sempat capai.
Bila agaknya orang nak pecah tradisi.. sedekah buah delima ke.. buah durian ke..
Penafian: Segala maklumat yang tercoret ini adalah hasil idea dan maklumat yang diperolehi TIDAK BOLEH digunakan sebagai rujukan utama atau bahan bukti dalam apa jua tindakan.
Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kemudaratan yang terjadi selepas menggunakan web ini.
Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab atas segala ulasan yang dibuat oleh pembaca. Oleh itu, semua pengulas dapat mengulas dengan mengikut tatasusila tanpa menyentuh kepentingan agama, bangsa dan politik tanahair.
Segala kisah dan cerita di dalam ini tiada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang mati kecuali kesahihannya disahkan oleh sumber yang boleh dipercayai.
Pihak pengurusan web bersedia membetulkan apa jua fakta yang dirasakan tersilap dengan menghubungi di email miey77@hotmail.com