Selasa, 27 Oktober 2009

Zoo Melaka

Zoo Melaka terletak lebih kurang 13 km darpada bandar Melaka dan daripada Tol Ayer Keroh lebih kurang 5-6 km je. Zoo Melaka merupakan zoo kedua terbesar di Malaysia dan dibuka sejak tahun 1963. Pada tahun 1979, Jabatan Perhilitan ambil alih. Haiwan?? Banyak jugaklah kat sini.. tapi dalam banyak2 kandang.. aku paling suka kandang Harimaunya. Nampak macam 'nature' tapi mungkin kosnya tinggi.

Perjalanan sekitar Zoo ni memang jauh... kalau jalan kaki mak ai.. berpeluh jugaklah.. tapi kalau tak larat.. ada jugak tren disediakan.. Bayaran RM2 seorang kot. Tren ni jugak dikendalikan sepenuh masa pada waktu malam. Dalam erti kata lain zoo Melaka mempunyai pakej zoo malam.. Ia beroperasi jam 7.00 mlm - 11.00 mlm. dan apa yang penting tak boleh jalan kaki daa.. kena naik tren yang disediakan. Bayaran RM2 dah termasuk dalam tiket zoo malam. Kenapa tak boleh jalan kaki?? aku rasa takut, pengunjung termasuk dalam kandang harimau kot.. ataupun kancil / rusa dijadikan korban pengunjung. Namun, apa yang sangat aku pasti ialah.. takut2 pasangan bukak 'kandang ranjang' sendiri kat dalam tu.. Itu sebab semua kena naik tren.

Dalam tu bukan je ada kandang haiwan je.. ada tempat rekreasi, pertunjukan haiwan, gerai dan kedai makan dan yang paling anak aku suka ada taman permainan yang agak luas dan selesa untuk 20-30 kanak-kanak dalam satu-satu masa. Masa aku pergi tahun lepas, berpeluang jugak aku beli tebu yang disediakan RM2 pastu bagi makan kat Gajah... Nasib baik aku sempat tarik tangan aku.. Aku rasa Gajah tu ingat lengan aku ni batang Tebu daaa...

Bayaran.

Zoo Siang
RM7 untuk dewasa, RM4 untuk kanak2. Bagi 2-3 tahun ke bawah.. Free

Zoo Malam
RM10 untuk dewasa, RM5 untuk kanak2. (Termasuk tambang tren tadi)

aku bagi sikit gambar aku ke zoo yo.. Adios










Gambar lagi kat http://modeofbaby.blogspot.com/2009/10/zoo-melaka-trip-chapter-1.html



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Penafian: Segala maklumat yang tercoret ini adalah hasil idea dan maklumat yang diperolehi TIDAK BOLEH digunakan sebagai rujukan utama atau bahan bukti dalam apa jua tindakan.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kemudaratan yang terjadi selepas menggunakan web ini.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab atas segala ulasan yang dibuat oleh pembaca. Oleh itu, semua pengulas dapat mengulas dengan mengikut tatasusila tanpa menyentuh kepentingan agama, bangsa dan politik tanahair.

Segala kisah dan cerita di dalam ini tiada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang mati kecuali kesahihannya disahkan oleh sumber yang boleh dipercayai.

Pihak pengurusan web bersedia membetulkan apa jua fakta yang dirasakan tersilap dengan menghubungi di email miey77@hotmail.com