Rabu, 7 Oktober 2009

Ikan Bakar Melaka

Makanan Ikan Bakar memang telah sinonim dengan Negeri Melaka.. Antara yang paling terkenal adalah di Umbai. Selain di Umbai terdapat juga di Anjung Batu, Ikan Bakar Terapung Umbai, Alai dan beberapa tempat di Sg. rambai serta Tg. Kling.

Menu utama adalah Nasi Lemak namun terdapat juga gerai yang menyediakan Nasi Putih bersama lauk tambahan seperti kuah asam pedas dll.

Mungkin bagi yang baru berpasangan takut nak pergi ke Ikan Bakar.. Mahal katanya. Tapi percayalah kalau pergi dua orang (couple) bawa je RM50. Cukup!! Serius... Bajetnya??
1. Nasi Lemak 4- 5 bungkus
2. Ikan Cencaru Bakar (sekor cukuplah.. nanti tak abis)
3. Ikan Kembung Bakar (amik dua ekorpun tak pe)
4. Sotong Goreng Tepung (Amiklah 4-5 ekor... nanti tak abis)
5. Kupang Masak Berlada (Sekilo kalau kau boleh abiskan kira cukup baik daaa..)
6. 2 cawan Air Buah

Cukup menu kat atas??? Cukuplah tu untuk makan berdua. Ye tak?? Kalau boleh abis kira pasangan tu memang kuat... Kuat makan!

Itu hari Mak aku belanja semua anak menantu.. dewasa 13 orang. Kanak-kanak 14 orang.. RM500 tak abis.. itupun makanan terpaksa bungkus.. menu.. nasi lemak, ikan siakap, udang, sotong, kupang, ketam (masa amik gambar tak sampai lagi).










0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Penafian: Segala maklumat yang tercoret ini adalah hasil idea dan maklumat yang diperolehi TIDAK BOLEH digunakan sebagai rujukan utama atau bahan bukti dalam apa jua tindakan.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kemudaratan yang terjadi selepas menggunakan web ini.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab atas segala ulasan yang dibuat oleh pembaca. Oleh itu, semua pengulas dapat mengulas dengan mengikut tatasusila tanpa menyentuh kepentingan agama, bangsa dan politik tanahair.

Segala kisah dan cerita di dalam ini tiada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang mati kecuali kesahihannya disahkan oleh sumber yang boleh dipercayai.

Pihak pengurusan web bersedia membetulkan apa jua fakta yang dirasakan tersilap dengan menghubungi di email miey77@hotmail.com