Selasa, 10 Ogos 2010

Ramadhan + Waktu Sahur + Waktu Berbuka @ Melaka

Esok semua umat Islam bakal meniti bulan Ramadhan. Aku harap semua pembaca sabar menghadapi dugaan berpuasa. Kawal la segala-galanya termasuk mata, lidah, telinga, mulut, perut dan sebagainya.
Ada orang tanya.. kalau setan semua dah kena belenggu.. abis tu yang jibraun tu buat perangai.. Bagi aku orang tu mungkin dah gelap hatinya hinggakan tidak nampak atau buta hatinya untuk melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan. Kiranya setan tak perlu bisik dah... hati dia sendiri dah memang bisik sendiri. Aku rasa la kot.

Ingat puasa ni wajib.

'Wahai orang-orang yang beriman, kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.'
(Maksud surah Al-Baqarah : 183)

Oklah sempena Ramadhan ni.. waktu berbuka dan sahur di Melaka.. kauorang boleh klik SINI

Sebelum tu, aku nak ucapkan selamat menyambut bulan ramadhan dan selamat menjalani ibadah puasa.

Chow.

Isnin, 9 Ogos 2010

Kisah Siput Sedut

Semalam tergerak hati nak makan Siput Sedut... so, harga sebungkus tu RM7. Hmmm.. mungkin bagi sesetengah orang harga tu mahal tapi bagi aku bekas budak kampung yang comot.. harga itu berbaloi.. Meh aku citer pengalaman masa aku berusia 10-12 tahun.. ketika tiada seorangpun yang menjual siput sedut. Satu-satunya aktiviti comot yang tidak dimarahi oleh mak aku.. Selalunya nak cari siput kena masa air pasang dan kawasan paya bakau. Masa tu kalau nak pergi kena berkawan sebabnya banyak haiwan buas dalam paya bakau seperti ular, kongkang, dan ada juga rimau... itu tak termasuk makhluk-makhluk halus yang cuba menyesatkan. Pelbagai petua diabadikan oleh orang-orang tua dalam usaha mencari siput.

Ketika air pasang selalunya siput sedut ni akan naik ke pangkal pokok bakau.. jadi mudahlah nak kutip. Itu sebab cari ketika air pasang.. pilih siput yang bersaiz sedang ke atas je.. dan jangan panggil nama kawan sebaliknya cari dalam bentuk kumpulan. Jangan jerit nama kawan sebab nanti kita dengar suara jerit nama kita. Aku pernah alami perkara ni tapi aku tak ikut suara jeritan itu.. sebaliknya mengambil langkah mengundur ke lokasi pertemuan. Tanya semula memang semua kawan-kawan aku tak jerit nama aku kecuali sekali sebelum bergerak. Fuh!! Dua minggu aku lupakan nak cari siput. Masa bawak balik siput ni takyah basuh.. kalau kena air dia tak tahan lama.. biar kakak-kakak aku je settlekan.

Kalau mencari dua jam tu.. dapatlah 1/3 kampit beras 10 kg. Kira lepas buat lauk beb. itu belum termasuk basuh kaki tangan kat empangan pastu tolong nelayan naikkan ikan.. kalau rezeki dapatlah anak-anak ikan untuk dibawa pulang.

Tapi itu semua dulu.. 20 tahun dahulu... masa aku tak kenal apa itu CPU, DVD, VCD, internet.. silap gaya perkataan porno pun aku sangka nama orang. Zaman sekarang bila aku citer kat anak buah aku.. terpapar rasa kurang percaya siput ni boleh dicari oleh kanak-kanak. Ceiitt..

ok tutup citer pasal siput ketika zaman 80 an. Meh citer pasal nak sedut siput. Nama dia siput sedut.. aku gerenti orang kampung yang bagi nama sebab sesuai dengan cara makan iaitu sedt. Kalau siput timba atau siput beliung lain plak cara makan.

Siput Sedut Untuk Dimasak

Masa beli siput ni.. kauorang kena pastikan dia hidup. Macam mana nak tahu dia hidup?? tak yah memandai nak check nadi. Kauorang kalau tgk dia melekap kat plastik dan terkeluar kepala dia tu.. kira hiduplah tu.. Pastikan beli dengan lumpur-lumpur tu.. menandakan siput tu sihat.


Kalau zaman aku kecik-kecik dulu mak aku suh taburkan hampas kelapa sehari sebelum masak. Tujuan? untuk beri siput tu makan kemudian berak. So, kita makan akan rasa lemak la wey dan tak pahit.

Sebelum kauorang masak atau potong.. kena basuh dulu lumpur tu... basuh bersih-bersih sambil selawat kata mak aku...



Tapi hati-hati.. siput ni boleh melarikan diri jika dibiarkan begitu.. Memang dasar takut air.


Dah cuci kena kerat. Bukan kat tengkuk tapi kat belakang dia... Tujuan supaya mudah nak sedut.
Lepas tu boleh la masak lemak ke.. goreng dengan sambal ke.. perghh sedut lemak maniss oooo..



Rabu, 4 Ogos 2010

Terkedu Kerana Sekeping Gambar

Tengah jenjalan satu demi satu blog.. tetiba aku terkedu kat blog manmunna.blogspot.com. Termenung sejenak bila melihat gambar ini.. hampir 5 minit....


Gambar di atas sangat menyentuh hati lelaki aku.. Gambar menceritakan bahawa betapa kasih dan sayangnya seorang abang kepada seorang adik. Betapa lenanya si adik dalam dakapan abg... Mereka sangat daif dengan segala bentuk harta di dunia ini tapi mereka sangat kaya dengan kasih sayang.

Kalau anda terjumpa di Melaka gambaran seperti di atas. Terus email pada aku. Serius.. aku bukan orang politik.. jauh sekali jutawan Malaysia. Tapi aku rasa dengan apa yang Allah s.w.t pinjamkan pada aku.. aku tahu macam mana nak bantu dan berdasarkan apa yang aku dengar citer orang, Kerajaan Negeri Melaka takkan biarkan perkara ini terjadi sebab banyak kes yang aku dengar dapat diselesaikan oleh pucuk pimpinan Negeri Melaka. Cuma kalau betul wujud satu atau dua kes.. mungkin salah masyarakat setempat termasuk JKKK yang buta hati tidak mahu bertindak lebih jauh.

Tolong la ye.. Bayangkan kalau kedua-dua itu anak kita.. atau letakkan diri anda dan adik anda di dalam diri kanak-kanak tersebut.

Aku doakan semoga anak-anak itu dapat temui kebahagiaan akhirnya.

Kadar Zakat Fitrah Negeri Melaka 2010

Majlis Fatwa Negeri telah menetapkan Kadar Zakat Fitrah bagi Negeri Melaka RM6.50 bagi tahun 2010. Kadar ini meningkat sebanyak RM0.20sen berbanding RM6.30 tahun 2009. Peningkatan ini bersesuaian dengan harga beras serta pendapatan individu.

Alah dengan RM6.50 tu aku harap takdelah orang Islam merungut. Malu weii.. Jauh lebih murah daripada harga rokok sekotak. Keluarkanlah kewajipan itu dengan ikhlas.

Kalau nak tahu citer disebalik zakat fitrah meh aku paparkan daripada petikan lama tabung-baitulmal-sarawak.org.my

Zakat Fitrah juga dikenali sebagai Zakat Peribadi atau tubuh badan yang wajib dikeluarkan oleh setiap orang Islam yang mempunyai cukup syarat-syaratnya pada bulan Ramadan. Antara dalil yang mewajibkan Zakat Fitrah ialah hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:”Rasulullah s.a.w. telah mewajibkan zakat fitrah segantang kurma atau segantang syair ke atas hamba, orang merdeka, lelaki, perempuan kecil, besar dari kaum muslimin dan disuruh mengeluarkannya sebelum orang keluar untuk sembahyang hari raya.”[Hadis riwayat al-Bukhari]

Dan sabda baginda lagi (maksudnya):
”Ketahuilah sesungguhnya Zakat Fitrah itu wajib ke atas semua orang Islam lelaki dan perempuan, hamba atau merdeka, kecil atau besar. Dua cupak gandum atau segantang makanan yang selain daripadanya.”[HR.al-Tirmizi]

Zakat Fitrah telah difardukan pada tahun kedua Hijrah,iaitu pada tahun yang sama Ibadah Puasa sepanjang bulan Ramadan difardukan. Dalam sebuah hadis,Ibnu Abbas menyebut:”Rasulullah s.a.w. telah memfardukan Zakat Fitrah sebagai penyucian terhadap orang yang berpuasa daripada perkara buruk dan tidak berfaedah dan sebagai bantuan kepada Fakir Miskin.

Maka sesiapa yang menunaikannya sebelum sembahyang(hari raya), ia adalah zakat yang diterima. Dan sesiapa yang menunaikannya selepas sembahyang ia adalah sedekah biasa.”[HR.Ibnu Majah]

Dalam Mazhab Syafi’e, Zakat Fitrah boleh ditunaikan sejak dari awal Ramadan sehingga hari akhir bulan Ramadan al Mubarak.

Ia diwajibkan bagi membersihkan orang yang berpuasa daripada perkara yang tidak berfaedah dan juga untuk diagihkan kepada Asnaf Fakir dan Miskin supaya mereka tidak menghadapi masalah mencari keperluan dan tidak meminta daripada orang lain pada hari raya(Aidilfitri).

Ibnu Abbas berkata(maksudnya):
”Rasulullah s.a.w. telah mewajibkan Zakat Fitrah bagi tujuan untuk menyucikan orang yang yang berpuasa daripada perkara buruk yang tidak berfaedah dan sebagai bantuan kepada Fakir Miskin.”[Hadis Riwayat Abu Daud]

SYARAT-SYARAT WAJIB ZAKAT FITRAH

Islam. Orang bukan Islam tidak diwajibkan Zakat Fitrah.

Orang yang yang mempunyai harta daripada perbelanjaannya(keperluan makanan) untuk dirinya dan juga orang di bawah tanggungannya pada siang Hari Raya(Aidil Fitri) dan malamnya.

Orang yang masih hidup sewaktu terbenam matahari penghabisan bulan Ramadan, maka yang orang mati sebelum terbenam matahari penghabisan bulan Ramadan, tidak wajib Zakat Fitrah ke atasnya. Demikian juga seorang bayi yang lahir sesudah terbenam matahari(selepas Maghrib)pada penghabisan bulan Ramadan tidak wajib Zakat Fitrah ke atas bayi tersebut.

Keterangan:
Sekiranya seseorang itu tidak mampu membayar Zakat Fitrah bagi orang yang dibawah tanggungannya,maka dia perlu mengutamakan Fitrah bagi dirinya terlebih dahulu, kemudian barulah mereka yang berada dalam tanggungannya. Iaitu mengikut turutan senarai keutamaan nafkah;isteri,anak yang masih kecil,bapa,emak dan seterusnya anak yang sudah besar, seandainya mereka itu tidak berkemampuan.

Dasar ini secara umumnya termasuk di bawah arahan Rasulullah s.a.w. dalam sebuah hadis(maksudnya):”Mulakanlah dengan diri kamu sendiri...” [HR.Muslim]

Isu Sekolah Pelajar Hamil II

Isu Sekolah Pelajar Hamil semakin hangat diperkatakan.. ada yang setuju... tak kurang jugak yang membangkang.. dan yang paling hawau bila dia tak tahu citer hujung pangkal tapi komen mengalahkan si pembuat dasar. ceiitt.. last-last rupanya salah teori. cam hawau!!

Semalam Tok Ali umumkan akan bina Sekolah tersebut sebagai tanda kesungguhan beliau menangani gejala pembuangan bayi.

Dibawah ni aku petik kata-kata Tok Ali dalam fb beliau:

Sekolah khas untuk pelajar hamil yang dibiayai kerajaan Melaka akan dibuka di Jasin dalam masa terdekat ini.

Saya cadangkan sekolah ini di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) di bekas bangunan rumah kadi daerah itu adalah untuk mereka yang secara sukarela mahu ke situ.

Pendekatan kerajaan negeri untuk membantu keluarga miskin menikahkan anak mereka bertujuan mengurangkan isu hamil di luar nikah dalam kalangan pelajar, terdapat remaja tegar yang terjebak kepada pelacuran dan sukar untuk balik kepada pangkal jalan setelah mengandung anak luar nikah.

Jika mereka telah berkahwin tiada siapa akan memarahi mereka dan kalau mereka mengandung ibu bapa boleh tanggung, jika tidak boleh tanggung, kerajaan negeri akan tanggung bayi dilahirkan. dar

Memanglah banyak pandangan dan teori dikeluarkan masa ni terutama dikedai-kedai kopi. Bagi pandangan aku secara peribadi aku melihat kepada objektif penubuhan sekolah ini. Kalau untuk mengelakkan zina dikalangan remaja yang bernafsu tinggi dan mencegah lahirnya keturunan-keturunan anak luar nikah. Aku sokong idea Tok Ali ni.. Yelah setakat kempen.. berapa peratus yang berjaya. Boleh dikatakan hampir tidak berjaya. Nak hukum?? makin ramai plak bayi terbuang. Namapun dah nafsu.. silap gaya Tok Imam pun boleh terkehel solat Subuh kalau hujan renyai-renyai dan isteri tidor di sebelah dengan wajah yang manis.
Dan bayi-bayi luar nikah ni akan membesar dan tidak mustahil boleh jadi ahli keluarga sesiapa sahaja. Tentu sebagai ibubapa kita inginkan menantu dikalangan keturunan yang baik-baik dan sah status asal usulnya. Kita bukan kira mak bapak menantu kita kawin umur berapa. Tapi mungkin fikir dua kali bila menantu kita adalah anak luar nikah. Kalau pompuan lagi teruk sebab tiada wali sah. Itu belum kita citer yang nak amik anak angkat. Bagi pilihan antara anak halal dan anak haram.. mana jadi pilihan jikalau terpaksa amik anak angkat? Amacam??

Okey kalau itu objektif Tok Ali memang idea ni boleh digunapakai. Walau bagaimanapun aku bukan pengampu Tok Ali. So, kena jugak sama-sama fikir pulak kesediaan pasangan menempuh alam rumahtangga dari segi ilmu dan tanggungjawab. Si isteri perlu taat pada suami.. takde dah dok lepak-lepak Mahkota Parade dengan geng tanpa izin suami.. dan yang lelaki tahu memimpin isteri di atas landasan institusi kekeluargaan terutama sudut agama. Tokleh dah.. duk merempit.. tukar-tukar pasangan. Namun, aku yakin kalau semua sepakat, ikhlas dan sama-sama bersedia mengembleng tenaga dan buah fikiran.. IDEA BERANI Tok Ali ni mampu mengurangkan sedikit sebanyak gejala zina dan penglahiran anak luar nikah di Malaysia ini. InsyaAllah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Penafian: Segala maklumat yang tercoret ini adalah hasil idea dan maklumat yang diperolehi TIDAK BOLEH digunakan sebagai rujukan utama atau bahan bukti dalam apa jua tindakan.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kemudaratan yang terjadi selepas menggunakan web ini.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab atas segala ulasan yang dibuat oleh pembaca. Oleh itu, semua pengulas dapat mengulas dengan mengikut tatasusila tanpa menyentuh kepentingan agama, bangsa dan politik tanahair.

Segala kisah dan cerita di dalam ini tiada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang mati kecuali kesahihannya disahkan oleh sumber yang boleh dipercayai.

Pihak pengurusan web bersedia membetulkan apa jua fakta yang dirasakan tersilap dengan menghubungi di email miey77@hotmail.com