Mengikut laporan MHI 4 April lalu, Sempena Hari kesihatan Sedunia tahun ni.. 9 - 11 April 2010 PERZIM atau Perbadanan Muzium Melaka menawarkan potongan 50% kepada pengunjung untuk semua muzium miliknya.
Wah ini satu peluang baik.. kalau sepuluh hingget.. baru lima hengget.. Apa lagi?? moh bawa bebeudak ke Muzium.. Aku tahu ada dikalangan warga Melaka tak pernah masuk muzium Samudera. Balik.. balik Muzium kemerdekaan yang kauorang masuk. Mentang-mentanglah itu satu-satunya Muzium yang free. Ceeiit.

Gambar di atas aku amik ketika melalui beberapa kampung kat area Merlimau.. daripada Kg. Simpang.. Kg. Tedong dan Kg. Serkam masih ada mengusahakan Sawah.
Aku percaya belah area Alor Gajah jugak ada beberapa Kg. yang masih mengusahakannya.. begitu jugak sedikit di area Kandang.
Aku pernah dengar cerita Tok Ali berhasrat untuk mengeluarkan beras padi cukup untuk rakyat Melaka untuk menggelakkan sebarang bentuk import beras padi dan ekonomi pesawah rakyat Melaka meningkat. Aku dengar citer jelah.. ntah betul atau tidak.. maklumlah mulut tempayan boleh ditutup mulut manusia Allah je yang tahu. Kalau betul citer tersebut kena tanya perkembangan kat Jabatan Pertanian kot...
Setakat ni aku tengok kat Mydin berlambak lagi beras dari luar... maknanya hasrat murni tersebut masih belum dapat direalisasikan lagi. Mudah-mudahan tercapailah hasrat tersebut ek.
Minggu lepas aku pergi makan kat Laksa Shake tingkat 2 Mydin Ayer Keroh. Sesekali nak makan makanan antarabangsa... Tambahan plak badan kurang sihat.. Order Roti Arab Rendang Tok, Mee Laksa + Limau suam & Milo Ais dan 1 Bungkus Briyani Kambing..
Aku tak tahu la sama ada tekak aku yang tak sedap ataupun makanan tersebut. Tapi aku beratkan tekak aku kot sebab aku dalam keadaan kurang sihat.
Lepas makan.. bil datang RM50.50. Wah boleh tahan jugaklah harganya.. patutlah table aku je terisi orang dalam Laksa Shake ni..
Namun, bagi aku sesekali makan ok pe.. cuma kalau aku boleh bagi pandangan pada owner Laksa Shake.. Cubalah pertimbangkan sikit harga tu.. Memang orang semua mampu nak bayar.. cuma kalau nak regular customer kena pandai juga seimbangkan penawaran dan permintaan. Buat apa letak harga tinggi tapi volume of customer takde. Tul tak??
Kepada yang nak try makan Laksa Shake pastikan bawa duit cukup. Kalau tak jenuh wey nak lari ke bawah mesin ATM. Tambahan pulak anak berderet.. Sesekali nak bawa anak bini rasa makanan standard sikit.. apa salahnya... jom ke Laksa Shake.


Roti Arab Rendang Tok

Mee Laksa
Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) telahpun mengambil inisiatif terbaru dalam menangani jenayah di tempat awam. Menurut akhbar MHI, MPAG telahpun menempatkan sistem penggera keselamatan awam di mana sistem tersebut ditempatkan ditempat yang strategik.
Dalam erti kata lain.. kalau kauorang kena ragut ke.. kena cuit ke.. atau kena kejar.. kauorang boleh tekan pada penggera yang diletakkan pada tiang. Bunyi yang sangat bising akan kedengaran hingga menarik perhatian orang lalu-lalang dan Polis yang bertugas. Dengan kaedah ini jugak dijangka penjahat / penjenayah tidak berani mengambil tindakan berterusan bila terdengar penggera keselamatan tersebut.
Tapi.. jangan kauorang jadikan mainan macam loceng sekolah plak.. Kang pihak berwajib hempuk kauorang aku tak jamin...
Ini janji aku pada salah seorang pembaca blog aku ni...
Aku juga berniat untuk menolong rakan-rakan atau lebih kepada adik-adik lepasan SPM. Yang mana lebih bertuah mungkin berkira-kira ke IPTA/IPTS yang ada. Namun, bagi yang kurang bernasib baik.. daripada hidup ko hanyut buat benda tak tentu arah.. baiklah kauorang cari duit poket. Sekurang-kurangnya takdelah orang kampung berbulu biji mata diaorang bila tengok kau tak bekerja. Standard la tu ada segelintir orang Kampung kan memang suka macam tu.. terutama di area kampung bersalji nun... (maksudnya bukan Malaysia la...).
Atas dasar ingin membantu.. meh aku listkan senarai pekerjaan di Melaka yang aku amik daripada MHI bersumberkan Jabatan tenaga Kerja pada 26 Mac 2010 lalu. Cubalah kauorang telefon tapi kalau dah penuh jangan plak marah aku ye... Tunggu rezeki kauorang yang lain...
Ok layannn
| JAWATAN | MAJIKAN | JANTINA | KEKOSONGAN |
| Receptionist | DK Composites Batu Berendam Airport, 06-3177928 (Aini) | P | 1 |
| Kerani | Fazil Shafie Associate Kompleks Munshi Abdullah, 06-2825268 (Norzailis) | P | 5 |
| Tukang Masak | Suggarpepper Cafe Kompleks Niaga melaka Perdana 012-8332616 (Melissa) | L / P | 2 |
| Pelayan | L / P | 2 |
| Receptionist | Kontra Pharma (M) S/B Kaw. Perindustrian Cheng 06-3362222 (Fazilah) | P | 1 |
| Pengawal Keselamatan | Parkson Mahkota Parade 06-2839523 (Agnes Lim) | L | 2 |
| Pengawal Keselamatan | Cisco (M) S/B Kaw. Perindustrian Cheng 06-2925857 | L | 4 |
| Operator | Fine Pulse S/B Kaw. Perindustrian Hicom, Alor Gajah 06-5520202 (Norma) | P | 50 |
| Pengawal Keselamatan | AFamosa Resort Hotel Simpang Ampat, Alor Gajah 06-5520888 (Francis) | L | 20 |
| Caddy | P | 30 |
| Operator | Mutiara Dinamik Taman Industri Serkam 016-2119927 (Natrah) | L/P | 5 |
| Penyelia | L | 1 |
Penafian: Segala maklumat yang tercoret ini adalah hasil idea dan maklumat yang diperolehi TIDAK BOLEH digunakan sebagai rujukan utama atau bahan bukti dalam apa jua tindakan.
Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kemudaratan yang terjadi selepas menggunakan web ini.
Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab atas segala ulasan yang dibuat oleh pembaca. Oleh itu, semua pengulas dapat mengulas dengan mengikut tatasusila tanpa menyentuh kepentingan agama, bangsa dan politik tanahair.
Segala kisah dan cerita di dalam ini tiada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang mati kecuali kesahihannya disahkan oleh sumber yang boleh dipercayai.
Pihak pengurusan web bersedia membetulkan apa jua fakta yang dirasakan tersilap dengan menghubungi di email miey77@hotmail.com