Walimatul urus kat atas ni bukan aku punya tapi Ketua Menteri Melaka punya. Anak sulung lelakinya bakal berkahwin pada 30 September ini bertempat di Dewan Tun Ali, Bukit Katil, Melaka.
Apa yang aku nak cakap kat sini bukannya wakil kepada beliau untuk jemput kauorang walaupun beliau berlapang dada suami isteri menjemput semua orang ke majlisnya. Aku dengar citer.. dia estimated makan minum untuk lebih 100,000 orang. Boleh ajer kalau kauorang nak pergi.
Tapi aku nak citer
1) Bagaimana pemikirannya yang menjemput orang tanpa mengira idealogi politik. Sebab katanya dia dipilih oleh majoriti sebagai Ketua Menteri Melaka. Jadi dia adalah Ketua Menteri bagi rakyat Melaka tanpa mengira fahaman politik. Justeru itu, majlis keramaian untuk anaknya adalah untuk semua. Aku tanya Pakcik makcik kat kampung di Melaka ni.. semua dapat kat jemputan kahwin Tok Ali. Punyalah bangga Pakcik Makcik tanpa mengira parti ni dapat jemputan Tok Ali. Tapi ada jugak yang memperlekehkan. Dah nama manusia.. hati macam2 warna. JKKK dipertanggungjawabkan untuk lakukan edaran. Kalau tak dapek memang sah JKKK tak buat kije le tu.
Kalau fikir-fikir semula rentetan kisah lalu... Perdana Menteri dipilih majoriti. Jadinya dia Perdana Menteri semua. Kalau Perdana Menteri semua, apa kehal la bangangnya pijak gambar Perdana Menteri sendiri. Esok-esok kalau betul la.. "Perdana Menteri" Pakatan yang dipilih majoriti.. maka suka atau tidak dialah Perdana Menteri Malaysia. Suka atau tidak, gambarnya kena juga gantung kat dinding. (
2) Kepada yang tidak berniat nak hadir ke Majlis ini yang di adakan di Dewan Tun Ali, maka janganlah berada di tempat kejadian atau sekitar persimpangan JPJ Melaka pada 30 September 2012 (Ahad). Guna alternatif lain. Contoh kalau dari Ayer Keroh nak ke area Kandang hingga Muar, boleh guna Persimpangan Tun Razak menghala ke Tehel atau guna je laluan Perindustrian Kilang Ayer Keroh /Kilang Ornasteel. Bukan apa takut kaurang terperangkap pulak nanti. Walau bagaimanapun aku confirm pihak berkuasa akan kawal lalu lintas. Jangan plak kauorang membebel nanti.. "menyusahkan rakyat la.. benci la... dll...". Dah time dia kahwinkan anak.. hormatlah.. masa ko kawin dulu jem jalan kampung ko.. pandai pulak suh orang bersabar. Hidup ni tolak ansur bro baru Allah S.W.T. suka.
Ok.. aku citer bukan wakil Tok Ali atau nak cover dia tapi tak nafikan aku respect kepimpinan dia sekarang. Aku citer pasal dia Ketua Menteri Melaka yang mengahwinkan anak dan beri maklumat kepada pembaca. Nanti kalau orang lain take over Melaka, mungkin aku citer pasal dia pulak. Cuma buat masa ni, aku tak nampak wakil PAS / PKR yang boleh memimpin Melaka. Pemimpin mereka tidak menunjukkan kualiti kepimpinan seperti TGNA atau TGHA atau Haron Din atau Hassan Ali atau Nasaruddin. DAP??? errrrr..... aku rasa aku lebih selesa orang Islam tadbir negara yang majoriti Islam kot.
Pendek citer.. tahniah pada Tok Ali bakal terima menantu dan kita doakan semoga semuanya berjalan lancar sepertimana kita nak orang doakan terbaik untuk perkahwinan kita.
Chow!