Semalam seorang lagi bayi jadi mangsa kekejaman seorang yang digelar ibu dan bapa. Apalah nak jadi ni??? Tahu tak azab Allah tu sangat pedih?? Bayangkan dosa yang kita tidak nampak atau sengaja pun dah mampu buat kita renyuk di dalam liang lahad.. Inikan pula dosa-dosa nyata. Ya Allah jauhilah kami dan keturunan kami daripada orang-orang sebegini.
Ini yang aku citer kat Melaka.. Belum lagi citer kat satu Malaysia... kalau citer mengenai kat satu dunia.. Ya Allah... apa nak jadi..
Kepada remaja yang dah terlanjur tu aku nasihatkan.. cukuplah setakat kauorang jadi bangang sebab keterlanjuran kauorang tu.. jangan la sampai jadi tahap syaitan dan binatang sanggup buang darah daging sendiri.. Kalau kauorang ditempat bayi tu apa perasaan kauorang? Tapi bagi bayi yang tak berdosa tu.. syurgalah tempatnya dan kalian pembuat dosa.. NERAKA JAHANAM la terperosok di sana.
Aku setuju sangat hasrat Kerajaan Malaysia meminda akta agar pembuangan bayi ni dijadikan sepertimana akta pembunuhan dan hukuman perlu dilakukan kepada kedua-dua pihak iaitu jantan dan betina.
Maaf pepagi ramadhan ni aku teremosi dengan kisah dari harian metro di bawah:
2010/08/18
MELAKA: Mayat seorang bayi lelaki ditemui dalam tong sampah di Hospital Melaka di sini, hari ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, sehubungan itu polis menahan seorang wanita berusia dalam lingkungan 20-an di hospital itu dan teman lelakinya, 20-an, di Batu Berendam di sini.
Beliau berkata, pada jam 7 malam semalam, polis menerima laporan daripada seorang pegawai perubatan di Hospital Melaka mengenai seorang pesakit wanita yang disyaki mempunyai kesan baru melahirkan anak.
"Pengadu melaporkan wanita itu mendakwa melahirkan bayi di dalam tandas di hospital itu dan membuangnya ke dalam tong sampah di kawasan wad kecemasan," katanya.
"Berikutan itu, polis membuat pemeriksaan di semua tong sampah dan bayi yang dalam keadaan sempurna itu ditemui oleh anggota Unit Forensik polis dalam sebuah tong sampah besar pada jam 1.55 petang ini," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan membuang mayat secara sulit, yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Mohd Adnan berkata, sejak awal Januari lalu, sebanyak lima kes pembuangan bayi dilaporkan di negeri ini.-Bernama
Nampaknya 'Car Boot Sale' yang dilancarkan oleh Tok Ali dua bulan lalu semakin membuahkan hasil.
Apa tu car boot sale?? Ok aku rasa ramai yang tahu dan bagi yang tak tahu.. Car boot sale ni adalah jualan menerusi bonet kereta jer.. dalam makna lain kira jualan kecil-kecilan merangkumi jualan apa sahaja barang-barang dan kalau kat luar negara mereka menjual barang-barang terpakai di rumah menerusi kaedah ini. Kalau kat Malaysia kat Shah Alam dah ada. So, daripada buang majalah dan barang perhiasan atau pakaian tak digunakan lagi.. eloklah lepak 4-5 jam tu.. mana tahu rezeki dapat RM50 setengah hari.. sapa nak bagi?? Modal singgit.
Memang tak dinafikan orang kata kawasan tak sesuai dan tak ramai orang tapi rupanya teori Tok Ali nak buat sesuatu lain daripada yang lain iaitu sediakan penawaran sebelum permintaan. Beliau percaya dengan adanya penjual yang ramai + promosi = pembeli akan datang jugak akhirnya dan tempat tersebut akan jadi popular. Ish!! memang pelik Ketua Menteri aku ni.
Car boot sale ni dibuka setiap hari Ahad jam 7.00 pagi hingga 1.00 tengahari bertempat di Autocity (kat belakang UTeM lama di Air Keroh tu).. Contact no. telefon kat bawah ni untuk dapat tempat yang lebih terperinci.
Bagi yang berniat nak sertai penjualan, bayaran yang dikenakan cuma RM1.00 je sehari tu dengan keluasan 12' x 12'... ishh.. jual selai baju je dah balik modal. Kalau berminat sila hubungi urusetia Car Boot Sale di talian 06-2307277 atau terus ke tapak penjualan untuk pendaftaran.
Sebagai rakyat Melaka, aku rasa bertanggungjawab jugak untuk menyebarkan hal ini kerana bak kata Tok Ali dengan bantuan promosi akan menambah pembeli.. bila pembeli semakin bertambah.. apa je barang boleh carik kat sana dan semakin tersohorlah tempat tersebut.
Jumaat lepas memang beberapa bahagian di Negeri Melaka mengalami ribut yang agak kuat. Bermula lebih kurang jam 4.15 petang nampak awan hitam mulai kerumuni langit di beberapa tempat. Tak kurang jugak aku di Melaka tengah mengalami angin yang agak kuat. Namun, alhamdulillah tiada apa-apa kemalangan. Bila lewat petang aku dapat berita, Bazaar Ramadhan di Stadium Alamanda Jasin mengalami kesan buruk akibat ribut berkenaan hingga mengorbankan 3 nyawa (2 peniaga dan 1 pengunjung) dan 18 lagi cedera. Kecederaan disebabkan terbangnya beberapa khemah besar dan menghentam mangsa. Semoga Allah merahmati roh mereka yang terkorban tersebut. Al-Fatihah.
Dan di sini aku paparkan video ribut berkenaan dipetik daripada youtube.
Semalam aku ke Bazaar Ramadhan Duyong.. Mak aiii punya la jem jalan.. bila dah jem jalan maka parking takde.. Yelah semua dah main bantai parking tepi jalan..
Bila banyak kereta.. orang jangan citer la.. ntah berapa banyak pahala puasa ditolak kerana tergesel-gesel.. tidak termasuk tersentuh-sentuh..
Aku tak sempat hayati apa spesial kat Bazar Ramadhan Duyong.. separuh jalan aku cari apa yang patut dimakan lepas tu terus keluar
Tapi aku kira hampir semua juadah ada dijual.
Kalau nak pergi ke Bazaar Duyung ni aku nasihatkan janganlah bawak anak kecil... serius.. boleh naya anak / adik kita wooo... Kita pun nak membeli pun susah.. nak bayar guna tangan sama.. nak bimbit plastik pun tangan tu.. nak pimpin adikpun tangan tu... nak pegang beg duit lagi... perghhh mau hilang akal dibuatnya...
Semalam umat Islam menyambut Ramadhan pertama dengan wajah berseri.. Tak sangka semalam jugak seekor makhluk Allah buat perkara yang mungkar. Selari dengan gejala pembuangan bayi yang semakin melampau.. semalam kes terbaru di Ayer Keroh, seorang bayi yang baru lepas lahir dibuang di tong sampah berhampiran kilang tempat di mana kedua ekor binatang itu bekerja.
Hasil siasatan, dua remaja Melayu masing-masing berumur 18 tahun ditahan pihak berkuasa. Remaja perempuan tebabit dikatakan melahirkan anak perempuan di dalam tandas kilang berkenaan kemudian hulur kat teman lelakinya bayi berkenaan untuk dibuang. Dengan berbalut plastik remaja lelaki konon-konon nak pergi beli juadah bersahur masa lalu depan pengawal. Tindakan menimbulkan curiga itu membuatkan pengawal berkenaan mengekori remaja berkenaan dan akhirnya saspek dikenalpasti.
Nasib baik pengawal keselamatan kilang berkenaan terdengar tangisan bayi berkenaan semasa beliau ingin memulakan sahurnya jam 5.15 pagi.
Apa yang tak bestnya.. dikatakan kedua-dua remaja ni berasal daripada luar Melaka.
Jika disabitkan kesalahan hukuman penjara maksimum selama 7 tahun dan denda boleh dikenakan kepada saspek. Itu hukuman dunia.. hukuman Allah s.w.t. kauorang nantikan je.
Haii.. hati aku ni rasa macam nak maki hamun je kat entry ni tapi mengenangkan bulan puasa ni aku simpan je dalam hati... tapi ingin aku nyatakan aku memang benci pasangan-pasangan sebegini. Semoga Allah turunkan hidayah atau bencana mengikut kebijaksanaan Allah s.w.t. kepada semua yang berpelakuan sebegini rupa.
Penafian: Segala maklumat yang tercoret ini adalah hasil idea dan maklumat yang diperolehi TIDAK BOLEH digunakan sebagai rujukan utama atau bahan bukti dalam apa jua tindakan.
Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kemudaratan yang terjadi selepas menggunakan web ini.
Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab atas segala ulasan yang dibuat oleh pembaca. Oleh itu, semua pengulas dapat mengulas dengan mengikut tatasusila tanpa menyentuh kepentingan agama, bangsa dan politik tanahair.
Segala kisah dan cerita di dalam ini tiada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang mati kecuali kesahihannya disahkan oleh sumber yang boleh dipercayai.
Pihak pengurusan web bersedia membetulkan apa jua fakta yang dirasakan tersilap dengan menghubungi di email miey77@hotmail.com