Jumaat, 16 April 2010

Muzium Pengangkutan Melaka:Satu Lagi Produk Pelancongan

Melaka sebagai Negeri Pelancongan semalam melakar satu lagi produk pelancongan iaitu Muzium. Kali ini dinamakan Muzium Pengangkutan Melaka.



Setakat ini muzium tersebut menempatkan 14 buah kereta antik, 13 motosikal klasik dan 15 basikal tua. Pada masa akan datang dijangka lebih banyak pengankutan udara, laut dan darat akan ditempatkan. Roket Soyus aku tak berani jamin.. macam mustahil je tuuu..

Lokasi Muzium ni kat MITC Melaka. Nak masuk kenalah sedikit bayaran. Kang sapa plak nak bayar gaji tukang jaga muzium. Bayaran dikenakan RM10 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak. Ianya dibuka setiap hari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang.

Kepada atuk2, pakcik2 tu. ingin mengimbas zaman "Mas Mona".. mungkin boleh layan Muzium ni.. Mana tahu leh tersenyum sendirian mengingatkan zaman remaja dulu. ye tak?? Terhibur sikit hati tuuu..


Rabu, 7 April 2010

Homedex @ Melaka

Kepada semua rakyat yang telah memiliki rumah dan sedang mengitai-ngitai perabut.. jangan gopoh beli kat kedai dak Ah Lim Tat tu... tunggu hingga 15 - 18 April ni sebab ada pameran perabot terbesar di Melaka. Katanya discount sehingga 70%.. banyak tu.. 





Aku kira kalau kauorang nak buat surveypun bagus jugak sebelum beli. So, jom kita reramai pergi lanyak katil kat MITC pada tarikh yang aku sebutkan kat atas nun.. Kauorang ingat senang ke nak main henjut-henjut atas tilam Dunlopillo atau tilam yang Ziana Zain tidor tu.. apatah jenama lupa plak aku...

Jom terjah!!!

Laksa Shake Mydin Buat Promosi

kepada pembaca bumimelaka.. ni ada tawaran menarik daripada owner Laksa Shake di Mydin.. huhuhuhu tak sangka tokeh besar laksa shake pembaca blog picisan ni...



Promosi hebat beliau tataulah sampai bila.. kalau kauorang baca entry aku yang lepas pasal Laksa Shake mungkin kauorang macam takut kat Laksa Shake ni punya harga. Tetapi ari ni diaorang buat promosi giler2.. (tataulah adakah kerana pandangan aku dia buat promosi ni..) 

Makanan standard antarabangsa tapi harga standard restoran biasa. kalau nak try.. masa ni la wey.. esok.. esok.. dia tutup promosi.. nyosal kang.

Tambahan pula kali ni dia boleh buat delivery wey.. tapi sekitar MITC dan bandaraya Melaka jer.. janganlah kauorang duk Chabau atau Ramuan China order delivery... mau lepeh budak delivery nanti..

Apa promosinya?? jom aku sambung..

Menu pilihan dibawah ni berharga RM7.00 setiap satu. 

1)   Asam laksa
2)   Johor Laksa
3)   curry laksa
4)   tomyam laksa
5)   laksa nyonya melaka
6)   sarawak laksa
7)   laksam Kelantan
8)   roti jala kari ayam
9)   bihun sup daging
10) lontong johor sambal sotong

11) sirap bandung cincau (rm2)

+ 5% govt. tax

Ni aku bukan buat affiliate.... amik komisyen jauh sekali.. just nak tolong kengkawan cari rezeki.. mudah-mudahan rezeki akupun murah nanti. InsyaAllah..

Kalau teringin nak rasa, kauorang boleh contact 

Tel no : 06-2322773, 06-2322776, 06-2322770
atau sms 012-3857945

Jangan pukul 3.00 pagi kau sms.. naya la wey... tak silap aku dia tutup sama macam Mydin tu tutup. Lebih kurang agak-agak 10.00 malam. Oraiittss chow..


Selasa, 6 April 2010

Minggu 9 - 11 April 2010 @ Melaka

Minggu ni memang minggu yang agak sibuk di Melaka. Pelbagai program ada..  Aku dengar citer program yang paling berprestige adalah

  1. Melaka Grand Invitational Endurance Ride 2010. Perlawanan jemputan ini akan disertai oleh penunggang-penunggang terkemuka dunia termasuk penunggung dari Malaysia. Pertandingan ini akan dirasmikan oleh TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Datuk Seri Utama Khalil bin Yaakob. Orang ramai dijemput untuk menyaksikan petandingan tersebut. Tak silap aku venue pertandingan ini ialah di stadium Hang Jebat.
  2. PIKOM PC Fair 2010 pun ada kat MITC pada  9-11 jugak.  
  3. Pameran usahawan Peringkat Kebangsaan 9 - 11 jugak.. di tempat MITC jugak tu...

Jom kepada semua yang tatau nak buat apa hujung minggu ni dengan keluarga.

Di atas ni untuk minggu ni.. minggu depan lagi banyak sempena dengan ulangtahun ke 7 peristiharan Melaka Bandaraya Bersejarah. Itu semua aku story dalam entry akan datang.

Isnin, 5 April 2010

Medan Selera Buat Hal Lagi?

Ini berita kurang menyenangkan...

Aku terbaca dalam MHI 4 April 2010 mengatakan bahawa Medan Selera Kawasan Industri Ayer Keroh kotor??? ceiitt... kalau medan selera dah kotor mana nak ada selera wey??

Bagi yang tatahu kawasan ni.. meh aku story kedudukan medan selera ni.. kauorang kalau guna jalan daripada Hospital Pantai ke Tol Ayer Keroh kan ada lalu Shell di mana ia bertentangan dengan Kilang Ornasteel sebelah kanan. Perasan?? Alah sebelah Kilang Mamee tu la... Hah! depan kilang mamee bersebelahan Shell tu kan ada Medan Selera.. yang ramai nau jual Roti John.. Hah! itulah medan selera tu.. 

Ia dilaporkan terdapat banyak sampah sarap dan kayu-kayu buruk yang terbiar. Aku harap bukan sahaja MBMB main peranan, penggeraipun cubalah ye ringan tulang sikit.. Itukan tempat kauorang cari rezeki.. jagalah sama-sama.. baru muafakat namanya...

Tapi aku percaya lepas keluar laporan MHI itu hari, mesti dah bersih tempat tu dikerjakan. Cuma harapan aku cubalah mengekalkan keadaan bersih tersebut terutama Melaka bakal menjadi penganjur SUKMA pada bulan Jun 2010 ni.

Ok Adioss.. Nasihat ikhlas ni...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Penafian: Segala maklumat yang tercoret ini adalah hasil idea dan maklumat yang diperolehi TIDAK BOLEH digunakan sebagai rujukan utama atau bahan bukti dalam apa jua tindakan.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kemudaratan yang terjadi selepas menggunakan web ini.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab atas segala ulasan yang dibuat oleh pembaca. Oleh itu, semua pengulas dapat mengulas dengan mengikut tatasusila tanpa menyentuh kepentingan agama, bangsa dan politik tanahair.

Segala kisah dan cerita di dalam ini tiada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang mati kecuali kesahihannya disahkan oleh sumber yang boleh dipercayai.

Pihak pengurusan web bersedia membetulkan apa jua fakta yang dirasakan tersilap dengan menghubungi di email miey77@hotmail.com