Isnin, 23 November 2009

Konsert Datuk Shah Rukh Khan Di Melaka

Datuk Shah Rukh Khan nampaknya confirm datang Melaka untuk buat persembahan pada 11 Disember 2009 ni.. Konsert ni ditaja sepenuhnya oleh syarikat swasta.. dengar cerita itu hari Mamee yang taja.. wallahualam... kalau ada perubahan penajaan maaflah ye..

Cuma aku nak bangkitkan isu ialah lepas ni ramai gila babas la yang mintak tiket percuma dengan warga Melaka terutamanya mereka yang bergelar penjawat awam. Ada orang cakap 40,000 tiket percuma diedarkan kepada orang ramai dan pertubuhan. Semuanya dibawah bidang kuasa Pengerusi J/K pelancongan, Datuk Seet Har Cheow.. wah ramai la yang mengendeng YB. datuk lepas ni... mau gebeh baju datuk kena tarik.. Sabar jelah tokk oii...

Di ulangi 40,000 tiket percuma tak de pada rakyat Melaka termasuk aku.. so, takyah la mintak-mintak dengan aku dan akupun sebenarnya tak minat dah nak pergi berhempet-hempet.. terkinja-kinja.. terjerit-jerit dan macam katak nak tenggelam dek banjir....

Citer pasal konsert.. dulu masa zaman di IPTA utara Malaysia aku pernah join budak2 kg member aku ke Konsert XPDC..
Sebelum pergi.. beg duit letak kat kocek seluar depan.. sebab ramai giler orang akan meraba bontot a.k.a menyeluk poket...
masa sampai jer.. aku tengok semua dah macam beruk buat perhimpunan pagi... yang terkinja.. terkinja.. yang lepak tepi duk teguk air setanpun ada... yang menggulungpun ada... Kira pelbagailah gelagat.. cuma aku tak nampak yang solat dengan yang azan... tu jer..

Kat konsert ni memang riuh rupanya.. keriuhan orang ramai menjerit dan buat 'banging' dalam bulatan menjadi tumpuan utama... Banging tau tak?? alah dulu akupun tatau juga.. diaorang kata banging sambil hangguk2 kepala... kasi rambut mengurai... so.. akupun sama badigol ikut jugak la... pening kepala.. sioot jer.. Aku pelik kenapa diaorang tak pening.. rupanya dah perkena 'barang'. ceiittt.. kotor punya member...
Dalam pada itu datanglah seorang mamat macho bersama aweks yang jelita tahap mat rempit punya stok... kembang kempis hidungnya sebab perasan awek dia lawa.. tapi kira paling lawa la sebab tak de pompuan pun pegi konsert tu... dalam berpusu-pusu tu... tetiba awek tu terjerit jerit kelemasan... "ceit buat projek ke mamat tu sampai klimak betina tu???" bisik hatiku.. kemudian.. salah seorang samdol member aku punya member ni datang kat aku yang tercunggap-cunggap lepas baging... "fuh! best woo aku raba awek mamat tu.. hulur tangan celah ketiak orang jer..." samdol tu berkata sambil berlari sekali lagi.. untuk buat seround lagi... aku kira awek tu malam tu kira abis la... silap2 koyak baju... ish!! tak mau aku bawak awek pegi konsert rock ni.. kalau pementasan teater ok kot...

berbalik kepada DSRK tadi... aku harap takdelah yang jadi korban lagi tapi aku rasa kali ni bukan pompuan jadi korban.. lelaki kot.. sebab aku rasa pompuan yang lebih ramai minat SRK.. kalau lelaki minatpun jenis lelaki alah-alah bollywood... auw..

Ingin aku ingatkan sekali lagi... aku takde 40,000 tiket tu.. sekian.

Jumaat, 20 November 2009

SEJARAH MELAKA (BAB 1:PEMBUKAAN MELAKA)

Aku rasa aku nak muatkan juga tentang sejarah Melaka dalam blog ni.. mudah untuk generasi akan datang buat rujukan... tapi ikut bab la.. alah.. lebih kurang buku teks juga.. walau bagaimanapun aku olah mengikut alam fantasi aku tapi tidak mengubah apa-apa sejarah..


Mengikut riwayat arwah nenek aku...

Melaka ni berasal dari Pohon Melaka. diulangi pohon Melaka.. bukan buah Melaka.. jauh sekali buah orang Melaka. Memang hawau!! Rupa pokok Melaka?? ceitt.. tengok la kat sini .


Kisahnya bermula begini... suatu ketika dahulu ada seorang anak raja di Palembang bernama Parameswara.. Palembang berperang dengan Majapahit pada abad ke 14 dan Parameswara lari daripada peperangan Majapahit atas arahan ayahandanya... Pergi Temasik.. kat situ ada siam.. Lari kat Muar.. hinggalah sampai Bertam.. Lari punya lari punya lari.. sampai la kat satu kawasan yang subur lalu menyandarlah dia di sebatang pokok.. tengah duk relaks kat bawah pokok layan lagu serampang laut. Tiba-tiba 2 ekor anjing Parameswara ni menyalakkan seekor kancil putih..
Ye betul! Parameswara dulu bukannya Islam.. Itu sebab dia bela anjing..
Agaknya Kancil ni tension 2 ekor anjing ni berlagak nak mampus... lalu diterajang la kedua-dua ekor anjing ni.. masuk ke sungai.. "kaingg.. kainggg.. kaing..." jerit anjing tersebut.

Lalu terdetiklah di hati Parameswara.. "agak molek jika beta membina negeri di sini kerana kancilnya sahaja sudah gagah perkasa.. apatah lagi kalau bayi2 yang lahir di sini...". Lalu niat hatinya itu disuarakan kepada penolongnya.. dan penolong macam biasa setuju sangat termasuk pujian atas kebijaksanaan Parameswara. Gila ko nak kata tak bagus.. kang ada juga penolong tu kena terajang plak dengan Parameswara.. Langsung jadi macam anjing 2 ekor tu...

Kemudian nak namakan tempat tu... Parameswara mintak pandangan. Tiba-tiba ada mamat pegang tombak memberi cadangan "tuanku.. apakata kita namakan negeri ni.. Negeri Kancil Putih Terajang Bontot Dua Ekor Anjing Parameswara?" sambil beliau tersengih bangga dengan cadangannya.. Hah! sah kena terajang jugak mamat ni.. bisik si penolong... Sangkaan penolong tepat sekali.. maka mamat nipun terchebus dalam sungai bersama anjing tadi...

Kemudian Parameswara bertanyakan Penolongnya tadi yang sedang leka melihat mamat tadi bermain-main air bersama anjing-anjing parameswara..
"Di bawah pohon apakah beta bersandar ini??"
Penolong pun terkejut.. dan tidak dengar soalan Parameswara... gila ko nak suruh ulang sekali lagi.. mau si penolong terpaksa bermain air dengan mamat kat dalam sungai bersama anjing tu... "maaf Tuanku Patik.. patik.. Meleka tadi.."
"Apa Melaka??".. Oklah.. Dengan ini beta mengistiharkan Negeri ini dibuka dengan nama "Melaka".



Apa rasionalnya nama Melaka aku sebut tadi ialah.. aku tak fikir orang-orang dahulu tahu nama semua pokok.. Maksud aku semua nama ni mesti ada seseorang yang beri.. Oleh itu aku anggap penolong Parameswara yang berikan nama pokok ni.. Mengikut amalan aku pokok Melaka juga terdapat di India tapi aku amat yakin diaorang tak panggil dengan nama Melaka.. mesti ada nama Tamil.

Kejohanan Boling Sedunia QubicaAMF Ke-45

Gambar:Asmaliana.com

Kejohanan Boling Piala Dunia QubizaAMF Ke 45 kat Melaka International Bowling Centre (MIBC) telahpun berakhir semalam..
94 Negara bersaing sengit...

Pemenangnya...

Lelaki
1) peserta daripada Korea
2) peserta daripada Kanada
3) Peserta daripada Indonesia

Wanita
1) Peserta daripada Kanada
2) Peserta daripada England
3) Peserta daripada Malaysia

* Nasib baik ada sorang peserta Malaysia naik podium.. kalau tak.. malu la wey...
* Shahlin Zulkefli tak main... dia jadi tetamu jemputan ESPN Sports di MIBC tu... Kenapa?? Ntah mungkin dia tak boleh main kot sebab dah teror sgt...

Melaka Wonderland Theme Park

Insyallah Disember 2009 ni.. Melaka akan ada Wonderland Theme Park yang bernilai RM32 juta kat Taman Botanikal Garden.. Ia boleh menampung 4,000 orang pada satu-satu masa. Taman tema ni dikatakan mempunyai 28 permainan.. wow...

Tempatnya sangat strategik.. ialah kat pintu keluar masuk menerusi Ayer Keroh.

Ianya dibina di tapak seluar 32 ekar dan dibiayai sepenuhnya oleh pihak swasta. So, jangan memandai-mandai kata menghabiskan duit rakyat...

Melaka negeri pelancongan.. so.. produk pelancongan kena selalu update.. kalau sama jer.. mana ada pelancong nak datang berkali-kali ke Melaka... Macam aku cakap sebelum ni.. dengan aktiviti pelancongan bukan sahaja kerajaan negeri untung tapi rakyat... berbeza dengan aktiviti ekonomi pembalakan atau lain-lain. Yelah.. makcik jual kraftangan.. peniaga makanan.. beca.. teksi.. hotel.. dan sebagainya akan merasa nikmat secara terus. InsyaAllah..

Isnin, 16 November 2009

Cuaca & Presiden China di Melaka

Cuaca di Melaka mungkin macam kat tempat lain juga.. hujan.. mendung.. panas... cuma alhamdulillah banjir mungkin berkurangan la.. kecuali tempat rendah giler.. Walau bagaimanapun aku yakin Jab. Kebajikan Masyarakat dan Pejabat Daerah sentiasa bersiap sedia.. Air longkangpun boleh tahan penuhnya.. Pusat Bencana Banjir di Kota cemerlang pun ready je kot... tunggu semboyan YAB. Ketua Menteri je bila berlaku sesuatu banjir.

InsyaAllah aku rasa tak banjir kot kalau air laut tak pasang penuh dan air dari sungai & parit di Melaka boleh mengalir ke laut dengan baik...

Pelik juga aku masa Presiden Negara China datang Melaka.. tak hujan pulak... dapat la dia dan pucuk pimpinan Negeri Melaka melawat tempat2 tinggalan nenek moyang Presiden tersebut. Khabarnya bodyguard dia mak ai.. punya la ramai... sampai ada tetamu VIP yang tertolak ketepi oleh Bodyduard dia.. Iyelah bodyguard tu tak kenal kot tetamu VIP tu.. Jadinya tertolak la.. Nasib baik tetamu VIP tu faham situasi tu...

Jalan raya punya la lengang.... rupa-rupanya semua jalan disekat untuk memastikan perjalanan tetamu negara itu berjalan lancar...

Presiden Negara China dikatakan presiden kedua paling berpengaruh di dunia selepas Presiden Obama.. jadi memang tidak mustahil la perkara tersebut menjadi elemen terpenting.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Penafian: Segala maklumat yang tercoret ini adalah hasil idea dan maklumat yang diperolehi TIDAK BOLEH digunakan sebagai rujukan utama atau bahan bukti dalam apa jua tindakan.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kemudaratan yang terjadi selepas menggunakan web ini.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab atas segala ulasan yang dibuat oleh pembaca. Oleh itu, semua pengulas dapat mengulas dengan mengikut tatasusila tanpa menyentuh kepentingan agama, bangsa dan politik tanahair.

Segala kisah dan cerita di dalam ini tiada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang mati kecuali kesahihannya disahkan oleh sumber yang boleh dipercayai.

Pihak pengurusan web bersedia membetulkan apa jua fakta yang dirasakan tersilap dengan menghubungi di email miey77@hotmail.com