Semua tahu Parlimen Malaysia telahpun dibubarkan pada 3 April lalu dan Dewan Undangan Negeri Melaka menyusuli jam 1.00 tengahari.
Gelanggang telah dibuka, hanya menanti nama-nama pendekar diumumkan.
Cuma yang kurang sedap.. ada kengkawan aku tanya kenapa Tok Ali masih guna nama Ketua Menteri Melaka sedangkan Kerajaan dah bubar..
Berdasarkan pemahaman, soal jawab dengan yang lebih arif dan pembacaan aku..
Jom aku terangkan ...
Bila mana Parlimen atau Dewan Undangan Negeri dibubarkan, maka secara tidak langsung negara atau negeri di bawah pentadbiran "kerajaan sementara" atau nama glamournya care taker goverment. Memang perkara ini tidak terdapat di dalam Perlembagaan Persekutuan / Malaysia. Namun, disebabkan penubuhan kita satu ketika dahulu mengikut pengalaman British, maka konsep yang sama digunapakai sehinggalah watikah perlantikan kerajaan diserahkan kepada Kerajaan yang baru.
Di dalam hal ini, semua Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Parlimen terlucut sudah gelaran Yang Berhormat tetapi bagi Perdana Menteri atau Ketua Menteri dan Ahli Majlis Mesyuarat Negeri (EXCO) atau barisan kabinet (kecuali Timbalan Menteri) diamanahkan memegang tampuk pentadbiran sementara itu.
Mereka ini boleh membuat keputusan atau menghadiri mana-mana majlis rasmi kerajaan tetapi tidak boleh membuat sesuatu dasar atau melibatkan pemberian wang atau barangan yang dikhuatiri disalahanggap sebagai satu sogokan (Kesalahan di bawah Akta Pilihanraya 1954).
Justeru itu, terbuktilah bahawa Ketua Menteri Melaka masih Datuk Seri Mohd Ali bin Rustam sehinggalah selesai pilihanraya tau beliaulah yang meneruskan amanah / tanggungjawab sebagai Ketua Menteri Melaka untuk penggal seterusnya.
P/S: Kalau ada kesalahan fakta, saya perlawa sama-sama kita betulkan. Sebagai rakyat Malaysia kita harus bangga bila sama-sama memahami perlembagaan kita.
3 comments:
jangan lupa mengundi!!yeah..
t singah2 kalu nak beli tudung
terima kasih nadirah. Mungkin nadirah sdg blog walking.. Jom sapa nak tgk tudung jualan nadirah kat sini
https://plus.google.com/107596864987410869940#107596864987410869940/posts
yeps..tq tuan tanah..mmg sy sllu dapatkn info dr blog anda. anda sgt update pasal negeri kesayangan saya.
Catat Ulasan