Jumaat, 26 Ogos 2011

Borang Balik Kampung

Beberapa hari je lagi syawal menjelang... Jalan Raya semakin sibuk.. aku jangaka mulai petang ni hingga hari Isnin Jalan Melaka bertambah sesak. Pasar Raya semakin memuncak. Pelita Likur makin banyak tercacak.

Okey kepada yang nak balik Kampung tu atau ke rumah mertua ker.. harap dapat pastikan keselamatan rumah terutama berkaitan elektrik dan air di periksa untuk ditutup dengan kemas. Kang kauorang balik semula tinggal Abu je..

Kunci dan mangga la rumah bebetul... dan berterima kasihlah kepada anggota Polis dan anggota keselamatan yang sanggup korban diri untuk menjaga keselamatan kita.. Terima kasih abang-abang Polis, Askar, Bomba, Hospital.. Jasamu dikenang hingga akhir hayat.

Ni ada borang yang diedarkan oleh PDRM kalau kauorang nak balik kg.. tujuannya agar diaorang boleh perhati-perhatikan rumah kauorang...

KLIK SINI

Khamis, 25 Ogos 2011

Rumah Terbuka Negeri Melaka

Dengar citer Raya Pertama tahun ni.. Tuan Yang terutama Negeri dan Melaka Ketua Menteri Melaka dengan kerjasama Kerajaan Negeri Melaka akan buat rumah terbuka seluruh negeri Melaka.

Tarikhnya 1 syawal

Tempatnya di MITC jam 10.00 pagi - 4.00 petang.

Menunya bermacam-macam.. Rumos aku dengar 100,000 cucuk sate disediakan dan hidangan-hidangan berkaitan raya yang lain. pergh gile babi...

Semua dijemput hadir dengan anggaran kapasiti 50,000 pengunjung.

Janganlah ada yang pertikai guna peruntukan mana... aku dengar citer semua Jabatan tong-tong + gotong royong untuk buat majlis ni...

p/s: patutlah jiran aku munyuk jer aku tanya balik raya tak pada Hari Raya Pertama ni.... hahaha.. sabau jelah..


Rabu, 24 Ogos 2011

Harga Barangan Kawalan Di Melaka Sepanjang Hari Raya



Keratan di atas di ambil daripada MHI. Semoga dapat jadi panduan kepada semua rakyat Melaka dalam membeli barangan keperluan.

Klik untuk tumbesaran


Citer Pasal Tok Ali Ketua Menteri Melaka


Hari ini ulangtahun kelahiran Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Ketua Menteri Melaka yang ke 62 tahun.


Aku faham kalau ada yang memang meluat entry aku yang ini... so, aku harap kauorang tak yah la baca entry kali ini.. baca yang lain.. kalau yang lainpun meluat jugak... baca je surat khabar... kang kauorang maki-maki atau sakit hati, kurang plak pahala kauorang.. ke neraka plak jadinya nanti. aman damai jelah...

Ada beberapa perkara yang aku nak kongsi pasal Tok Ali ni mengikut deria dengar aku mulut ke mulut.. betul atau tidak hanya Allah yang Maha Mengetahui. Aku citer pasal dia sebab setakat hari ini dia pemimpin negeri ini.. lepas ni kalau PAS take over.. aku citer la pasal Ketua Menteri baru ye.. kalau DAP.. errrr... kauorang carilah Nanyang Siang Pau..



1) Tok Ali ni dikatakan dilahir dalam keluarga penoreh getah. senang citer keluarga yang miskin.. itu sebab aku tak heran dia jaga orang miskin lebih daripada staf sendiri.. Kalau orang miskin dan staf berdiri tegak.. confirm dia dulukan orang miskin. Kalau melawat kampung2 tu.. dalam kocek dia dah siap berhelai-helai not RM50. Jumpa je orang tua atau miskin.. dia salam dengan isi. Tak cukup.. yang mana ikut dia kot jadi mangsa... Kalau ada orang miskin dalam Melaka ni tak dapat pembelaan.. kauorang ketuk je kepala JKKK.. dapat elaun tapi tidor plak.



2) Tok Ali ni jenis orang tak tido.. aku tokleh bayangkan perasaan isteri dia.. bila bangun jer Tok Ali takde.. bangun je takde.. nak masuk tidor lagi la takde. Yelah bermesyuarat sampai 3- 4 pagi.. bila masa nak tido.. tapi yang azab penjawat awam la kot.. bernanah tapak kaki nak ngikutnye.


3) Tok Ali ni sangat menghormati siapa yang jadi bos. Bagi dia siapa bos itulah yang dia akur... Tang kerja aku rasa 0.1% kot rakyat Melaka boleh ikut stail dia.. itupun kalau ada.


4) Satu yang aku paling puji ialah Tok Ali ni sangat tidak mementingkan protokol kalau dia jadi VIP. kauorang tunggang laggang la.. nak-nak majlis rakyat... dia duk tepi pun takpe. Kalau melawat boleh langkah longkang belakang rumah atau lalu kat belakang jamban bila-bila masa.. setakat redah banjir n lumpur tu.. kira macam mainan masa kecik la wey..




5) Sebenarnya banyak lagi.. tapi malas la plak aku nak citer panjang-panjang dah macam biografi dia plak. walau bagaimanapun sebagai manusia biasa Tok Ali nipun ada kelemahannya. Antaranya



6) Pengurusan masanya selalu tidak tepat. Aku faham dia jadi tak tepat sebab sangkut lama sangat bila rakyat tunggu dia seawal jam 7.00 pagi di rumahnya. Dia memang jenis utamakan rakayat.. so, bila acara pertama dah lewat.. drag la masa tu... itu yang tak tahan tu.. Mungkin dia kena ada setiausaha yang mengaturkan waktu beliau.. contoh acara atau majlis hanya boleh diatur selepas jam 10.00 pagi iaitu sejurus selepas orang ramai jumpa dia di awal pagi.. kemudia bagi rakyat yang tak sempat jumpa pagi.. aturkan pulak jam 5.00 - 7.00 petang. Lepas tu, setiausaha waktu ni.. kerja dia.. ingatkan Tok Ali sentiasa... kat sini Tok Ali pun kenalah akur pada tugas setiausaha waktu ni..



7) Satu lagi tak tahan ialah bahasa Tok Ali ni bila marah.. namun jangan risau rakyat dia tak pernah marah.. yang biasa kena marah ialah bos-bos penjawat awam ni.. itupun sebab tak buat kerja untuk keselesaan rakyat. Tang bahasa tu.. silap gaya boleh kecik hati woo.. almaklumlah orang Melaka piau.

Itu jelah citer 0.1% tentang Tok Ali ni.. banyak lagi.. tapi aku tatau sebab akupun dengar dari citer mulut orang...

Anyway.. setakat puji orang takkan jadi kesalahan kot.. mana tempat wajar puji kita puji.. yang tak betul kita tegur..



Gambar-gambar ni aku culik daripada FB beliau.. daripada gambar aku rasa Tok Ali ni senang sangat kalau ada orang nak cederakan dia... atau maksud lain.. beliau memang tiada sempadan antara dirinya dengan rakyat jelata.


Selamat Hari Lahir ke 62 Tok Ali.. Semoga panjang umur dalam mentadbir Negeri Melaka dengan lebih cemerlang mengikut Syariat Islam.

Kedai 1 Malaysia di Melaka


Dengar citer Kedai 1 Malaysia yang akan dibangunkan oleh Mydin akan dibuka mengikut fasa di Negeri Melaka. Walau bagaimanapun ini belum diconfirm 100% lagi.



Fasa pertama adalah di Kota Fesyen

Fasa kedua adalah di Limbungan

Sebenarnya yang dekat Kota fesyen tu aku kurang bersetuju. Sebabnya barangan Kedai 1 Malaysia ni adalah barangan yang mengenakan harga yang jauh lebih rendah daripada harga asal. Oleh itu, aku fikir lebih baik tumpukan kepada luar bandar yang mana boleh membantu orang-orang yang kurang berkemampuan.

Tapi bila fikir balik.. dalam bandarpun bukan semua kaya.. yang 'miskin bandar' lagi dashat daripada miskin kampung. Miskin bandar silap gaya tak bayar sewa.. kena tidur bawah jambatan.


Selasa, 16 Ogos 2011

Peluang Pekerjaan di Kompleks Falak Al-Khawarizmi

Best wooo keje sini.. hari-hari boleh skodeng bulan, bintang dan planet...



Untuk pandangan lebih jelas.. bolehlah klik

Cerita Sekolah Hamil Terkini

Akhirnya manafaat Sekolah Hamil atau Sekolah Harapan muncul juga...
Alhamdulillah.. dengar citer lebih 50 orang Bayi terselamat daripada dibuang oleh ibu bapanya dan yang dari Melaka hanya lebih kurang 5 orang je.. Selebihnya orang luar Melaka.

Selain itu, ibu-ibu muda ini dapat diselamatkan dan diperbaiki. Alhamdulillah..

Jadi kepada mereka yang macam nak terkeluar anak tekak kutuk Sekolah Harapan dulu.. harap terimalah kenyataan bahawa tindakan Tok Ali sebelum ni tepat... Tahniahlah Tok Ali..


Tenang berada di Sekolah Harapan

JASIN 15 Ogos - Seorang penghuni Sekolah Harapan di sini mengakui dirinya kini cukup tenang dan mula merasai naluri seorang ibu walaupun baru sebulan melangkah masuk ke sekolah khusus untuk remaja hamil itu.

Pelajar tersebut, Ayu, 19, berkata, pada peringkat awal, jiwanya memberontak apabila mengetahui keluarga mahu menghantarnya ke sini kerana sudah biasa hidup bersosial, merokok dan minum arak bersama rakan-rakan sebaya.

"Namun, selepas sebulan berada di sini, saya berasa begitu tenang sekali dan naluri keibuan mula terasa walaupun mengandung anak luar nikah pada usia yang muda," katanya.

Ayu ditemui pemberita pada majlis penyampaian sumbangan hari raya anjuran Anggota Badan Amal Kebajikan Isteri-isteri Wakil Rakyat Negeri Melaka (Bistari) di Sekolah Harapan di sini hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Sekolah Harapan, Datuk Ab. Rahaman Ab. Karim dan Pengerusi Bistari , Datuk Asmah Abdul Rahman.

Ayu merupakan antara 30 penghuni sekolah khusus untuk remaja hamil luar nikah, Sekolah Harapan yang terletak di Jalan Pegawai, di sini.

Berasal dari Johor Bahru, anak bongsu daripada tiga beradik ini mengakui, Ramadan kali ini paling bermakna buatnya kerana dapat meraikan bersama rakan-rakan senasib di sekolah tersebut.

"Alhamdulillah, kehidupan saya di sini lebih teratur. Keadaan saya sekarang jauh berbeza dengan sebulan yang lalu, daripada seorang yang sosial, kaki botol dan kuat merokok, perlahan-lahan saya bebas daripada semua itu.

"Tidak sabar rasanya untuk pulang berhari raya di samping keluarga tercinta," katanya yang kini mengandung empat bulan.

Menurut Ayu, sebelum ini dia tidak pernah menghormati kemuliaan bulan Ramadan dan menganggapnya sama sahaja seperti bulan lain.

Tambahnya, semua perkara yang diwajibkan ke atasnya sebagai umat Islam diabaikan, jauh sekali untuk melakukan perkara-perkara sunat.

"Saya rasa bertuah kerana di Sekolah Harapan, saya semakin dekat dengan ajaran Islam, dapat berpuasa, menunaikan solat sunat tarawih dan membaca al-Quran," katanya.

Sambil mengalirkan air mata, Ayu berkata, selepas keluar dari sekolah itu kelak, dia berjanji untuk tidak mengulangi kesilapan lalu dan memberi didikan agama secukupnya kepada anaknya supaya tidak menjadi sepertinya.

utusanonline

Selasa, 9 Ogos 2011

Tangkapan Musim Ramadhan


Sehingga semalam seramai 7 orang Islam telah ditangkap di Melaka kerana tak berpuasa dan bakal dipanggil oleh JAIM untuk sesi kaunseling. Waklu la.. aku fikir budak belasan tahun.. rupanya di usia antara 44 - 52 tahun. Ceitt.. silap gaya bukan anak.. cucupun dah ada tu.. hawau.. Kalau usia 15 - 16 tahun kira boleh la bagi kaunseling lagi.. (ni buat cover diriku yang melakukan kesalahan sama di usia 15 tahun dulu.. hahahaha. Nyesal aku dengar cakap ko Tujie walaupun hanya sekali tu je.. sioot... )

Berbalik kepada citer Orang-orang tua kena tangkap tadi.. Masa kena tangkap ada beberapa alasan standard darjah satu dikeluarkan. Antaranya:

"tolonglah incik ostaz.. saya ni jenis tak tahan lapar" kata salah seorang mangkuk sambil terkebil-kebil mengigit tulang ikan kembung"

"errr... saya memang nak puasa abg ustaz yang hensem... tapi doa niat puasa saya tak tahu masa saya sahur tadi. So, saya fikir apalah amal jika tanpa niat. abg ustaz tahu tak.. amal tanpa niat ni ibarat cawan ni tanpa air.." kata seorang pakcik sambil meneguk sisa sirap bandung.

dan alasan yang paling bangsat

"aiiyaaa.. icik Ostaz.. apa pasat mau tangkap wa.. wa mukan Islam maa.. wa.. free thinker..." kata seorang mamat berkulit cokelat tapi konon-konon bukan Islam. Sanggup tu!!! ceiiss..

Aku rasa baik ko cakap ko bukan manusia tapi Patrik Star... lagi puas hati.



7 orang ni adalah segelintir je.. Sebenarnya ramai yang bertaburan lari bila diserbu.. Tengah syok makan Nasi Putih + Asam pedas di kedai bukan Islam. Yelah Ustaz-ustaz berpuasa.. tak mampu nak kejar semua.

Fikirlah.. kalau kauorang kena bakar masa jadi mayat macam ni esok.. amacam?? maaflah aku nasihat je.. aku fikir macam nak maki.. tapi terpaksa menahan hati disebabkan kemuliaan bulan Ramadhan. Harap semua sempat bertaubat sebelum masanya,. (Aku nasihatkan wanita mengandung.. lemah semangat.. dan mereka yang berpuasa tidak klik gambar tersebut.. kalau degil.. ko jawab la sendiri. hahaha)



Isnin, 8 Ogos 2011

Kadar Zakat Fitrah Melaka 2011

apek : aiyya Kak Jah.. lu sulah kuar zakat fitlah?

Kak Jah : dahlah apek... ko ni macam pandai-pandai je bab agama Islam.. sunatpun belum. Malam semalam akak dah bagi masa kat luar Maybank Ayer Keroh.

apek : aiyya Kak Jah.. jangan malah-malah ooo.. bulan lamadan mana muleh malah.. Kak jah.. itu likat Maybank Ayer Keloh ale amil?? Wa simalam pigi takdak pun..

Kak jah : Ada la apek.. budak tu tunggu depan pintu bank.. pegang CD.. tapi akak tak amik CD bagi Zakat RM7.00 kat dia.. lepas tu dia pulang balik RM0.50. So, tepatlah kiraan Zakat Fitrah tahun ini RM6.50.

apek: aiyya Kak Jah.. itu sidikah (sedekah) la mukan Zakat Fitlah.. ceiitt musyuk punya olang.. Zakat Fitlah sama sidikah pun tatak tau.

Kak Jah: Ye ke pek?? tak boleh ke camtu?? Akak dah niat dah tu Zakat Fitrah.. kira boleh la pek.

apek: aiyya.. musyuk punya olang. Pigi sunat balik la ini macam..


Tahun ni Zakat Fitrah Melaka RM6.50 dan bayar pada amil yang bertauliah dan dilantik oleh pemimpin Negara ye. Chow.

Peristiwa Berbuka Zaman Pelajar

pehh.. lama giler aku tak menulis.. nampaknya kesan kekalahan Harimau Malaya masih terasa.

Ok.. lupa jap pasal Harimau Malaya.

Hari ni dah hari ke lapan Ramadhan... ramai yang dah boleh menyesuaikan diri.. dan bagi yang duk dgn ibu bapa atau berkeluarga.. Sahur dan berbuka bukanlah saat yang memeningkan kepala terutama bagi lelaki.

Bila sahur td, teringat aku semasa di salah satu IPTA di utara Malaysia. Kita orang bersahur mengikut kaedah masih-masing.. ada sekumpulan yang tapau hingga ke sahur.. ada yang keluar jam 3 @ 4 pagi untuk sahur, ada yang mempunyai 30 pack maggie sebagai stok sahur dan tak terkecuali yang bersahur secara jemaah dengan menjadikan rice cooker sebagai dapur utama.

Aku tercampak dalam golongan yang berbuka dan bersahur secara jemaah. Kebetulan aku memang bercampur dengan geng-geng Kelantan seramai 12 orang kot.. aku sorang je budak Melaka. Sejak semester 1 sampai habis.. kiranya setakat aku dengar wayang kulit tu boleh faham la.. dan ada dikalangan budak kolej mati-mati tak percaya aku budak Melaka... mana taknya siap boleh join pertandingan Dikir Barat intercollege... boleh main bola sepak Liga K (Kelantan).. walaupun aku sebagai simpanan utama.. yang tak pernah masuk main.. hahaha.. cuma time gaduh je aku keluar.. tapi keluar dari kawasan padang.. maleh aku nak layan kalau budak Kelantan ni bergocoh.

Berbalik ketika berbuka.. ada peristiwa aku tak dapat lupakan antaranya..

Satu hari aku n geng n makanan terhidang menunggu suara azan maghrib... nafsu makan memang dah sampai hujung jambul je semua geng-geng aku.. nasi putih panas semua dah isi dalam pinggang plastik biru masing-masing... bagi budak Kelantan budu semua dah stanby.. maaf aku tak makan budu walaupun sebulu dengan diaorang. Air dah ditangan kanan.. tunggu laungan "Allahhu.." je.. gerenti abis dua jag air ni..

"huk aloh.. lambat lagi la wey.. kawe nak gi kencing mentar" kata abe li..

selang seminat abe li pergi.. terdengar suara Azan yang nyaring... apa lagi.. nafsu masing-masing dah macam kucing nampak ikan siakap goreng.. terus melahap.. Dalam hati masing-masing.. "nasib ko la abe li"..

tiba-tiba azan berhenti setengah jalan.. abe li masuk semula ke bilik kitaorang..

"huk aloh.. gilo menate ni semuo.. tu suara nuar azan depe bilik dio"..

hah?? tersedak beberapa orang...

selang seminit dua.. barulah dengar satu lagi azan iaitu azan sebenar...

"Cilako si nuar ni.. " bisik hatiku sambil meneruskan makan.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Penafian: Segala maklumat yang tercoret ini adalah hasil idea dan maklumat yang diperolehi TIDAK BOLEH digunakan sebagai rujukan utama atau bahan bukti dalam apa jua tindakan.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kemudaratan yang terjadi selepas menggunakan web ini.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab atas segala ulasan yang dibuat oleh pembaca. Oleh itu, semua pengulas dapat mengulas dengan mengikut tatasusila tanpa menyentuh kepentingan agama, bangsa dan politik tanahair.

Segala kisah dan cerita di dalam ini tiada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang mati kecuali kesahihannya disahkan oleh sumber yang boleh dipercayai.

Pihak pengurusan web bersedia membetulkan apa jua fakta yang dirasakan tersilap dengan menghubungi di email miey77@hotmail.com