Rabu, 30 Jun 2010

Kisah Surau dan Saham Wakaf Di Melaka

Di Melaka ni memang beratur permohonan untuk pembinaan surau terutamanya di Taman-taman perumahan. Nak tunggu peruntukan ntah bila zaman baru dapat. Salah satu pilihan ialah buat saham wakaf ataupun di panggil kutipan derma. Saham wakaf ni macam amal jariah la.. maknanya selagi orang gunakan surau tu.. selagi itulah kalian dapat pahala atas keihlasan menderma itu walaupun kita dah takde lagi kat dunia ni. InsyaAllah

Kalau ikutkan sikap rakyat Malaysia.. bab derma-derma ni memang best. Kalau tak takkan pengemis jadi orang berada. Oleh itu para penderma perlulah bijak menilai sama ada bantuan itu betul-betul diperlukan ataupun sekadar mereka mengambil kesempatan.

Dalam bab kutipan derma seperti surau ni.. kita perlu merujuk kepada no. rujukan Majlis Agama Islam/Jabatan Agama Islam.



Ok citer pasal gambar di atas ni.. aku snap kat salah sebuah taman perumahan yang aku lalui.. terpanggil plak aku untuk menyiarkan dalam blog bumimelaka ni.. kerana mana tahu dalam ramai-ramai pembaca ada antaranya hamba Allah yang bermurah hati menyalurkan bantuan.. Kalau singgit pun tak pe janji ikhlas.. macam citer yang akan aku bawa sebentar nanti..

Tentang kesahihan poster ini telah aku sahkan bahawa memang benar mereka mendapat kebenaran. No rujukan : JAIM/MAIM 1/144/8/1 klt. 12 (12). Kalau nak penjelasan, boleh ditanyakan ke pejabat MAIM (06-2837416) atau JAIM (06-2882063). atau untuk perbincangan lanjut hubungi je senarai AJK kat banner tu.

So, meh aku bawakan satu cerita tentang hikmah berderma dengan ikhlas ni walaupun dengan setitik dakwat.

Suatu ketika dahulu ada seorang tok guru yang alim dan telah mengarang banyak buku-buku agama tetapi dia amat kurang bersedekah. Pada suatu hari seekor lalat hinggap di bekas dakwatnya dan minum dakwatnya itu, lalu tuan guru itu niat untuk sedekah kepada lalat itu atas apa yang telah diminumnya. Setelah meninggal dunia salah seorang daripada anak muridnya bermimpi bertemu tuan guru itu sedang berada dalam syurga dengan keadaan yang gembira sekali. Lalu anak murid itu bertanya kepada tuan guru “adakah tuan guru dapat masuk ke syurga ini kerana tuan guru telah banyak menulis buku-buku?” Tuan guru itu menjawab bahawa “dia masuk ke syurga bukan kerana buku-buku yang ditulisnya kerana melalui buku-buklu yang ditulisnya itu lahir perasaan riak tetapi dia masuk syurga kerana niat sedekahnya kepada lalat yang meminum dakwatnya”. Begitulah saudara saudari sahabat sahabiah sekalian jika kepada haiwan kita pun kita lakukan kebaikan apatah lagi jika kita lakukan kebaikan kepada manusia tambahan pula UNTUK PEMBINAAN SALAH SEBUAH RUMAH ALLAH.

Semoga Allah melipatgandakan rezeki para penderma sekelian sepertimana janjiNYA

Kalau dermapun secara diam-diam bank in dalam akaun tupun boleh juga.. macam dalam Surah Al-Imran ayat 92

"Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai hakikat kebajikan dan kebaktian yang sempurna sebelum kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi. Dan apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui"

Aku harap takde yang berprasangka dengan aku.. aku ikhlas nak bantu merealisasikan pembinaan surau tu.. kalau kalian rasa tak mampu keluarkan duit, mungkin panjang-panjangkan ke blog masing-masing. Semoga Allah membalas budi baik kita yang amat sedikit ini.

Choww..

Selasa, 29 Jun 2010

Kecoh Pasal Pembinaan Kilang Vivo di Melaka

Baru-baru ni kecoh pasal keputusan Kerajaan Negeri nak bina Kilang Vivo Bio Tech di Rembia. Apa yang menjadikannya kecoh dan kusut??
Kilang ini adalah sebuah kilang yang bakal menyelidik dan menghasilkan pelbagai produk therapeutic untuk kanser dan diabetis. Oleh itu, sebuah makmal penyelidikan akan dibina.

gambar : www.crrc.org.my/crrc/index.php%3...rt%3D230

Hmm.. masih tak nampak kusutnya?? Bila makmal penyelidikan ubat-ubatan dibina, siapa yang akan jadi bahan ujikaji?? Dalam hal ini, dalam kebanyakan kajian di seluruh dunia menggunapakai haiwan sebagai bahan untuk diujikaji terutamanya haiwan-haiwan seperti monyet yang dikatakan mempunyai DNA dan sistem badan hampir sama dengan manusia.
Di sinilah wujudnya pelbagai penentangan dan bukan sahaja dikalangan aktivis NGO terutama berkaitan haiwan dalam Malaysia malah di luar Malaysia pun bersuara hingga ada yang menghantar poskad (daripada USA) kepada Ketua Menteri agar projek ini tidak diteruskan.

Isu pembinaan makmal ujian klinikal ini dikatakan bakal menganiayai haiwan.. hmm.. aku no komen pasal ni sebab kalau tak diuji pada haiwan.. nak uji pada siapa?? dan kalau tiada sebarang ujian.. sudah pasti ubat-ubatan terkini dalam merawat penyakit manusia sejagat tidak dapat dihasilkan.

So, tepuk dada, tanya selera.. masing-masing ada pandangan.. Kalau aku fikirkan sendirian memang kesian la kat haiwan yang diuji... dan lebih baik aku tak tahu apa-apa terutama pasal ujian tu..

gambar : yanksrul.wordpress.com/2008/12/0...als-011/


Ahad, 27 Jun 2010

Pertandingan Cipta Lagu Melaka Maju 2010

Melaka bakal istihar secara rasmi sebagai Melaka maju pada 20 Oktober 2010 jam 20:10. So, Kerajaan Negeri telah buat satu pertandingan mencipta lagu Melaka Maju 2010.



Penyertaan terbuka kepada rakyat berumur 15 tahun dan ke atas. Kalau ada sebarang pertanyaan sila hubungi:

URUS SETIA,
CIPTA LAGU MELAKA MAJU 2010,
Bahagian Khidmat Pengurusan,
Jabatan Ketua Menteri Melaka,
Aras 2, Blok Temenggong,
Seri Negeri, Hang Tuah Jaya,
75450 Ayer Keroh, Melaka.
Tel : 06 – 23333333 Samb. 7369/7427/7422
Fax : 06 – 2328360
TARIKH TUTUP PENYERTAAN : Pada atau Sebelum 3 September 2010 (Jumaat)

HADIAH
Johan : RM3,000.00 + Piala + Sijil Penyertaan
2 Hadiah Sagu hati: RM1,000.00 + Sijil Penyertaan


Untuk borang dan syarat lengkap. Klik kat SINI


Sabtu, 26 Jun 2010

Melaka Bakal Wujud Bandar Sukan

Utusan Malaysia edisi selatan hari ini melaporkan bahawa Kerajaan Negeri Melaka bercadang untuk mewujudkan sebuah bandar sukan di area Krubung. Alahh tempatnya sekeliling Stadium Hang Jebat tu...

kredit gambar : http://www.wiihabilitation.co.uk


Idea ni memang datang daripada Tok Ali kot sebab orang cakap kepala dia ni penuh dengan idea. Walaupun kadang-kadang tidak masuk akal tapi kalau diperhalusi memang idea yang bagus. (Ketepikan soal politik la..). Walau bagaimanapun, entry ni bukan nak citer pasal Tok Ali tapi nak citer pasal idea bandar sukannya itu.

Kebanyakan negara-negara maju mempunyai pusat / kawasan sukan begini yang memudahkan rakyat dan mampu menjana ekonomi kawasan tersebut.

Oleh itu, Kerajaan Negeri Melaka mempelawa mana-mana syarikat swasta terutama berunsurkan sukan tak kira sukan apa.. boleh bertapak bila ianya siap. Kalau dapat syarikat-syarikat sukan gergasi seperti Nike, Adidas, Kappa atau sebagainya lagi meriah kot. Setakat ni Jabatan Perancangan Bandar telah diarahkan buat layout plan.

Aku harap perancangan yang baik ini dapat direalisasikan pada masa akan datang insyaAllah.

Khamis, 17 Jun 2010

Keputusan Separuh Akhir Bola Sepak SUKMA

SEmalam telah berlangsung perlawanan separuh akhir bola sepak SUKMA Melaka. Keputusannya Terengganu akan berhadapan dengan Selangor di dalam perlawanan menentukan emas SUKMA Melaka.
Kedua-dua perlawanan akan berlangsung esok iaitu penentuan tempat gangsa jam 8.00 pagi manakala penentuan emas jam 8.00 malam.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Penafian: Segala maklumat yang tercoret ini adalah hasil idea dan maklumat yang diperolehi TIDAK BOLEH digunakan sebagai rujukan utama atau bahan bukti dalam apa jua tindakan.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kemudaratan yang terjadi selepas menggunakan web ini.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab atas segala ulasan yang dibuat oleh pembaca. Oleh itu, semua pengulas dapat mengulas dengan mengikut tatasusila tanpa menyentuh kepentingan agama, bangsa dan politik tanahair.

Segala kisah dan cerita di dalam ini tiada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang mati kecuali kesahihannya disahkan oleh sumber yang boleh dipercayai.

Pihak pengurusan web bersedia membetulkan apa jua fakta yang dirasakan tersilap dengan menghubungi di email miey77@hotmail.com