Jumaat, 5 Mac 2010

Perginya Seorang Kakak

Dua hari lepas aku dah buat separuh entry menegani seorang sahabat aku yang aku gelar Kak Ani telah kembali kerahmatullah... Masa tulis entry tu.. sebak sungguh menerima berita menerusi panggilan.
Tapi aku batalkan niat kerana aku tak mahu teremosi dan tambahan pula, yang pergi tetap pergi.. cuma tak tahu je bila lagi.. tub tub semalam punya Harian Metro keluar cerita beliau. Dah dua malam aku terbayangkan diri beliau dengan senyuman yang manis...

Post yang sepatutnya aku buat dua hari lalu :
Sedang aku melayan celoteh penyampai di Sinar, tiba-tiba dapat satu panggilan menyatakan Kak Ani dah meninggal. Terkedu aku seketika... tiba-tiba akal aku mati mengimbas kembali kenangan bersama kak Ani.. Seorang wanita yang tabah yang aku kenali 4 tahun lalu. Seorang wanita yang banyak meluahkan rahsia dirinya kepada aku.. seorang wanita yang selalu menjadi bahan usikan kenakalan aku...

Terbayang jelas tubuh badannya yang sederhana kecil dan berkulit hitam manis.. tidak pernah lekang dengan senyuman ikhlas..

Beliau pernah memberi beberapa nasihat penting hingga menggubah diriku dan dengan nasihatnya itu kehidupan aku sekarang adalah sikit sebanyak berdasarkan nasihatnya.

Apakah aku bermimpi??? aku baru terjumpa dia dan baru lagi rasanya dia melemparkan senyuman ikhlasnya pada aku... (aku terhenti di sini bila nak pergi menziarahi beliau)


Masa aku menziarahi pengebumian beliau.. ramai sungguh orang terutama budak-budak berkemeja (Budak2 gomen kot). memang ramai.. aku jangka lebih dua ratus orang. Jarang orang biasa dikerumuni dengan ramai orang. Tu masa aku pergi.. diaorang kata malam tupun penuh orang hingga Ketua Menteri pun datang melawat lebihkurang jam 1 pagi.

Aku sedar.. kak Ani memang baik orangnya.. tak hairanlah begitu raai orang yang sedih atas pemergiannya.


Berita Harian Metro

MELAKA: “Ketika menghubungi isteri bagi memaklumkan saya akan tiba dalam tempoh 10 minit dan menyuruhnya tunggu di gerai berkenaan, dia menjawab jangan risau sambil mengatakan sudah mahu balik sebanyak tiga kali, malah ketika itu suaranya kedengaran seperti sayup saja.” Kata pembantu kedai makan, Dawood Abdul Kafoor, 44, apabila isterinya, Noraini Sanny, 40, yang membonceng motosikal rakannya, Zaiton Md Isa, 40-an, meninggal dunia kelmarin selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Ujong Pasir, Bandar Hilir, dekat sini, kira-kira jam 10 malam Ahad lalu.


Ketika kejadian, mangsa bertugas sebagai Penolong Pegawai Tadbir Bahagian Promosi Pelancongan di Jabatan Ketua Menteri Melaka dipercayai sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya yang terletak berhampiran.


Dawood berkata, lebih menyedihkan apabila hajat anak sulung mereka, Nurul Shafiqah, 18, untuk membuat kejutan sambutan hari lahirnya pada malam kejadian juga tidak kesampaian apabila mereka sekeluarga menerima berita mengejutkan itu.


Berita Lanjut


Khamis, 4 Mac 2010

Kekosongan Majlis Perbandaran Jasin (MPJ)



Majlis Perbandaran Jasin plak bukak jawatan kosong.. Senarai jawatan seperti di bawah:


kalau rasa layak mohon la wei..
Borang Permohonan kauorang leh amik ikut SINI

Tidor Terkangkang di Kedai Makan

Ceittt.. tidor kat kedai makan terkangkang.. dahlah bulu lebat.. hitam je.. Kalau jantan satu hal. Ini betina.. apa la nak jadi...

Memang dasar haiwan mamalia la kau ni...

Buatnya si jantan tu datang kang.. mau dikerjakan kau ni...














Leteran saya tiada kaitan dengan manusia.. hanya ditujukan pada haiwan di atas. Sekian

FunLand Kat Giant

Giant Melaka ni terletak agar jauh pinggir bandar. Mungkin itu salah satu faktor ia tidak se sesak Jusco, Mydin atau Tesco. Namun masih ada juga pelanggan, Kira takdelah tahap rumah sunyi. Silap-silap gaya parking jauh kauorang..

Aku memang selalu jugak pergi Giant Melaka ni.. dan bagi yang mempunyai anak kecil yang agak ligat, selain daripada parking berbumbung free kauorang juga boleh pastikan anak kauorang tak bosan tahap babas. Ada tapak permainan yang dipanggil Funland kat situ.. Besar jugak kawasan tu dan ia berada dihadapan barisan food court.



Cuma yang aku tak berkanan di Giant ni ada harga barang yang lebih mahal daripada beberapa pasaraya lain. Mungkin dia murah tang lain kot.. biasa la strategi perniagaan.

Edisi Khas Cerita DuoWira

Malam tadi aku ingat nak buat satu blog yang berunsur cerita seperti dibawah.. Tengah banyak masa katakan. Tiba-tiba kepenatan melanda. Aku tatau akan teruskan lagi atau tidak... Penat rupanya buat buku cerita ni.. memang patutlah kita beli dengan harga yang setimpal.. Jangan plak kauorang fotostat..

Oleh kerana aku tatau nak teruskan lagi atau tidak, maka aku persembahkan kepada kauorang apa yang telah aku tulis untuk tatapan percuma.. chewah macam bagus. Kalau aku sambung tulis nanti, mungkin aku akan create satu blog. Tak tahu la lagi..

Tapi lagi satu.. janganlah percaya semua petua kat bawah tu.. itu rekaan minda aku je.

kalau baca jangan kutuk.. tapi nasihatkan aku sebab aku tahu kauorang lagi hebat daripada aku.


Bab 1 : Akina dan Taruka

Dari kejauhan kelihatan dua orang kanak-kanak berusia belasan tahun sedang bertarung menguji ilmu dunianya. Menzahirkan darah panas yang mengalir di tubuh mereka. Tumbukan padu dan tendangan jitu saling berbalas. Tepis menepis menampakkan mereka sama handal dan mungkin satu guru.

Sudut kiri remaja bernama Akina berkulit sawo matang dan berambut ikal. Susuk tubuh yang sasa bagi remaja seusianya berhadapan dengan Taruka remaja yang penuh semangat, lebih rendah daripada ketinggian lawannya namun memilik tubuh badan lebih tegap berbanding lawannya. Di antara mereka kelihatan seorang tua berpeluk tubuh melihat kelincahan pertelingkahan jantan remaja tersebut.

”Bagus! Kalian ku rasa sudah tamat pengajian asas persilatan”. Tiba-tiba Pak Tua tersebut bersuara hingga menghentikan pertelingkahan jantan tersebut.

”Memang kalian mampu menghadapi sebilangan besar pemuda tahap pahlawan di negeri ini. Tapi bagi aku ilmu kalian belum ditahap yang aku inginkan untuk kubawakan kehadapan pemerintah negeri Raja Gempita Shah. Justeru, pergilah kalian ke Gunung Angkasa Jiwa dan bergurulah dengan abang seguruku iaitu Si Buana Alam” Perintah Tok Tua lagi.

”Baik Tok” Sepatah kata serentak jiwa daripada dua remaja tersebut.

Selesai solat Subuh berjemaah, dua remaja tersebut mengadap Tok Tua memohon izin dan restu memulakan perjalanan ke Gunung Angkasa.

”Ingin aku ingatkan gunakan segala petua dan ilmu yang kuturunkan bagi menghadapi perjalananmu nanti” nasihat lembut Pak Tua yang seperti seorang bapa lagaknya.

”Mohon izin tok’ Sebaris kata daripada Akila dan Taruka.



bab 2 : Ujian Gunung Angkasa

Perjalanan ke Gunung Angkasa dijangka memakan masa 7 hari berjalan kaki sekiranya berjalan berterusan.

Hari ini hari ketiga mereka berjalan di dalam hutan tebal. Hanya hati yang jadi panduan. Ujian ringan dihadapi mudah. Namun, senja ini Akila dapat merasakan ujian yang lebih berat bakal dihadapi.

Matahari merangkak menyembunyikan diri, melahirkan suasana gelap. Nasib baik bulan mengambang penuh melihatkan kewujudan alam di sekitar mereka. Selesai Solat Maghrib dan Isyak Akila terus mendiamkan diri, mentafsir kegudahan yang bersarang dihatinya. ”Apakah ujian kali ini?” bisik hati kecilnya. Dia merenung Taruka yang sedang kushuk berwirid dan Akila terus melayan bisikan hatinya ”Takkan Taruka tidak perasan, sedangkan ilmu dan petuanya setaraf dengan diriku”.

”Akila, perkemaskan diri kau dan tenangkan hati kau. InsyaAllah dengan kekuasaanNya kita akan selamat” Taruka memecah kesunyian. Nyata memang Taruka jua memahami apa yang bakal terjadi malam ini.

Malam semakin pekat, suara bunyi-bunyian asing semakin hebat. Laungan suara-suara seram terkeluar dari kerongkong entah milik siapa. Ayam jantang berkokok nyaring seolah-olah memberi amaran kepada isi hutan.

Tiba-tiba angin lembut menyapa bersama bau yang kurang menyenangkan. Akila berpaling ke kiri berhampiran pohon tua yang agak tinggi. Kelihatan satu lembaga setinggi pohon kelapa dara menyerigai terhadapnya.

”Ya Allah” hanya itu yang terungkap oleh Akila kerana terkejut dengan lembaga itu.

”Akila, Taruka, marilah ikut aku jika mahu jadi yang maha hebat di dunia dan akhirat seperti aku” Kata lembaga tersebut

”Tidak! Tiada yang lebih Maha melain Allah s.w.t. dan engkau syiatan yang cuba menyesatkan.” jerit Taruka membinasakan harapan lembaga tersebut.

Taruka memejamkan mata dan membaca surah demi surah memohon perlindungan untuk dirinya dan sahabatnya.

Akila mencari-cari ranting kayu kecil di tanah yang mana pangkalnya daripada matahari terbenam. Pencarian Akila berhasil.

Tiba-tiba terdengar jeritan Taruka dan Akila cuba mencari taruka di tempat dia duduk berzikir. Tiada.

Akila memandang atas dan terlihat tubuh sahabatnya meronta-ronta cuba melepaskan diri dari digantung tapi tiada tali. Kelihatan lidah lembaga tersebut mencecah dileher taruka seperti sedang menikmati darah Taruka.

Tanpa melengah masa, Akila memulakan upacara memusnahkan lembaga tersebut. Ranting kecil itu dibacakan mentera dan dilurut dari pangkal hingga ke hujung 7 kali. Kemudian Akila membenamkan pangkalnya di tanah. Diselubungkan kain hitam dari bekalan beg pakaiannya. Akhirnya Akila mematahkan ranting tersebut sambil mulut membisikkan “Dengan izin Allah Pemilik alam semesta, kau dan ranting telah aku satukan, patahnya ranting patah jua diri engkau!”. Jerit Akila sambil mematahkan ranting tersebut.

Sejurus itu juga, tiba-tiba angin yang tadi bertiup lembut kini bertukar menjadi deras. Merebahkan pepohon kecil dan Akila terpandang sahabatnya yang telahpun menjejakkan kaki kebumi.

Akila mendapatkan sahabatnya yang telah rebah ke tanah sambil menahan kesakitan. Kelihatan darah mengalir dipangkal leher Taruka.

“Akila, cari daun pohon Senduduk. Cepat tolong aku” Kata Taruka kepada sahabatnya dengan nada tersekat-sekat.

Akila mengerti bahawa Taruka ingin menggunakan petua pohon Senduduk bagi mengatasi luka dan bisa dilehernya. Lembaga yang tinggi tadi tidak kelihatan lagi dan angin juga sudah tidak menghembus lagi. Mujurlah keadaan telah kembali tenang bagi memberi ruang untuk dia mengubati sahabatnya.

Daun Pohon Senduduk diramas erat hingga mejadikan daun tersebut basah dengan getahnya. Dilekapkan ke luka sahabatnya itu secara perlahan-lahan.

“InsyaAllah, Taruka, esok subuh kau akan sembuh” Penguat semangat diberikan oleh Akila.

“Tarima kasih” hanya itu percatan terucap oleh Taruka sambil menahan sakit.

Dia cuba juga tersenyum. Teringat akan dia ketika kali pertama bertemu Akila ketika berusia 10 tahun. Akila dibawa oleh Tok Tua pulang dari tanah seberang dan sejak itu dia dilatih ilmu persilatan bersama Akila. Mereka jarang berbual apatah lagi bermain tetapi saling mengasihi seperti adik-beradik lagaknya. Mungkin kurannya bermain, maka setiap kali pertarung latihan dibuat, mereka mampu bertempur dengan sepenuh hati. Hanya Tok Tua yang mampu meleraikan. Cuma mereka dilatih supaya ketika berlatih tiada amarah dibawa bersama kerana amarah punca kekalahan akibat unsur syaitan yang menyelinap jiwa. Pesanan-pesanan mudah itu tidak mungkin akan dilupakan mereka berdua.

Ingatan bersama Pak Tua mengheret Taruka ke alam sedar atau tidak. Berat matanya untuk bertahan dan akhirnya dia terlelap di sisi sahabatnya.

Akila tekad untuk tidak tidur malam itu. Namun, dia tahu jika binatang buas menyerang lebih dari seekor, dia tidak akan mampu melindungi sahabatnya yang tidak berdaya itu.

Akila mengambil sepotong kayu sebesar dua jari dewasa. Dia mulakan daripada arah matahari terbit. Dibenamkannya kayu tersebut di atas tanah dan dibaca surah-surah tertentu lalu diseretnya ke arah kiri hingga ke ptempat asal dia membenamkan kayu tersebut. Kini terbentuk satu bulatan dan Akila melakukan upacara pemaggaran tersebut sebanyak 7 kali berterusan.


Bab 3 : Harimau Kerbau

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Penafian: Segala maklumat yang tercoret ini adalah hasil idea dan maklumat yang diperolehi TIDAK BOLEH digunakan sebagai rujukan utama atau bahan bukti dalam apa jua tindakan.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kemudaratan yang terjadi selepas menggunakan web ini.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab atas segala ulasan yang dibuat oleh pembaca. Oleh itu, semua pengulas dapat mengulas dengan mengikut tatasusila tanpa menyentuh kepentingan agama, bangsa dan politik tanahair.

Segala kisah dan cerita di dalam ini tiada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang mati kecuali kesahihannya disahkan oleh sumber yang boleh dipercayai.

Pihak pengurusan web bersedia membetulkan apa jua fakta yang dirasakan tersilap dengan menghubungi di email miey77@hotmail.com