Cuti Sekolah bermula lagi 30 Mei sehingga 14 Jun.
Pada petang 29 Mei, jalan-jalan di Negeri Melaka telahpun sesak teruk.. pada 30 - 31 Mei bagi penduduk Melaka aku nasihatkan tak yah la kita gatal2 nak keluar ke tempat-tempat pelancongan sekiranya tiada keadaan mendesak. Biarlah kita bagi laluan kepada para pelancong. Lagi satu, rakyat Melaka mesti tidak boleh terima kesesakan begitu kerana tidak biasa dengan situasi begitu.
Namun, bagi rakyat Melaka kita tak perlulah nak marah kerana pelancong umpama rezeki yang mencurah ke dalam Negeri kita. Yang untung adalah para peniaga tak kiralah cenderahati ataupun makanan, pengangkutan seperti beca, teksi dan bas, secara tidak langsung juga kerajaan bakal memberikan tumpuan kepada kebersihan dan kecerian negeri kita.
Kadang-kadang aku memang bangga kerana dilahirkan di Melaka dan negeri ini ditadbirurus dengan baik.
Wordless Wednesday
4 tahun yang lalu
0 comments:
Catat Ulasan